BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Yahoo ancam saman Facebook

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SAN FRANCISCO 29 Feb. - Yahoo mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook kerana melanggar hak patennya, strategi yang telah berjaya dilakukannya ke atas Google sejurus sebelum enjin carian itu disenaraikan di bursa saham pada 2004.

The New York Times melaporkan, Yahoo menuduh Facebook melanggar 10 hingga 20 hak patennya berhubung pengiklanan di dalam talian, bidang yang dipeloporinya sebelum ditenggelamkan oleh Facebook dan Google.

Yahoo menuntut Facebook membayar yuran lesen atau berdepan tindakan undang-undang.

Ancaman itu dibuat beberapa minggu sebelum Facebook dijangka disenaraikan di bursa saham, sesuatu diramalkan menjadi penyenaraian syarikat teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan nilai syarikat antara AS$75 bilion (RM225 bilion) dan AS$100 juta (RM300 juta).
 
bagusgak ni, saman skit..
 
uish... iklan dalam talian pun ada paten
ahahaha
abih org lain tak bley nak buat online ads la ye..
kena dpt izin dari yahoo dulu
ini kerja gila !!!
ahahahaha
 
paten apa fb langgar? buat gempak jer yahoo. dah la program ppc tak bukak utk org malaysia.
 
apa kes saman tak paham??????????
 
bukan mela** je ada dengki, omputih pun ada jugak :))
 
kl ikutkan berita ni mmng tk brapa logik dan cerdik yahoo ni
 
Back
Top
Log in Register