BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

yaakjud maakjud

ustaz matrix aku pnah cte, yakjuj n makjuj ni kena kurung da lame, n skg dorg dalam process nk korek tembok tu, dorg da berjaya korek cam tuan tanah ckp la... tu yg aku dgr la, cume x taw btul ke x

kalo dah nabi pn ckp.betul lah tu..
 
carian dari laman web al islam

dari hadis

Hadis Abu Said r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Wahai Adam! Lalu baginda menyahut: Aku bersedia menerima perintahMu dan kebaikan ada di tanganMu. Allah berfirman: Keluarkan orang yang dikirimkan ke Neraka. Adam bertanya: Berapa orang yang dikirim ke Neraka itu? Allah berfirman: Dari setiap seribu orang, dikeluarkan sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang. Rasulullah s.a.w bersabda: Semua itu terjadi ketika kanak-kanak beruban, وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَي النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ Yang bermaksud: Wanita yang hamil akan gugur kandungan dan manusia berada di dalam keadaan mabuk, sedangkan sebenarnya mereka tidak mabuk tetapi seksa Allah yang amat dahsyat. Sabda Rasulullah s.a.w tersebut merungsingkan para sahabat. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah. Siapakah di antara kami lelaki itu iaitu seorang di antara seribu? Rasulullah s.a.w bersabda: Bergembiralah kamu kerana di antara seribu itu ialah Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kamu hanya seorang. Kemudian Baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi satu perempat dari Ahli Syurga. Maka kami iaitu para sahabat memuji Allah dan bertakbir. Baginda bersabda lagi: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu akan menjadi satu pertiga dari ahli Syurga. Kami memuji Allah dan bertakbir. Kemudian baginda bersabda: Demi zat yang menguasai diriku, sesungguhnya aku mengharapkan kamu menjadi sebahagian dari Ahli Syurga. Perumpamaan kamu di tengah-tengah umat lain, bagaikan sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti tanda di betis Keldai

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 327

Hadis Zainab binti Jahsyin r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5128

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka sembilan puluh dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5130
----------------------------

dari al-quran

18:94
Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

21:96
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

http://www.al-islam.com/mal/
 
kebetulan aku baru abis baca cerita nie..
ada buku dia..
penulis amik kisah niedari dalam Al-quran..Injil dan kitab2 lama yahudi..
fakta tue semua berkait rapat kalau tak salah aku...
 
mantap info...
 
Back
Top
Log in Register