BTC USD 85,009.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ya Nabi (Arabic Version)~Maher Zain

Beautiful Song..Ya Rasulullah We miss you so much

 
Last edited:
Rasulullah sangat tegas dalam menjaga akhlak kerana ini juga soal akhirat. “Baginda memiliki akhlak yang agung.”demikian maksud firman Allah. Ertinya Allah juga kagum dan memuji keupayaan RasulNya dalam melayani Allah dan hamba-hamba Allah, dengan sebaik-baik akhlak. Kita lihat 3 contoh yang memperlihatkan agungnya akhlak Rasulullah s.a.w:

.:PEMAAF:.

Ada seorang wanita tua Yahudi yang selalu menyusahkan baginda di perjalanan iaitu dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w apabila pergi berdakwah. Si tua itu sangat benci dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi suatu hari ketika dia sedang jatuh sakit, satu-satunya orang yang datang menziarah beliau ialah Rasulullah s.a.w. Alangkah pemaafnya baginda. Bukan sahaja diziarahi tetapi dicarikan ubat hingga di atas akhlak yang luar biasa itu, perempuan tua Yahudi itu akhirnya memeluk islam.
Ketika baginda sedang berjalan memakai baju Arab Najran. Tiba-tiba seorang Arab Badwi menarik baju itu dan minta diberikan baju itu kepadanya. Hampir-hampir terluka leher Rasulullah kerana tarikan itu. Tetapi baginda memaafkan si Badwi tersebut. Bahkan baju itu tadi baginda buka dan dihadiahkan kepada si Badwi tadi.

.:KASIH SAYANG:.

Apabila dua tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu dengan mereka, nescaya akan ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda akan pergi menziarahi ke rumah sahabat tanpa rasa sombong dan baginda makan,solat serta duduk bersama-sama dengan para sahabat.
Suatu hari ketika sedang menikmati hidangan, datang seorang tua yang berkudis,hitam legam kulitnya, buruk rupanya dan berair pula kudisnya dating meminta diberikan makanan. Tanpa rasa jijik dan dengan penuh tawaddu’, Rasulullah s.a.w. memegang tangan orang tua itu, dibawa ke sebelahnya untuk makan bersama-sama. Masya Allah, agungnya akhlakdan peribadi Rasulullah s.a.w.

.:KUAT BERIBADAT:.

Perkara ini sememangnya perkara akhirat. Namun pada sesetengah orang Islam telah “diduniakan” juga, untuk mencari untung dunia.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan ibadat yang terbaik dan terbanyak. Tetapi ingat, hal itu bukan khusus untuknya sebagai nabi. Rasulullah s.a.w. memberikan contoh ibadat untuk kita jejaki langkahnya. Rasulullah s.a.w solat sunat terlalu banyak. Adakala semalaman tidak tidur hingga bengkak-bengkak kaki baginda. Bererti beribu-ribu rakaat baginda dapat rukuk dan sujud untuk Allah dalam menyatakan syukur dan kehambaan yang setinggi-tingginya.

.:AL QURAN BERGERAK:.

Rasulullah banyak berpuasa,iaitu sehari puasa,sehari pula makan. Begitulah digilir-gilirkan. Tentang zikir, bukan sahaja waktu jaga, dalam tidur juga baginda berzikir. Baginda adalah “al-Quran bergerak”. Ertinya, al-Quran bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh hidupnya. Melihat kepada ciri-ciri ini,benarlah dia Nabi kekasih Allah yang sangat cintakan Allah dan akhirat.
Hatinya tidak terpaut sedikit pun pada dunia. Maka marilah kita letakkan kasih dan rindu padanya. ini adalah kerana terlalu besar jasanya kepada kita seluruh umat manusia.
 
Last edited:
Contohi akhlak Rasulullah


Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya.

Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.

Cerita perempuan tua itu: "Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah".

"Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah," sambung orang tua itu lagi.

"Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti," tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.

Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.
Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: "Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?".

Rasulullah menjawab: "Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi."

Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat.

Moral dari cerita ini: Kalaulah akhlak kita umat Islam hari ini macam akhlak Rasulullah, sudah tentu orang kafir tidak akan tergamak hendak lukiskan karikatur Nabi Muhammad sebagai pengganas.

Sumber
 
Back
Top
Log in Register