بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
TazkiratulQuran
Pengenalan Surah asSajdah
Perkara penting dari segi tauhid bagi Surah ini adalah penafian Syafaat Qohriyah
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)?
-Sura As-Sajdah, Ayah 4
Ayat ini mejelaskan bahawa sebenarnya tidak ada syafaat qohriyah @ syafaat terpaksa; iaitu Allah terpaksa terima drpd mana2 hamba yg memohon. Dan terima dengan sebab kasih sayang.
Hingga orang bersalah pun, jika dapat syafaat ini, Allah akan terima & lepaskan.
Akidah ini berlaku dalam masyarakat yang syirik kpd Allah. Seperti golongan yang seru Isa AS supaya beri syafaat kpd mereka.
Mereka percaya bahawa Isa AS akan meminta kepada Allah supaya Allah Taala lepaskan seseorang itu dari hukuman & memasukkan mereka ke syurga.
'Ya Allah, disebabkan dia sayangkan saya, selalu seru saya, rayu & pujuk kpd saya, maka ya Allah, ampunilah dia"
Disebabkan Allah sangat sayang kepada Isa AS, maka apa saja bentuk rayuan darinya, Allah terima.
***
Cermin diri@akidah masing2 dgn AlQuran, kerana ini adalah Neraca yg benar.
***
Yang sabit di sisi ugama adalah syafaat bil izni @ syafaat dgn izin Allah Taala.
Allah sudah pun tahu bahawa seseorang itu layak terima syafaat.
Dan orang yang dapat syafaat adalah orang yang tauhid kpd Allah Taala.
Contoh syafaat:
-diampunkan dosa
-cepat masuk syurga
-ringan azab & tempoh di neraka
-naik darjat di syurga
Syafaat Qohriyah tidak wujud dlm Islam. Dan ia berlaku secara berleluasa di seluruh dunia, lebih2 lagi di kalangan orang yg ada kitab; Taurat, Injil & AlQuran. Mereka lemas dlm kepercayaan Syafaat Qohriyah
Allahua'lam