Lan Prepaid
Fun Poster
- Messages
- 588
- Joined
- Apr 30, 2008
- Messages
- 588
- Reaction score
- 13
- Points
- 15
Aku tak faham lah. Zikir ni hukumnya harus,kan? Menari pulak, hukumnya harus kan? Lalu digabung Menari sambil berzikir, mengapa ada yang kata haram? Bidaah la? Hmm.
Cuba kita gabungkan dengan yang lain pulak.
Berdoa harus.
Menari harus.
Berdoa sambil menari?
Baca quran harus.
Menari harus.
Baca quran sambil menari?
Dengar ceramah harus.
Menari harus.
Dengar ceramah sambil menari?
Cuba gabungkan dengan yang ini pulak.
Selepas solat tok imam mengetuai zikir selepas solat sambil menari.
Bayangkan pulak selepas solat jumaat.
Kalau aku tengah berjogging, sambil2 tu berzikir. Berdosa ke? Kalau aku tengah basuh kereta, aku berzikir. salah ke?
Hmm..
Alhamdulillah. Bagus tu.
Cuba terbalikkan.
Aku nak berzikir tapi mesti dalam keadaan berjogging.
Aku nak berzikir tapi mesti dalam keadaan basuh kereta. Makna kata kalau teringat je nak berzikir cepat2 ambil peralatan basuh kereta walaupun baru je tadi lepas basuh.
Persoalan dia kenapa kena menari untuk berzikir.
Pernah ke sebelum ni dia menari tanpa berzikir?
Atau baru sekarang menari dengan berzikir?
Kenapa kreatif sangat untuk beribadah sampai menyusahkan para ulama untuk mengeluarkan hukum.
Kenapa tidak ikut je format beribadah seperti yang ditunjukkan oleh nabi dan para sahabat.
Kenapa ambil jalan yang menyusahkan?
Kalau berzikir macam biasa tanpa menarikan tiada masalah?
Kenapa ditimbulkan masalah?
Adakah berzikir dengan menari pahalanya lebih jika dibandingkan berzikir tanpa menari?