BTC USD 82,607.4 Gold USD 4,124.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ya allah kenapa aku dalam neraka

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
doa.jpg

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”

Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai. -Artikel iluvislam.com
 
aku heran betul ker "riak" tu masuk neraka? Allah juga "Maha Sombong", dan jadi manusia tak boleh mencontohi Allah? Sifat "Maha Menyeksa"? :eek:

dan betul ker "ikhlas" syarat utama masuk syurga?

ayat mana yang cakap macam nie? nak juga aku teliti balik...

apa perbezaan "ikhlas" dan "patuh" (islam)?

kalau betul ler macam nie syarat dia untuk masuk syurga, maka Islam ni bukanlah berita gembira kepada orang yang nak patuh pada Allah.. Al-Quran tu tak benar..

ker nkorang yang confused kut?

tentang tiga group dan perbezaan group2 nie...

56.7 : Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

56.8 : Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? <- group yang belum pasti masuk syurga

56.9 : Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? <- group yang pasti masuk neraka

56.10 : Dan orang-orang yang telah mendahului, yang akan mendahului; <- group yang pasti masuk syurga
56.11 : Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
56.12 : (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
56.13 : (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
56.14 : Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. <- bukan nabi semata2.. dan susah ni, jadi risau apa lagi bab ikhlas? riak? etc​

atau confused pasal keseimbangan semua sifat yang berkaitan?

Khidir bunuh orang yang belum lagi nyata/terbukti bersalah nkorang tahu?

Jahat tak? Masuk neraka?
 
Last edited:
banyak betul propaganda meletakkan Islam bukan pada tempatnya

dan justeru itu memecah-belahkan umat manusia serta menjauhkan mereka daripada melakukan kebaikan (bersatu dan tidak berpuak2, berperang)...

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk cara hidup yang mudah diterima oleh akal yang sihat. [87.8]
 
aku heran betul ker "riak" tu masuk neraka? Allah juga "Maha Sombong", dan jadi manusia tak boleh mencontohi Allah? Sifat "Maha Menyeksa"? :eek:

dan betul ker "ikhlas" syarat utama masuk syurga?

ayat mana yang cakap macam nie? nak juga aku teliti balik...

apa perbezaan "ikhlas" dan "patuh" (islam)?

kalau betul ler macam nie syarat dia untuk masuk syurga, maka Islam ni bukanlah berita gembira kepada orang yang nak patuh pada Allah.. Al-Quran tu tak benar..

ker nkorang yang confused kut?

tentang tiga group dan perbezaan group2 nie...

56.7 : Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

56.8 : Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? <- group yang belum pasti masuk syurga

56.9 : Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? <- group yang pasti masuk neraka

56.10 : Dan orang-orang yang telah mendahului, yang akan mendahului; <- group yang pasti masuk syurga
56.11 : Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
56.12 : (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
56.13 : (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
56.14 : Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. <- bukan nabi semata2.. dan susah ni, jadi risau apa lagi bab ikhlas? riak? etc​

atau confused pasal keseimbangan semua sifat yang berkaitan?

Khidir bunuh orang yang belum lagi nyata/terbukti bersalah nkorang tahu?

Jahat tak? Masuk neraka?

Nabi Khidir bunuh budak tu adalah dari perintah Allah, bukan main suka2..
dan mati budak itu adalah kerana ajal nya sampai, asbab nya melalui Nabi Khidir, dan di sebalik tu peristiwa itu merupakan satu kisah yg mengandungi pengajaran kpd manusia, dan hikmah peristiwa itu adalah kebaikan kpd ibu bapa budak tu..
tak ada apa yg buruk, semua cantik belaka..
lg elok dia mati sebelum dia sempat buat kesalahan, dari hidup pastu buat dosa..
 
Aku cakap... "belum lagi nyata/terbukti bersalah" ?

nko faham apa yang aku cakap?

dan apakah prinsip menjatuhkan hukuman sesama manusia mengikut al-Quran?

adakah dia telah dizalimi, sedangkan belum lagi terbukti kesalahannya?

yang mana bahagian muhkamat, dan mana yang mutasyaabihat?
 
mana ko tahu individu yg dimaksudkan dalam Quran tu Nabi Khidir? ada tulis nama Khidir dalam tu?
ko rujuk hadis mana???
 
mana ko tahu individu yg dimaksudkan dalam Quran tu Nabi Khidir? ada tulis nama Khidir dalam tu?
ko rujuk hadis mana???

apa masalahnya dengan isu yang aku tanya kalau dia bukan Khidir?

Sesiapa pun jua, yang pentingnya.. dia bunuh orang yang "belum lagi nyata/terbukti bersalah" dan guru kepada Nabi Musa..

18.74 : Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!”​

so... mana bukti nyata kata dia bersalah dan berhak dihukum bunuh?

Aku cakap... "belum lagi nyata/terbukti bersalah" ?

nko faham apa yang aku cakap?

dan apakah prinsip menjatuhkan hukuman sesama manusia mengikut al-Quran?

adakah dia telah dizalimi, sedangkan belum lagi terbukti kesalahannya?

yang mana bahagian muhkamat, dan mana yang mutasyaabihat?
 
Last edited:
Point dlm cerita ni yg penting ikhlas dalam beribadah....kalo tak ikhlas tungeng terbalik ibadat pun taraguna......

Yg klaka menda melalut plak yg didebatkan......macam2.....
 
Point yang aku nak sampaikan pula ialah..

Quran cakap tak boleh makan vabi.. tapi Quran juga cakap boleh makan vabi ..
Quran cakap tak boleh bunuh orang .. tapi Quran juga cakap boleh bunuh orang..
Quran cakap tak boleh buat jahat.. tapi Quran juga cakap boleh buat jahat..
Quran cakap tak boleh kahwin 4.. tapi Quran juga cakap boleh kahwin 4 ..
Quran cakap tak boleh .. tapi Quran juga cakap boleh ..

Quran cakap tak boleh .. tapi Quran juga cakap boleh ..​

jadi apa maksud semua nie?

Maksudnya.. Quran tak menceritakan pasal "betul" atau "salah".. "boleh" dan "tak boleh".

Quran menceritakan "bagaimana untuk menseimbangkan" kehidupan manusia...

Kerana di mana ada "keseimbangan", di situ ada "keadilan"

hanya lebih kurang 20% isi Quran menceritakan hukum, dan 80% menceritakan bagaimana hukum itu dilaksanakan..

Macam tu juga dengan isu ini.. jangan main kaut semua masuk neraka atas ukuran "ikhlas", "riak" etc...

Ukuran "ikhlas" itu pada yang maksimum... bukan "minimum"

dan kalau nak berhujah atas ini, maka berkelahi dan bergaduhlah seluruh manusia...

habis semua berpecah belah..

Ukuran sebenar atau "minimum" ialah .. kalau tak percaya Allah pun boleh masuk syurga (BUKTINYA DI BAWAH)

DAN setinggi mana pun "iman"... tapi kalau bantah Allah.. pasti masuk neraka kalau bantah Allah...

Iman itu bonus.. Islam (patuh) itu syarat sebenar masuk syurga dan kehidupan masyarakat yang bersatu sebagai satu umat, samada ikhlas atau tidak... percaya atau tidak percaya!

2. Kena beriman untuk layak masuk syurga?

Point kedua: Adakah perlu percaya Allah untuk masuk syurga?

Tak perlu percaya pada Allah untuk masuk syurga. . ni authority aku.

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman
tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu <- maksudnya, iman = 0%
berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘ <- Islam dibezakan dengan Iman, tidak sama!
Dan jika kamu taat kepada Allah RasulNya
Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu <- janji Allah, syurga!
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[49.14]​

Allah cakap Dia "tidak akan mengurangkan sedikitpun", iaitu termasuk hak masuk syurga...

Syarat paling minimum untuk masuk syurga ialah berlaku adil menurut kehendak Al-Quran, samada percaya Allah atau sebaliknya (0% iman)...

Ini kerana keimanan itu bidang kuasa Allah, dan ketaatan itu bidang kuasa manusia...

Manusia, buat kerja manusia.. melaksanakan kebaikan dan keadilan menurut al-Quran

dan tak payah nak jadi Tuhan...

Sapa suka, boleh bagi ayat untuk counter aku punya argument....

Sambungan. . point yang membuktikan "iman setinggi mana sekalipun" tak menentukan seseorang itu masuk syurga. . .

penelitian.. siapa manusia paling mulia dan juga boleh dikatakan paling beriman?

Yup.. . Nabi Muhammad SAW...

[68.4] Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.​

Paling hebat ini, siap jumpa Jibrail dan Isra Mikraj etc...

Iman tip top !

Tetapi.. dan walaupun Nabi Muhammad SAW

..ikhlas beribadah kepada Allah
..Mengucapkan syahadah paling sempurna
..petah berbahasa dan faham arab dialek quraish
..solat paling sempurna
..sentiasa solat berjemaah
..solat setiap malam
..membelanjakan seluruh hartanya ke jalan Allah
..menyempurnakan haji dengan sebaik2nya
..berpuasa seluruh hidupnya
..berzikir setiap masa dan bercakap baik
..berjihad dan ikhlas mengorbankan dirinya kepada Allah
..meneliti semua kata-kata Allah
..apa sajalah... bayangkan, sebagai manusia paling beriman​

Nabi Muhammad SAW tetap akan menjadi orang "kafir" sekiranya membantah "larangan kecil" memakan dari sembelihan binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya

simple punya larangan jer nie... kena reject bulat2....

Iman tip top dia tak laku sama sekali. .

Dan JANGANLAH kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya
kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)
dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu
dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu)
sesungguhnya kamu (Muhammad) tetap menjadi orang-orang musyrik <- maksudnya nabi Muhammad jadi kafir, walaupun iman hebat
[6.121]​

Tetapi dan jika taat bulat-bulat dan walaupun iman kepada Allah ialah "0%" . . iaitu tak percaya langsung Allah etc

hanya taat semata-mata apa yang al-Quran cakap dan yang berkaitan "bidangkuasa" manusia...

Seseorang itu tetap akan masuk syurga

Dan jika kamu taat kepada Allah RasulNya
Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu <- janji Allah, syurga!
[49.14]​

So.. sapa kata kena percaya Allah untuk masuk syurga?

Mana ayat untuk counter?

Oleh itu.. kena letak sesuatu itu pada tempat yang betul.. supaya orang menaruh harapan dan berlumba2 untuk membuat kebaikan..

bukannya menyukarkan ad din, berpecah belah dan buat orang semua putus asa serta menjauhkan Islam..

Tepat pada masa
Tepat pada tempat
Tepat pada kategori manusia
Tepat pada masyarakat
Tepat pada zaman dan keadaan kehidupan pada satu-satu masa
Itulah.. keseimbangan = keadilan = Sunnatullah = Islam​
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register