BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Recommended Broker XM - xmbroker-fx.com

MAHU TARIK LEBIH RAMAI PEDAGANG EMAS?
PELUANG BAHARU UNTUK RAKAN NIAGA!


Mahu tarik lebih ramai pedagang emas? Ketahui bagaimana kemas kini GOLD24-7 boleh membuka peluang baharu untuk Rakan Niaga XM mengembangkan rangkaian mereka.

1786095429192.jpeg


Bagi pedagang emas, mereka yang aktif berdagang XAUUSD, peluang boleh muncul pada bila-bila masa.

Pasaran mungkin ditutup pada hujung minggu, tetapi berita ekonomi, konflik geopolitik dan perubahan sentimen pasaran tidak pernah berhenti. Dalam tempoh itu, pelbagai perkembangan boleh berlaku dan mempengaruhi sentimen pasaran sebaik sahaja dagangan dibuka semula.

Tidak hairanlah ramai pedagang terus mengikuti berita dan pergerakan pasaran walaupun pada hari Sabtu dan Ahad, sambil menunggu peluang seterusnya.

Tetapi bagaimana jika mereka tidak lagi perlu menunggu sehingga hari Isnin?

Dan sebagai Rakan Niaga, bagaimana anda boleh memanfaatkan perubahan ini untuk menarik lebih ramai pedagang emas?

Dagangan Emas Kini Boleh Diakses 24/7

Kini, penantian itu bukan lagi satu halangan.

Platform dagangan XM kini telah mengemaskini waktu dagangan GOLD24-7, kini anda boleh mengakses dagangan emas tujuh hari seminggu, termasuk pada hujung minggu.

Bagi pedagang, ini bermakna lebih fleksibiliti untuk mengakses pasaran apabila diperlukan. Mereka juga boleh bertindak balas dengan lebih pantas terhadap perkembangan yang berlaku tanpa perlu menunggu pembukaan pasaran pada hari Isnin.

Antara kelebihan yang ditawarkan termasuk:
  • Akses kepada dagangan emas tujuh hari seminggu.​
  • Lebih fleksibiliti untuk mengakses pasaran pada hujung minggu.​
  • Peluang menyesuaikan strategi dagangan mengikut perkembangan pasaran semasa.​

Apa Maksudnya untuk Rakan Niaga?

Setiap penambahbaikan yang memberi manfaat kepada pedagang juga membuka peluang baharu kepada anda sebagai Rakan Niaga.

Ramai pedagang memilih broker berdasarkan kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan. Dengan kemas kini GOLD24-7, anda kini mempunyai satu lagi kelebihan untuk diketengahkan apabila memperkenalkan XM kepada prospek, khususnya mereka yang aktif berdagang emas.

Sama ada melalui media sosial, komuniti dagangan atau rangkaian sedia ada, anda boleh berkongsi bahawa pelanggan XM kini menikmati akses dagangan emas sepanjang minggu. Nilai tambah seperti ini mampu membantu menarik perhatian pedagang yang sedang mencari pengalaman dagangan yang lebih fleksibel.

Jadikan Kemaskini Ini Sebagai Peluang

Jika audiens anda terdiri daripada pedagang XAUUSD atau mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pasaran emas, inilah masa yang sesuai untuk menghubungi mereka.

Ketengahkan bagaimana kemaskini ini membantu pedagang:
  • Mengakses pasaran dengan lebih fleksibel.​
  • Bertindak balas lebih pantas terhadap perkembangan pasaran.​
  • Menyesuaikan strategi dagangan mengikut keadaan semasa.​
Dengan berkongsi manfaat yang relevan kepada keperluan pedagang, anda bukan sahaja memberi mereka maklumat yang bernilai, malah berpeluang menarik lebih ramai pelanggan untuk mendaftar melalui pautan Rakan Niaga anda.

Bersedia Mengembangkan Rangkaian Anda?

Sebagai Rakan Niaga, memberikan maklumat yang relevan kepada audiens anda boleh menjadi langkah kecil dalam membina hubungan yang lebih kukuh dengan mereka.

Dengan kemas kini GOLD24-7, kini ada satu lagi perkembangan yang boleh anda kongsikan bersama pedagang emas dalam rangkaian anda.

Jika anda sedang mencari lebih banyak cara untuk memberikan nilai kepada audiens sambil mengembangkan rangkaian anda, Program Rakan Niaga XM boleh menjadi langkah seterusnya.

Terokai peluang yang tersedia dan lihat bagaimana anda boleh berkembang bersama XM.

#XM #XMPartners #RakanNiagaXM #GOLD247 #XAUUSD #AffiliateMarketing #TradingMalaysia #DagangEmas #Emas
 
THIS WEEK IN THE MARKET (10 - 14 OGOS): ADAKAH INFLASI AS AKAN UBAH JANGKAAN PASARAN?

Keputusan kadar faedah, data inflasi dan petunjuk pertumbuhan ekonomi bakal mencorakkan sentimen pasaran minggu ini. Ketahui acara utama yang wajar diperhatikan pedagang.

1786338575690.png

Minggu ini, beberapa data ekonomi penting bakal menjadi tumpuan apabila pelabur mencari petunjuk baharu mengenai hala tuju kadar faedah global.

Daripada keputusan RBA hinggalah laporan inflasi, jualan runcit dan sentimen pengguna AS, setiap data berpotensi mencetuskan pergerakan dalam mata wang utama.

Berikut adalah acara ekonomi utama yang wajar diperhatikan minggu ini:

1786338575760.png
  • Keputusan Dasar Monetari RBA – Selasa, 11 Ogos, 04:30 GMT
RBA dijangka mengekalkan kadar faedah selepas data inflasi suku kedua yang lebih lemah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar.

Namun, jika RBA memberi isyarat bahawa kenaikan kadar masih berkemungkinan, dolar Australia boleh menerima sokongan.

Persoalannya: Adakah RBA akan mengejutkan pasaran dengan nada lebih hawkish?
  • Indeks Harga Pengguna (CPI) AS – Rabu, 12 Ogos, 12:30 GMT
Data inflasi AS menjadi antara acara utama minggu ini.

Selepas inflasi menunjukkan tanda penurunan pada bulan Jun, pasaran akan melihat sama ada trend ini berterusan pada bulan Julai.

Data lebih rendah daripada jangkaan boleh meningkatkan harapan bahawa Fed akan mengekalkan pendekatan lebih berhati-hati, manakala angka lebih tinggi boleh menyokong dolar AS.
  • KDNK UK – Khamis, 13 Ogos, 06:00 GMT
Ekonomi UK mencatatkan pertumbuhan kukuh pada suku pertama, namun momentum dijangka sederhana pada suku kedua.

Data ini akan menjadi petunjuk penting untuk melihat sama ada ekonomi UK kekal berdaya tahan dan bagaimana ia boleh mempengaruhi keputusan BoE.
  • Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS – Khamis, 13 Ogos, 12:30 GMT
PPI akan memberikan gambaran tentang tekanan kos di peringkat pengeluar.

Sekiranya tekanan harga terus berkurangan, ia boleh mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar Fed dan meningkatkan selera risiko pasaran.
  • Jualan Runcit AS – Jumaat, 14 Ogos, 12:30 GMT
Selepas jualan runcit AS menurun pada bulan Jun, data Julai akan menunjukkan sama ada pengguna mula mengurangkan perbelanjaan susulan peningkatan kos.

Bacaan yang lemah boleh memberi tekanan kepada dolar AS, manakala angka kukuh mungkin menunjukkan ekonomi masih stabil.
  • Sentimen Pengguna Universiti Michigan AS – Jumaat, 14 Ogos, 14:00 GMT
Laporan ini akan memberikan gambaran awal tentang keyakinan pengguna AS pada bulan Ogos.

Selain sentimen pengguna, pelabur turut memerhati jangkaan inflasi kerana ia boleh mempengaruhi pandangan terhadap dasar Fed.

Apa yang Perlu Diperhatikan?

Minggu ini bakal menguji sentimen pasaran dengan beberapa data ekonomi utama yang boleh mempengaruhi jangkaan kadar faedah dan pergerakan mata wang.

Adakah data terbaru akan mengubah pandangan pelabur terhadap ekonomi global?

Pantau kalendar ekonomi dan ikuti perkembangan pasaran terkini.

[TRADE WHAT’S NEXT WITH XM!]

#XM #KalendarEkonomi #DataEkonomi #AnalisisPasaran #ForexMalaysia #DaganganForex
 
BERAPA MODAL MINIMUM UNTUK MULA BERDAGANG?

Nak mula berdagang tetapi risau tentang modal? Ketahui berapa yang diperlukan dan pilihan yang boleh membantu anda bermula dengan lebih mudah.
1786604250542.png

Tiada satu jumlah modal minimum yang sesuai untuk semua pedagang. Jumlah yang diperlukan bergantung pada broker, jenis akaun, instrumen yang ingin didagangkan, saiz posisi dan tahap risiko yang sanggup diambil.

Anda juga mungkin boleh mula berdagang tanpa membuat deposit awal dengan sesetengah broker menawarkan bonus tanpa deposit, yang membolehkan pelanggan yang layak mencuba pengalaman berdagang tanpa membuat deposit awal. Sebagai contoh, XM menawarkan Bonus Tanpa Deposit $50 kepada pelanggan yang layak, tertakluk pada terma dan syarat.*

Ini bermakna pedagang baharu tidak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar. Namun, bonus bukan pengganti kepada pengurusan risiko. Memahami margin, saiz posisi dan potensi kerugian tetap penting sebelum membuka dagangan.

Bagaimana jika saya mahu membuat deposit?

Bagi pedagang yang memilih untuk membuat deposit, XM turut menawarkan struktur bonus deposit bertingkat: 100% sehingga $200, 50% sehingga $500 dan 20% sehingga $5,000 untuk deposit seterusnya.* Bonus ini boleh menambah dana bonus kepada akaun dan memberikan lebih banyak ruang untuk mengurus dagangan, tertakluk pada terma dan syarat.

Jadi, sebelum menentukan jumlah modal, pertimbangkan bukan sahaja berapa banyak yang boleh didepositkan, tetapi juga berapa banyak yang sanggup dirisikokan. Bermula dengan jumlah yang selesa dan mengurus setiap posisi secara berdisiplin boleh menjadi langkah yang lebih praktikal.

[MULA HARI INI!]

Bonus tidak boleh dikeluarkan. Anda hanya dibenarkan untuk mengeluarkan hasil keuntungan. Tertakluk pada T&S. Dagangan instrumen berleveraj mempunyai risiko tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.

Soalan Lazim Tentang Modal Dagangan

  1. Bolehkah saya mula berdagang tanpa deposit?
Ya, sesetengah broker menawarkan bonus tanpa deposit kepada pelanggan yang layak. XM menawarkan No Deposit Bonus $50, tertakluk pada terma dan syarat yang berkenaan.

  1. Berapa modal yang diperlukan untuk mula berdagang?
Tiada jumlah modal yang sama untuk semua pedagang. Keperluan modal bergantung pada broker, jenis akaun, instrumen, saiz posisi dan strategi dagangan.

  1. Adakah modal yang lebih besar memberikan peluang keuntungan yang lebih tinggi?
Modal yang lebih besar boleh membolehkan saiz posisi atau fleksibiliti margin yang berbeza, tetapi ia tidak menjamin keuntungan. Risiko kerugian juga perlu dipertimbangkan.

  1. Apakah bonus deposit XM?
XM menawarkan bonus deposit bertingkat: 100% sehingga $200, 50% sehingga $500 dan 20% sehingga $5,000 untuk deposit seterusnya, tertakluk pada terma dan syarat.

  1. Bolehkah bonus deposit dikeluarkan?
Tidak. Bonus tidak boleh dikeluarkan. Hanya hasil keuntungan yang memenuhi syarat boleh dikeluarkan, tertakluk pada terma dan syarat bonus.
 
AFFILIATE MARKETING: APA YANG ANDA PERLUKAN
UNTUK BERKEMBANG?


Ingin bawa affiliate business ke tahap seterusnya? Ketahui 4 perkara penting untuk menarik audiens, mengurus kempen dan mengembangkan rangkaian dengan lebih berkesan.

1786691181382.jpeg


Dalam affiliate marketing, mendapatkan klik dan pendaftaran hanyalah permulaan. Untuk berkembang dalam jangka panjang, anda memerlukan lebih daripada sekadar pautan affiliate dan kadar komisen.

Program affiliate yang baik seharusnya membantu anda dalam empat perkara utama:
  • Menarik audiens dengan bahan pemasaran yang relevan​
  • Memahami prestasi melalui pelaporan dan analitik​
  • Mengurus kempen dengan teknologi dan automasi​
  • Mengembangkan rangkaian dengan sokongan rakan niaga​
Jadi, apabila anda sedang mencari program affiliate, apa sebenarnya yang patut anda lihat?

1. Sokongan Rakan Niaga Untuk Berkembang​

Apabila rangkaian semakin berkembang, keperluan affiliate juga berubah — daripada sekadar mencari pelanggan kepada mengurus rangkaian dan mencari peluang pertumbuhan baharu.

Sebab itu, program yang baik seharusnya menawarkan lebih daripada bantuan asas, seperti:
  • Sokongan dan komunikasi​
  • Acara dan peluang membina rangkaian​
  • Ganjaran​
  • Penjejakan pencapaian​
Sokongan seperti ini boleh membantu affiliate mengurus aktiviti dengan lebih tersusun sambil membina hubungan jangka panjang.

2. Kurangkan Kerja Manual, Fokus Pada Pertumbuhan​

Semakin banyak kempen, pelanggan dan rangkaian yang anda urus, semakin banyak masa boleh dihabiskan untuk tugasan berulang.

Di sinilah teknologi dan automasi boleh membantu.

Ciri seperti pengurusan kempen, penjejakan prestasi dan pengurusan rebat yang ditawarkan Program Rakan Niaga XM boleh menjadikan proses lebih tersusun, supaya affiliate boleh memberi lebih tumpuan kepada perkara yang lebih penting.

3. Jangan Sekadar Kumpul Data — Gunakannya​

100 klik. 500 klik. 1,000 klik.

Tetapi kempen mana yang benar-benar berkesan?

Pelaporan dan analitik membantu affiliate melihat lebih daripada sekadar jumlah trafik. Data boleh digunakan untuk memahami prestasi kempen, mengenal pasti perkara yang berkesan dan menentukan perkara yang perlu diperbaiki.

4. Sampaikan Mesej Yang Tepat Kepada Audiens​

Setiap pasaran mempunyai keperluan, bahasa dan cara tersendiri. Kandungan yang berkesan untuk satu audiens belum tentu sesuai untuk audiens yang lain.

Sebab itu, bahan pemasaran yang relevan boleh memudahkan affiliate menyesuaikan mesej, terutamanya apabila menyasarkan pelbagai pasaran.

Contohnya, kandungan yang tersedia dalam 31 bahasa oleh Program Rakan Niaga XM memberi lebih banyak pilihan untuk membina kempen yang sesuai dengan sasaran.

Jadi, Apa Yang Patut Anda Cari?​

Kadar komisen mungkin menjadi perkara pertama yang dilihat apabila memilih program affiliate. Namun, untuk pertumbuhan jangka panjang, lihat gambaran yang lebih besar.

Sebelum memilih, lihat perkara ini:
  • Adakah bahan pemasaran sesuai dengan audiens saya?​
  • Bolehkah saya memahami prestasi kempen dengan mudah?​
  • Adakah teknologi membantu mengurangkan kerja manual?​
  • Adakah terdapat sokongan apabila rangkaian saya berkembang?​
Jadi, program affiliate yang lengkap bukan sekadar membantu mendapatkan pelanggan. Ia juga perlu memberikan alat, data dan sokongan untuk memahami, mengurus dan mengembangkan aktiviti pemasaran anda. Menariknya, Program Rakan Niaga XM menggabungkan kesemua elemen ini dalam satu ekosistem.

Sedia Untuk Bawa Affiliate Anda Lebih Jauh?​

Affiliate marketing bukan sekadar mendapatkan lebih banyak klik atau pendaftaran. Apa yang anda lakukan dengan trafik, data dan peluang tersebut boleh menentukan langkah seterusnya.

Jika anda sedang mencari program affiliate yang menyediakan lebih daripada sekadar komisen, terokai Program Rakan Niaga XM dan lihat bagaimana ekosistemnya boleh menyokong perjalanan pertumbuhan anda.

Sudah bersedia untuk mencuba?

Daftar sebagai Rakan Niaga XM hari ini.

Ingin Tahu Lebih Lanjut Mengenai Affiliate? Baca Artikel di Bawah!​

  1. Program Affiliate Kewangan: Perkara yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bermula
  2. Ramai Affiliate Terlepas Pandang Faktor Ini Ketika Memilih Broker!
  3. Ramai Mahu Jadi Affiliate Dagangan, Tetapi Tidak Semua Berjaya. Apa Bezanya?
#AffiliateMarketing #XMPartners #AffiliateMalaysia #AffiliateProgram #TradingPartners
 
THIS WEEK IN THE MARKET (17–21 OGOS) – PASARAN MULA PANAS,
INI YANG PERLU DIPANTAU!


Apakah pasaran bakal jadi lebih sibuk minggu ini? Ketahui data ekonomi utama 17–21 Ogos, termasuk GDP Jepun, UK CPI, FOMC Minutes dan US Retail Sales.

1786958381967.jpeg

Minggu ini nampak tenang… atau bakal jadi lebih sibuk daripada yang dijangka?

Dari GDP Jepun hingga FOMC Minutes AS, beberapa data ekonomi penting bakal menjadi perhatian pasaran pada 17 hingga 21 Ogos 2026 ini.

Jom lihat apa yang ada dalam radar minggu ini!

1786958381978.jpeg


Japan GDP – Isnin, 17 Ogos, 23:50 GMT​

  • Japan GDP menjadi antara data utama, bersama beberapa data ekonomi China.​
  • Angka yang lebih kuat atau lemah daripada jangkaan boleh mempengaruhi sentimen terhadap ekonomi Asia.​
  • Pantau: JPY, Nikkei & aset berkaitan China.​

Employment UK – Selasa, 18 Ogos, 06:00 GMT​

  • Data Employment UK akan memberikan gambaran terkini tentang keadaan pasaran pekerjaan sebelum tumpuan beralih kepada inflasi.​
  • Pantau: GBP & indeks UK.​

UK CPI & FOMC Meeting Minutes – Rabu, 19 Ogos​

  • UK akan mengeluarkan CPI, manakala AS pula menerbitkan FOMC Meeting Minutes.​
  • Apa yang Fed bincangkan tentang inflasi dan kadar faedah boleh menjadi petunjuk penting untuk sentimen pasaran.​
  • Pantau: GBP, USD, emas & indeks AS.​

Australia Employment & China LPR – Khamis, 20 Ogos​

  • Australia akan menerbitkan Employment Change & Unemployment Rate, sementara China mengumumkan Loan Prime Rate (LPR).​
  • Pantau: AUD, CNY & aset Asia.​

US Retail Sales – Jumaat, 21 Ogos, 12:30 GMT​

  • US Retail Sales akan menjadi antara data terakhir yang dinantikan minggu ini.​
  • Adakah pengguna AS masih berbelanja? Jawapannya boleh mempengaruhi pandangan terhadap kekuatan ekonomi AS.​
  • Pantau: USD, Nasdaq & S&P 500.​

Persoalannya, Apa Seterusnya?​

Satu angka boleh mengubah sentimen. Beberapa data penting bakal menguji pasaran minggu ini.

Adakah pasaran akan kekal di landasan yang sama, atau ada kejutan yang bakal mengubah arah?

Pantau kalendar ekonomi dan ketahui bila data utama akan diterbitkan.

[TRADE WHAT’S NEXT WITH XM!]

#XM #KalendarEkonomi #DataEkonomi #AnalisisPasaran #ForexMalaysia #DaganganForex
 
KENAPA MARGIN PENTING BILA PASARAN BERGERAK BERTENTANGAN?

Kenapa margin penting apabila pasaran bergerak bertentangan? Fahami margin, floating loss dan margin level, serta bagaimana cara anda boleh dapatkan ruang tambahan.

1787123962067.jpeg


Dalam dagangan, pergerakan pasaran tidak semestinya mengikut jangkaan. Apabila harga mula bergerak bertentangan dengan posisi, margin menjadi penting kerana ia menentukan berapa banyak ruang yang masih ada dalam akaun untuk mengekalkan posisi tersebut.

Semakin besar floating loss, semakin banyak tekanan yang boleh dikenakan ke atas dagangan. Jika keadaan ini berterusan, ruang untuk mengekalkan posisi juga boleh menjadi semakin kecil.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada margin apabila pasaran bergerak bertentangan? Dan bagaimana anda boleh dapatkan ruang tambahan dalam situasi seperti ini?

Apa Itu Margin?

Margin adalah jumlah dana yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan sesuatu posisi.

Ia bukan bayaran atau yuran yang dikenakan apabila membuka trade. Sebaliknya, margin merupakan sebahagian daripada dana akaun yang diperuntukkan untuk menyokong posisi terbuka.

Jumlah margin yang diperlukan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk:
  • Saiz posisi​
  • Instrumen yang didagangkan​
  • Harga semasa​
  • Leverage yang digunakan​
Semakin besar pendedahan sesuatu posisi, semakin penting untuk memahami berapa banyak margin yang digunakan dan berapa banyak ruang yang masih tersedia dalam akaun.

Apa Berlaku Jika Margin Level Terlalu Rendah?

Margin level yang semakin rendah menunjukkan bahawa ruang dalam akaun untuk mengekalkan posisi juga semakin terhad.

Jika pasaran terus bergerak bertentangan, floating loss boleh meningkat sehingga margin level mencapai tahap tertentu yang ditetapkan oleh broker.

Bergantung pada syarat akaun, trader mungkin menerima margin call apabila margin tidak lagi mencukupi. Jika keadaan terus merosot dan mencapai tahap stop-out, satu atau lebih posisi mungkin ditutup secara automatik.

Ini sebabnya trader tidak sepatutnya hanya melihat sama ada sesuatu posisi masih “untung” atau “rugi”. Mereka juga perlu melihat berapa banyak margin yang sedang digunakan dan berapa banyak ruang yang masih tinggal dalam akaun.

Bolehkah Trading Credit Memberi Lebih Ruang?

Di sinilah trading credit atau bonus menjadi relevan.

Sesetengah broker menawarkan bonus deposit yang boleh membantu memberikan ruang atau buffer tambahan apabila akaun mengalami floating loss.
1787123962078.jpeg

Sebagai contoh, XM menawarkan struktur bonus berperingkat sehingga $5,000 untuk pemegang akaun Micro dan Standard. Antara ciri yang ditawarkan termasuk:
  • Bonus 100%, 50% dan 20% mengikut peringkat sehingga had tertentu.​
  • Kredit dagangan tambahan untuk memberikan lebih ruang dalam pengurusan posisi.​
  • Sokongan tambahan ketika pasaran bergerak aktif, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.​
Walau bagaimanapun, trading credit bukan perlindungan penuh daripada kerugian. Pasaran masih boleh bergerak bertentangan dengan jangkaan dan trader masih bertanggungjawab untuk mengurus risiko.

Bagaimana Trader Boleh Mengurus Margin?

Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan ialah:

1. Fahami saiz posisi
Posisi yang lebih besar boleh meningkatkan pendedahan kepada pergerakan harga.

2. Pantau equity dan margin level
Jangan bergantung kepada balance sahaja apabila mempunyai posisi terbuka.

3. Gunakan leverage dengan berhati-hati
Leverage boleh meningkatkan pendedahan pasaran dan potensi kerugian.

4. Pertimbangkan floating loss
Pasaran boleh bergerak lebih jauh daripada jangkaan. Pastikan akaun mempunyai ruang yang mencukupi untuk mengurus posisi.

5. Fahami trading credit
Jika menggunakan bonus atau kredit tambahan, semak bagaimana ia berfungsi, termasuk terma dan syarat yang berkaitan.

Apa Yang Trader Perlu Ingat?

Pasaran bergerak. Floating loss berubah. Margin pula menentukan berapa banyak ruang yang masih ada.

Jadi, jangan hanya fikir tentang posisi yang dibuka — fikir juga tentang ruang untuk menghadapinya.

Ingin cuba berdagang dengan lebih banyak ruang?

[TUNTUT BONUS ANDA HARI INI!]

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

#XMPartners #ProgramRakanNiagaXM #WorldwidePartnerLadder #BeatYourBest

Soalan Lazim

  1. Apa beza balance dan equity?
    Balance menunjukkan baki berdasarkan posisi yang telah ditutup, manakala equity turut mengambil kira floating profit atau loss daripada posisi terbuka.​
  2. Adakah bonus deposit boleh menghalang stop-out?
    Bonus deposit mungkin memberikan ruang tambahan dalam struktur tertentu, tetapi ia tidak menjamin bahawa stop-out tidak akan berlaku. Jika floating loss terus meningkat, margin level masih boleh mencapai tahap stop-out.​
  3. Adakah bonus deposit menghapuskan floating loss?
    Tidak. Floating loss masih wujud apabila harga bergerak bertentangan. Bonus hanya boleh memberikan sokongan tambahan mengikut struktur dan terma bonus yang ditetapkan.​
 
TRADING INDEPENDENCE: APA ERTINYA MERDEKA DALAM DAGANGAN?

Apa ertinya merdeka dalam dagangan? Kenali FOMO, overtrading, trading plan dan self-sabotage yang boleh mempengaruhi keputusan anda ketika berdagang.
1787279643734.png

Bila sebut tentang Merdeka, kita mungkin terfikir tentang kebebasan. Tetapi dalam dagangan, pernahkah anda terfikir tentang kebebasan daripada tabiat yang boleh mengganggu keputusan anda?

FOMO, overtrading, tiada trading plan atau terlalu mudah mensabotaj keputusan sendiri boleh menjadi cabaran yang dihadapi oleh ramai pedagang.

Jadi, sempena bulan Merdeka ini, apa kata kita lihat “kebebasan” dari perspektif dagangan?

Dagangan dan Emosi: Apa Kaitannya?

Pasaran tidak sentiasa bergerak seperti yang dijangka. Ada masa peluang muncul dengan begitu pantas, ada masa pula trade yang dirancang tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Dalam situasi sebegini, emosi mudah mengambil alih.

Rasa takut ketinggalan boleh menyebabkan kita mengejar pergerakan harga. Satu kerugian pula mungkin membuatkan kita mahu membuka trade seterusnya dengan segera. Kadangkala, trading plan yang sudah disusun rapi pun boleh diketepikan apabila keadaan pasaran mula berubah.

Perkara-perkara kecil seperti ini mungkin kelihatan biasa, tetapi jika berulang, ia boleh membentuk tabiat yang mempengaruhi disiplin dagangan.

Sebab itu, sebelum mencari peluang seterusnya dalam pasaran, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat semula bagaimana kita membuat keputusan ketika trade.

Trading Independence: Merdeka daripada Apa?

Sempena bulan Merdeka ini, XM bakal membawakan siri khas Trading Independence di Ruang Lanjutan Melayu XM, bermula 24 hingga 28 Ogos.

Sepanjang siri ini, instruktor akan mengupas empat topik yang dekat dengan cabaran sebenar dalam dagangan:
  • Merdeka daripada FOMO — Fahami bagaimana FOMO boleh mempengaruhi keputusan dan menyebabkan anda mengejar peluang yang sudah terlepas.​
  • Merdeka daripada Overtrading — Ketahui bagaimana terlalu banyak trade boleh menjejaskan disiplin dan mengapa penting mengenali had sendiri.​
  • Merdeka dengan Trading Plan — Lihat bagaimana trading plan boleh membantu anda kekal fokus dan berdisiplin apabila pasaran bergerak di luar jangkaan.​
  • Merdeka daripada Self-Sabotage — Kenali tabiat dan keputusan sendiri yang mungkin menghalang perkembangan dalam dagangan.​
Setiap sesi akan dikupas oleh instruktor yang berbeza dan bermula pada 8 malam:

1787279643745.jpeg


Setiap sesi membawa perspektif yang berbeza, tetapi semuanya kembali kepada satu perkara — membina lebih banyak kawalan terhadap keputusan sendiri ketika berdagang.

Jadi, Sedia Untuk Merdeka dari Tabiat Lama?

Sempena Merdeka ini, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat kebebasan dari sudut yang berbeza.

Bukan tentang bebas untuk mengambil setiap peluang, tetapi tentang membina disiplin untuk tahu bila perlu bertindak, bila perlu menunggu dan bila perlu kekal dengan perancangan sendiri.

Belum mempunyai akaun XM? Buka akaun hari ini untuk sertai Ruang Lanjutan Melayu dan ikuti sesi Live Education yang akan datang.

Buka Akaun XM dan mula belajar bersama kami.

#XM #TradingIndependence #RuangLanjutanMelayu #Merdeka
 

BILA TARIF NAIK, APA JADI PADA PASARAN? INI YANG PEDAGANG PERLU TAHU

Bila tarif naik, apa jadi pada pasaran? Ketahui kesan tarif terhadap saham, mata wang, emas dan komoditi serta apa yang perlu diperhatikan pedagang.

1787536852722.jpeg

Apabila tarif meningkat, pasaran boleh bertindak balas terhadap perubahan jangkaan inflasi, pertumbuhan ekonomi, kadar faedah dan sentimen pelabur. Kesannya boleh dilihat dalam saham, mata wang, emas dan komoditi, bergantung pada negara, industri dan skala tarif yang terlibat.

Tarif sering menjadi perhatian apabila hubungan perdagangan antara ekonomi utama dunia semakin tegang. Tetapi bagi pedagang, persoalannya bukan sekadar “apa itu tarif?”

Persoalan yang lebih penting adalah:

Apa yang berlaku kepada pasaran apabila tarif naik?

Artikel ini melihat kesan tarif terhadap pasaran dengan mengambil contoh perang dagangan AS-China pada 2018 dan perkembangan tarif pada 2026.


Apa Itu Tarif dan Perang Dagangan?

Tarif adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport dari negara lain. Apabila tarif dikenakan, kos import boleh meningkat dan memberi kesan kepada perniagaan serta pengguna.

Perang dagangan pula berlaku apabila negara mengenakan tarif atau sekatan perdagangan terhadap satu sama lain.

Secara ringkas:

Tarif → Kos perdagangan berubah → Jangkaan ekonomi berubah → Pasaran bertindak balas


Apa Kesan Tarif Terhadap Pasaran Kewangan?

  • Saham: Tarif boleh menekan kos, margin dan pendapatan syarikat.​
  • Mata Wang: Tarif boleh mempengaruhi perdagangan, ekonomi dan kadar faedah.​
  • Emas: Ketidaktentuan perdagangan boleh mempengaruhi permintaan emas.​
  • Komoditi: Tarif boleh mengubah permintaan dan kos pengeluaran.​

Apa Yang Berlaku Semasa Perang Dagangan AS-China 2018?

Perang dagangan AS-China pada 2018 menunjukkan bagaimana tarif boleh berkembang melalui beberapa pusingan tindakan dan tindak balas.

Antara perkembangan utama ialah:
  • 15 Jun 2018: U.S. Trade Representative (USTR) mengumumkan tarif tambahan 25% ke atas kira-kira AS$50 bilion import dari China.​
  • 6 Julai 2018: Pusingan pertama berkuat kuasa, melibatkan kira-kira AS$34 bilion import.​
  • 23 Ogos 2018: Pusingan kedua dikenakan tarif 25% ke atas kira-kira AS$16 bilion import.​
  • 24 September 2018: AS mengenakan tarif awal 10% ke atas kira-kira AS$200 bilion import China.​
  • Disember 2018: Kedua-dua negara bersetuju untuk menghentikan sementara peningkatan tarif ketika rundingan diteruskan.​
Sumber: U.S. Trade Representative (USTR) dan U.S. International Trade Commission (USITC).

Pengajarannya, satu pengumuman tarif boleh menjadi permulaan kepada beberapa pusingan tindakan dan tindak balas. Sebab itu, pedagang perlu memantau perkembangan selepas pengumuman asal.


Apa Perkembangan Tarif Yang Berlaku Pada 2026?

Tarif kembali menjadi perhatian pada 2026 apabila AS memperkenalkan atau mengubah beberapa langkah perdagangan yang melibatkan pelbagai negara dan industri.

Antara perkembangan yang menjadi perhatian ialah:
  • 24 Julai 2026: AS mengenakan tarif baharu sebanyak 10% hingga 12.5% ke atas import dari sekitar 60 negara.​
  • 13 Ogos 2026: Tarif baharu terhadap dron dan komponennya diumumkan, dengan kadar berbeza mengikut negara dan kategori produk.​
  • 18 Ogos 2026: Pelaksanaan tarif 50% ke atas barangan Kanada bernilai kira-kira AS$20 bilion ditangguhkan selama tiga hari ketika rundingan perdagangan diteruskan.​
Perkembangan dasar perdagangan boleh berubah bergantung pada rundingan dan keputusan kerajaan.

Apa Yang Perlu Diperhatikan Pedagang?

Selepas pengumuman tarif, perhatikan:
  • Kadar tarif: Berapa tinggi tarif dan berapa besar nilai perdagangan yang terjejas?​
  • Negara & industri terlibat: Siapa yang paling terkesan?​
  • Tindakan balas: Adakah negara terlibat akan mengenakan tarif balas?​
  • Tempoh tarif: Adakah ia sementara atau dijangka kekal?​
  • Rundingan: Adakah terdapat pengecualian, penangguhan atau perkembangan rundingan?​
Perubahan tarif boleh berlaku pantas. Pedagang perlu mengikuti perkembangan ekonomi dan potensi kesannya terhadap pasaran.

Salah satu contoh yang terbaik adalah XM, yang menawarkan pelbagai instrumen dagangan serta sumber pendidikan dan maklumat pasaran untuk membantu pedagang mengikuti perkembangan pasaran global.


Kesimpulan

Tarif boleh memberi kesan kepada pasaran melalui perubahan dalam inflasi, pertumbuhan ekonomi, kadar faedah dan sentimen pasaran. Bagi pedagang, memahami perkembangan tarif dan memantau tindak balas pasaran boleh membantu dalam membuat keputusan yang lebih bermaklumat.

Ingin mengikuti peluang pasaran dengan lebih bersedia?

Buka akaun XM dan mulakan perjalanan dagangan anda hari ini.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

FAQ: Bagaimana Tarif Mempengaruhi Ekonomi?

1. Boleh ke tarif menyebabkan harga barang naik?

Ya. Tarif boleh meningkatkan kos barangan import, yang mungkin menyebabkan harga lebih tinggi untuk pengguna.

2. Macam mana tarif boleh menjejaskan ekonomi?

Tarif boleh meningkatkan kos perniagaan dan harga barangan, yang boleh menjejaskan perbelanjaan pengguna serta pelaburan syarikat.

3. Kenapa tarif boleh mempengaruhi kadar faedah?

Tarif boleh meningkatkan inflasi atau menjejaskan pertumbuhan ekonomi, yang seterusnya boleh mempengaruhi jangkaan terhadap kadar faedah.

#XM #Dagangan #Tarif #PerangDagangan #PasaranKewangan #PasaranGlobal #EkonomiGlobal
 

THIS WEEK IN THE MARKET (24–28 OGOS): 6 ACARA YANG BOLEH GERAKKAN PASARAN MINGGU INI!

Apa yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini? Ketahui 6 data dan acara ekonomi utama yang boleh mencetuskan pergerakan pasaran, daripada CPI dan GDP hingga Jackson Hole.

1787563408601.jpeg

Minggu ini, pasaran ada banyak sebab untuk terus berjaga-jaga.

Daripada data inflasi Australia dan Jepun kepada GDP AS dan Kanada, beberapa data ekonomi penting bakal diterbitkan. Namun, perhatian terbesar mungkin tertumpu kepada ucapan Pengerusi Fed Kevin Warsh di Jackson Hole.

Adakah perkembangan minggu ini akan mengubah jangkaan kadar faedah dan mencetuskan pergerakan baharu dalam pasaran?

Ini 6 acara utama yang patut diperhatikan.

1. US CB Consumer Confidence Index – Selasa, 25 Ogos | 10:00 GMT

Adakah pengguna AS masih yakin dengan ekonomi?

Selepas beberapa data ekonomi yang lebih lembut, bacaan Consumer Confidence boleh memberikan gambaran tentang kekuatan perbelanjaan pengguna.

Bacaan yang lebih lemah boleh meningkatkan kebimbangan terhadap ekonomi AS dan mempengaruhi jangkaan kadar Fed.

Pantau: Bacaan sebenar berbanding jangkaan dan reaksi USD.

2. Australian Monthly Consumer Price Index – Rabu, 26 Ogos | 01:30 GMT

Inflasi Australia kembali menjadi perhatian.

Data CPI Julai akan menjadi penting untuk menilai semula jangkaan terhadap dasar RBA. Bacaan yang lebih tinggi boleh menguatkan jangkaan pengetatan, manakala inflasi yang lebih lembut mungkin mengurangkan tekanan tersebut.

Pantau: CPI dan pergerakan AUD.

3. US Preliminary Q2 GDP – Rabu, 26 Ogos | 12:30 GMT

Ekonomi AS masih kukuh atau mula kehilangan momentum?

Bacaan awal GDP suku kedua bersama data PCE boleh memberikan petunjuk baharu tentang pertumbuhan dan tekanan inflasi AS.

Jika pertumbuhan dan inflasi semakin reda, jangkaan pasaran terhadap kadar Fed juga boleh berubah.

Pantau: GDP, PCE dan jangkaan kadar Fed.

4. Japanese Tokyo Consumer Price Index – Khamis, 27 Ogos | 23:30 GMT

Adakah inflasi akan memberi lebih banyak alasan kepada BoJ untuk menaikkan kadar?

Tokyo CPI boleh menjadi petunjuk penting ketika pasaran menilai kemungkinan perubahan dasar BoJ. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan berpotensi mengukuhkan yen.

Pantau: Tokyo CPI dan USD/JPY.

5. Canadian Q2 GDP – Jumaat, 28 Ogos | 12:30 GMT

Sejauh mana ekonomi Kanada mampu bertahan?

Laporan GDP suku kedua akan memberikan gambaran tentang kekuatan ekonomi Kanada selepas dua bacaan pertumbuhan bulanan yang positif.

Data yang kukuh boleh meredakan kebimbangan terhadap pertumbuhan, manakala bacaan lemah mungkin menambah tekanan terhadap CAD.

Pantau: GDP dan jangkaan dasar Bank of Canada.

6. Jackson Hole Economic Policy Symposium – Jumaat, 28 Ogos | 14:00 GMT

Semua mata mungkin tertumpu kepada Jackson Hole.

Pengerusi Fed Kevin Warsh dijadualkan berucap di simposium tahunan ini, dan pasaran akan meneliti sebarang petunjuk tentang hala tuju dasar monetari Fed.

Sebarang komen mengenai inflasi, pertumbuhan atau kadar faedah boleh mengubah sentimen pasaran dengan pantas.

Pantau: Nada ucapan Warsh dan petunjuk dasar Fed.

Apa Yang Perlu Pedagang Pantau?

Kesemua data ini mempunyai satu persamaan: ia boleh mengubah jangkaan kadar faedah.

Jadi, jangan hanya lihat sama ada sesuatu data itu “baik” atau “buruk”. Perhatikan:
  • Adakah data lebih tinggi atau rendah daripada jangkaan?​
  • Apa kesannya terhadap inflasi dan pertumbuhan?​
  • Bagaimana pasaran bertindak balas selepas pengumuman?​

Kesimpulan

Satu minggu, enam acara penting, dan banyak potensi pergerakan pasaran.

Daripada CPI dan GDP hingga ucapan Fed di Jackson Hole, setiap perkembangan boleh mengubah sentimen pasaran.

Ikuti perkembangan ekonomi dan semak acara penting minggu ini melalui Kalendar Ekonomi XM.

[TRADE WHAT'S NEXT WITH XM!]

#XM #EconomicCalendar #MarketOutlook #MarketUpdate #Trading #Forex #Gold #USD #AUD #JPY #CAD
 
PROGRAM AFFILIATE FOREX 2026: PANDUAN KOMISEN
& CARA MEMILIH PROGRAM TERBAIK


Cari Program Affiliate Forex terbaik pada 2026? Ketahui jenis komisen, cara penjejakan dan faktor penting sebelum memilih program yang sesuai untuk anda.

1788316557298.jpeg

Apa itu Program Affiliate Forex dan apa yang perlu anda tahu sebelum menyertainya?

Secara mudah, Program Affiliate Forex adalah kerjasama antara affiliate dengan broker atau penyedia perkhidmatan kewangan.

Melalui program ini, affiliate memperkenalkan perkhidmatan atau platform broker kepada audiens menggunakan pautan rujukan unik. Apabila pelanggan yang dirujuk memenuhi syarat program, affiliate boleh menerima komisen berdasarkan struktur yang ditetapkan.

Persoalannya, bagaimanakah program ini berfungsi dan apakah yang perlu diketahui sebelum menyertainya?

Mengapa Program Affiliate Forex Relevan Pada 2026?

Pasaran forex dan gold bukan pasaran kecil.

Menurut Bank for International Settlements (BIS), dagangan forex OTC global mencapai purata US$9.6 trilion sehari pada April 2025, meningkat 28% daripada US$7.5 trilion pada 2022. Dolar AS pula berada pada satu sisi bagi 89% daripada semua dagangan forex.

Pasaran gold turut mencatat permintaan yang kukuh. Menurut World Gold Council, permintaan emas global termasuk dagangan OTC melebihi 5,000 tan pada 2025, dengan nilai sekitar US$555 bilion. Harga emas juga mencatat 53 paras tertinggi sepanjang masa pada tahun tersebut.

Apa maknanya untuk affiliate?

Kedua-dua pasaran mempunyai skala global yang besar dan terus menjadi topik yang mendapat perhatian dalam kandungan berkaitan kewangan dan dagangan.

Apakah Jenis Komisen Dalam Program Affiliate Forex?

Program Affiliate Forex biasanya menawarkan beberapa struktur komisen, bergantung pada broker. Tiga model yang biasa ditemui adalah CPA, Perkongsian Hasil dan CPL.

1788316557317.png

  • CPA (Cost Per Acquisition)
CPA memberikan bayaran apabila pelanggan yang dirujuk memenuhi syarat yang ditetapkan broker. Model ini sesuai untuk affiliate yang fokus kepada mendapatkan pelanggan baharu.
  • Perkongsian Hasil​

Perkongsian Hasil memberikan komisen berdasarkan aktiviti dagangan pelanggan yang dirujuk. Ia boleh sesuai untuk affiliate dengan audiens dagangan aktif dalam jangka panjang.
  • CPL​

CPL memberikan bayaran tetap apabila prospek memenuhi kriteria tertentu. Model ini sesuai untuk affiliate yang fokus kepada penjanaan prospek dan trafik tinggi.

Bagi rakan niaga di Malaysia, struktur komisen bergantung pada pasaran dan terma program. Sebagai contoh, Program Rakan Niaga XM di Malaysia menawarkan Perkongsian Hasil. Jadi, pastikan anda menyemak pelan yang ditawarkan di pasaran anda sebelum membuat perbandingan.

Bagaimana Memilih Program Affiliate Forex Terbaik?

Memilih Program Affiliate Forex tidak semestinya tentang mencari kadar komisen paling tinggi. Lebih penting untuk melihat sama ada keseluruhan program sesuai dengan audiens dan cara anda menjalankan aktiviti pemasaran.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan ialah:
  • Struktur komisen – Adakah CPA, Perkongsian Hasil atau CPL sesuai dengan strategi anda?​
  • Syarat pelanggan layak – Apakah tindakan yang perlu dilakukan sebelum komisen diberikan?​
  • Penjejakan – Bagaimana rujukan dijejak daripada klik sehingga conversion?​
  • Pembayaran – Bila dan bagaimana komisen dibayar?​
  • Laporan dan sokongan – Apakah kemudahan yang disediakan untuk membantu menguruskan rujukan dan prestasi?​
Sebagai salah satu contoh, Program Rakan Niaga XM terutamanya di Malaysia menawarkan Perkongsian Hasil, dengan komisen berdasarkan aktiviti dagangan pelanggan yang dirujuk.

Struktur ini memberikan peluang kepada affiliate untuk membina aliran komisen yang berterusan berdasarkan aktiviti pelanggan, di samping menikmati bayaran harian dan beberapa pilihan pengeluaran, tertakluk kepada terma program.

Ketahui lebih lanjut tentang Program Rakan Niaga XM untuk melihat bagaimana struktur ini boleh disesuaikan dengan strategi anda.

Kesimpulan

Ringkasnya, jangan hanya tanya “berapa komisen yang boleh diperoleh?” — lihat juga bagaimana komisen dikira, bagaimana rujukan dijejak dan sejauh mana program tersebut sesuai dengan audiens anda.

Jadi, adakah anda sedia manfaatkan pasaran kewangan yang penuh peluang ini?

[TEROKAI PROGRAM RAKAN NIAGA XM]

#XM #ProgramAffiliateForex #ForexTrading #TradingMalaysia #AffiliateMarketing

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

Soalan Lazim

1) Bagaimana Program Affiliate Forex berfungsi?

Affiliate mendaftar dengan program, mendapatkan pautan rujukan unik dan berkongsi perkhidmatan broker kepada audiens. Apabila pelanggan yang dirujuk memenuhi syarat yang ditetapkan, affiliate menerima komisen berdasarkan struktur program.

2) Adakah Program Affiliate Forex merangkumi gold?

Sesetengah program affiliate turut merangkumi gold atau logam berharga, bergantung pada instrumen yang ditawarkan oleh broker. Affiliate perlu menyemak produk dan syarat program sebelum menyertainya.

3) Apakah yang perlu dilihat sebelum memilih Program Affiliate Forex?

Selain kadar komisen, pertimbangkan struktur komisen, syarat pelanggan layak, penjejakan rujukan, kaedah pembayaran, laporan prestasi dan sokongan rakan niaga.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14772
USD / JPY
156.038
GBP / USD
1.33527
USD / CHF
0.82483
USD / CAD
1.39920
EUR / JPY
179.045
AUD / USD
0.71097
Back
Top
Log in Register