BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Recommended Broker XM - xmbroker-fx.com

PIALA DUNIA DAN DAGANGAN: APA KAITANNYA?

Apakah persamaan antara Piala Dunia dan dagangan? Terokai 3 pengajaran penting tentang strategi, disiplin dan pengurusan emosi.
1784105806193.png


Apabila Piala Dunia berlangsung, jutaan peminat menyaksikan aksi pemain terbaik dunia berentap di padang. Setiap jaringan, hantaran dan keputusan taktikal berlaku dalam beberapa saat, namun semuanya adalah hasil persediaan yang mengambil masa bertahun-tahun.

Begitu juga dalam dunia dagangan.

Ramai melihat pedagang hanya menekan butang "Buy" atau "Sell". Hakikatnya, keputusan tersebut juga lahir daripada analisis, strategi dan disiplin yang dibina melalui latihan serta pengalaman.

Persoalannya, apakah persamaan antara sebuah pasukan bola sepak bertaraf dunia dengan seorang pedagang yang berjaya?

3 Persamaan Piala Dunia dan Dagangan

1. Persediaan dan Strategi Menentukan Kejayaan

Sebelum turun ke padang, pasukan profesional akan mengkaji corak permainan lawan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta merancang strategi yang sesuai.

Mereka tahu bila perlu menyerang, bila perlu bertahan dan bila masa terbaik untuk mengambil peluang.

Dalam dagangan, prinsip yang sama juga terpakai.

Pedagang yang berdisiplin akan membuat analisis pasaran terlebih dahulu sebelum membuka sesuatu posisi. Mereka melihat trend harga, tahap sokongan dan rintangan, berita ekonomi serta faktor lain yang boleh mempengaruhi pergerakan pasaran.

2. Disiplin dan Pengurusan Emosi Sangat Penting

Dalam bola sepak, tekanan daripada penyokong, jangkaan tinggi dan situasi genting boleh mempengaruhi prestasi pemain.

Pasaran kewangan juga mempunyai cabarannya tersendiri.

Apabila harga bergerak dengan pantas, pedagang mungkin terdorong untuk membuat keputusan secara terburu-buru kerana takut terlepas peluang (FOMO) atau panik apabila pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.

Pedagang yang lebih berpengalaman memahami kepentingan mengawal emosi dan kekal berpegang pada pelan dagangan. Dengan disiplin yang baik, keputusan dapat dibuat berdasarkan analisis, bukannya perasaan.

3. Kejayaan Datang Daripada Pembelajaran yang Berterusan

Tidak semua pasukan memenangi setiap perlawanan.

Malah, pasukan terbaik dunia juga pernah mengalami kekalahan sebelum kembali lebih kuat.

Dalam dagangan, kerugian juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Apa yang membezakan pedagang berpengalaman adalah mereka mengambil masa untuk menilai semula keputusan, mengenal pasti kesilapan dan memperbaiki strategi.

Seperti pemain bola sepak yang terus berlatih untuk meningkatkan prestasi, pedagang juga perlu sentiasa menambah ilmu dan mengembangkan kemahiran untuk menghadapi perubahan pasaran.

Masa Untuk Mantapkan Strategi Anda!

Setiap perlawanan hebat bermula dengan persediaan yang rapi. Begitu juga dalam dagangan—semakin banyak ilmu dan pengalaman yang dimiliki, semakin yakin anda membuat keputusan.

Ambil langkah seterusnya dengan menyertai Ruang Lanjutan Melayu XM dan pelajari cara menganalisis pasaran, membina strategi dagangan serta mengurus risiko bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Mula asah strategi anda hari ini dan bersedia menghadapi setiap pergerakan pasaran dengan lebih yakin.

[MULAKAN LANGKAH ANDA!]

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

Ingin Tahu Lebih Lanjut? Baca Artikel di Bawah!

#XM #PialaDunia2026 #StrategiDagangan #TradingMalaysia #BelajarDagangan #RuangLanjutanMelayuXM
 
MODAL DAGANGAN TAK CUKUP? BONUS DEPOSIT MUNGKIN JAWAPANNYA

Posisi ditutup kerana margin tidak mencukupi? Ketahui bagaimana bonus deposit boleh memberikan ruang tambahan untuk mengurus dagangan dengan lebih fleksibel.

1784192972053.png

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana analisis sebenarnya betul, tetapi posisi terpaksa ditutup lebih awal kerana margin tidak mencukupi?

Inilah cabaran yang sering dihadapi oleh ramai pedagang. Bukan kerana strategi mereka lemah, tetapi kerana modal dagangan yang terhad menyukarkan mereka untuk menghadapi turun naik pasaran.

Sebab itu, semakin ramai pedagang mula memanfaatkan bonus deposit sebagai satu cara untuk menambah kuasa dagangan tanpa perlu mengeluarkan modal yang terlalu besar.

Tetapi... adakah bonus deposit sekadar "wang percuma"? Jom ketahui jawapannya.

Apa Sebenarnya Bonus Deposit?

Bonus deposit adalah kredit dagangan tambahan yang diberikan apabila anda membuat deposit ke dalam akaun dagangan.

Ia bukan wang yang boleh dikeluarkan, tetapi ia boleh membantu meningkatkan jumlah kredit dagangan yang tersedia dalam akaun anda.

Hasilnya, anda mempunyai lebih banyak ruang untuk:
  • Mengurus margin dengan lebih selesa.​
  • Menghadapi turun naik pasaran.​
  • Merancang dagangan dengan lebih fleksibel.​

Kenapa Bonus Deposit Penting Ketika Pasaran Volatile?

Apabila pasaran bergerak bertentangan dengan posisi anda, margin boleh menyusut dengan cepat. Tanpa modal yang mencukupi, posisi mungkin ditutup sebelum pasaran sempat berpatah balik.

Bonus deposit boleh bertindak sebagai sokongan tambahan dengan memberikan lebih banyak ruang untuk mengurus posisi. Antara manfaat utama bonus deposit adalah:
  1. Lebih Banyak Ruang Untuk Margin
    Modal tambahan memberi lebih fleksibiliti dan mengurangkan kebergantungan kepada deposit asal sahaja.​
  2. Tingkatkan Modal Secara Berperingkat
    Sesetengah broker seperti XM menawarkan bonus mengikut tahap, membolehkan kredit dagangan bertambah secara beransur-ansur berdasarkan jumlah deposit dan terma yang ditetapkan.​
  3. Fleksibiliti Ketika Pasaran Berubah
    Dengan sokongan kredit tambahan, pedagang mempunyai lebih banyak ruang untuk menyesuaikan strategi apabila berlaku pergerakan harga yang mendadak.​

Bagaimana Memilih Bonus Deposit Yang Boleh Menyokong Strategi Dagangan?

Bonus deposit bukanlah jaminan keuntungan, dan ia juga bukan pengganti kepada pengurusan risiko yang baik. Namun, ia salah satu cara terbaik untuk membantu dagangan anda apabila digunakan dengan strategi yang betul.

Salah satu contoh broker adalah XM, yang menawarkan bonus deposit berperingkat sehingga $5,000 untuk pemegang akaun Micro dan Standard. Antara ciri yang ditawarkan termasuk:
  • Bonus 100%, 50% dan 20% mengikut peringkat sehingga had tertentu.​
  • Kredit dagangan tambahan untuk memberikan lebih ruang dalam pengurusan posisi.​
  • Sokongan tambahan ketika pasaran bergerak aktif, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.​
Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan dagangan anda, ini mungkin petunjuknya. Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?

[TUNTUT BONUS ANDA HARI INI!]

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

#XMPartners #ProgramRakanNiagaXM #WorldwidePartnerLadder #BeatYourBest
 

BOLEH KE MULA BERDAGANG WALAUPUN TIADA PENGALAMAN?

Boleh ke mula berdagang tanpa pengalaman? Ketahui bagaimana pemula boleh belajar dan membina keyakinan dalam dunia dagangan.
1784279937242.png


Ramai yang ingin mula berdagang tetapi beranggapan pengalaman adalah syarat utama. Sebenarnya, setiap pedagang juga bermula sebagai seorang pemula.

Bagi yang baru berjinak-jinak, akaun demo merupakan pilihan yang sesuai untuk mempelajari asas dagangan. Ia membolehkan anda menggunakan dana maya untuk mencuba platform dagangan, memahami pergerakan pasaran dan menguji strategi tanpa menggunakan wang sebenar.

Selain membantu membiasakan diri dengan proses dagangan, akaun demo juga memberi peluang untuk membina keyakinan sebelum beralih ke akaun sebenar. Anda boleh mengenal pasti strategi yang sesuai, memahami risiko dan belajar daripada setiap percubaan dalam persekitaran tanpa tekanan.

Salah satu contoh yang terbaik adalah XM, yang menawarkan akaun demo percuma dengan akses kepada pelbagai instrumen kewangan dan platform dagangan yang menyerupai keadaan sebenar. Ini membantu pedagang baharu memperoleh pengalaman praktikal sebelum membuat keputusan untuk menggunakan modal sendiri.

Dalam dunia dagangan, pembelajaran dan latihan yang konsisten adalah kunci utama. Dengan langkah permulaan yang betul, sesiapa sahaja boleh mula memahami asas dagangan dengan lebih yakin.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

#XM #NewTraders #DemoAccount #TradeWithXM #TipDagangan #BelajarDagangan
 
THIS WEEK IN THE MARKET (20 – 24 JUL):
JANGAN TRADE SEBELUM TAHU 6 ACARA BESAR INI!


Adakah anda sudah bersedia untuk dagangan minggu ini? 6 acara ekonomi ini mungkin menjadi pencetus kepada pergerakan besar yang boleh memberi kesan kepada trade anda!

1784532066152.png


Minggu ini bakal menjadi minggu yang sibuk untuk trader apabila beberapa data penting akan diumumkan. Pelbagai agenda yang boleh mengubah sentimen pasaran dalam masa yang singkat.

Adakah USD akan terus mendapat sokongan? Mampukah EUR dan GBP membuat pemulihan? Atau adakah CAD bakal mencuri perhatian trader?

Sebelum anda merancang trade minggu ini, pastikan anda tahu acara ekonomi yang perlu berada dalam radar anda. Berikut adalah 6 acara penting yang boleh mencetuskan pergerakan pasaran minggu ini:

1784532066297.png

  • CPI Kanada (Isnin, 20 Julai | 12:30 GMT)​

CAD bakal bergerak? Fokus pada data inflasi Kanada.
Walaupun Bank of Canada dijangka mengekalkan kadar faedah, bacaan CPI boleh mengubah jangkaan pasaran. Inflasi lebih tinggi boleh menyokong CAD, manakala bacaan lemah mungkin memberi tekanan kepada mata wang tersebut. Trader USD/CAD perlu perhatikan reaksi harga selepas data.
  • CPI UK (Rabu, 22 Julai | 06:00 GMT)​

Satu bacaan boleh ubah jangkaan terhadap GBP.
Data inflasi UK akan menjadi tumpuan kerana ia boleh mempengaruhi pandangan terhadap langkah seterusnya Bank of England. CPI lebih tinggi boleh menyokong GBP, manakala bacaan lebih rendah mungkin memberi tekanan kepada pound.
  • Keputusan Dasar Monetari ECB (Khamis, 23 Julai | 12:15 GMT)​

Bukan hanya kadar faedah — pandangan ECB turut penting.
Walaupun kadar dijangka kekal, kenyataan ECB dan pandangan Christine Lagarde boleh menjadi pencetus utama pergerakan EUR.
  • PMI Komposit Awal Eurozone (Jumaat, 24 Julai | 08:00 GMT)​

Adakah ekonomi Eurozone masih berkembang?
PMI akan memberi gambaran awal aktiviti perniagaan. Data lebih lemah boleh meningkatkan kebimbangan pertumbuhan, manakala bacaan kukuh mungkin menyokong sentimen terhadap EUR.
  • PMI Komposit Awal UK (Jumaat, 24 Julai | 08:30 GMT)​

Selepas CPI, GBP berdepan satu lagi ujian.
Trader akan melihat sama ada aktiviti perniagaan UK menunjukkan pemulihan. PMI kukuh boleh meningkatkan keyakinan terhadap GBP, manakala bacaan lemah boleh menekan pound.
  • PMI Komposit Awal AS (Jumaat, 24 Julai | 13:45 GMT)​

USD masih kukuh atau mula kehilangan momentum?
PMI AS akan memberi petunjuk awal mengenai kekuatan ekonomi menjelang suku ketiga. Data positif boleh menyokong USD, manakala bacaan mengecewakan mungkin mengubah jangkaan terhadap langkah Fed.

Bersedia Sebelum Pasaran Bergerak!

Peluang dalam pasaran sering muncul apabila terdapat perubahan pada sentimen dan jangkaan trader. Tetapi tanpa persediaan, pergerakan pantas juga boleh membawa risiko.

Sebelum anda membuka trade minggu ini, semak acara ekonomi penting, fahami potensi impaknya dan rancang strategi anda dengan lebih yakin.

[Trade What's Next with XM!]

#XM #TradeWhatsNext #BeritaEkonomi #KalendarEkonomi #TradersMalaysia #ThisWeekInTheMarket
 

ADAKAH PERGERAKAN EKONOMI MEMPENGARUHI KEHIDUPAN ANDA? INI PENJELASANNYA.

Apakah kaitan petunjuk ekonomi dengan anda? Fahami bagaimana inflasi, kadar faedah dan data pekerjaan boleh mempengaruhi pasaran dan dagangan.

1784711496065.jpeg


Harga barang meningkat. Kos pinjaman berubah. Nilai ringgit bergerak dan perbelanjaan harian mula terasa berbeza.

Perubahan seperti ini mungkin kelihatan biasa dalam kehidupan seharian, tetapi pernahkah anda terfikir apa yang mendorongnya?

Di sebalik banyak perubahan ekonomi yang dirasai orang ramai, terdapat beberapa petunjuk yang sering menjadi perhatian kerajaan, bank pusat, pelabur dan pedagang. Petunjuk ini dikenali sebagai isyarat ekonomi.

Secara mudah, isyarat ekonomi membantu memberikan gambaran tentang keadaan ekonomi semasa. Persoalannya, bagaimanakah ia mempengaruhi kehidupan harian anda?

Apa Itu Petunjuk Ekonomi?

Secara ringkas, petunjuk ekonomi adalah data atau petunjuk yang membantu kita memahami keadaan dan hala tuju ekonomi sesebuah negara.

Antaranya termasuk:
  • Inflasi – menunjukkan perubahan harga barangan dan perkhidmatan.​
  • Kadar faedah – mempengaruhi kos pinjaman dan pulangan simpanan.​
  • Kadar pengangguran – memberi gambaran tentang keadaan pasaran pekerjaan.​
  • Data pertumbuhan ekonomi – menunjukkan sama ada ekonomi sedang berkembang atau perlahan.​

Apa Kaitannya dengan Pasaran?

Apabila data ekonomi baharu diumumkan, pasaran kewangan boleh bertindak balas dengan pantas. Trader memerhatikan data seperti inflasi, pekerjaan dan keputusan kadar faedah kerana angka-angka ini boleh mempengaruhi jangkaan terhadap ekonomi dan dasar bank pusat.

Sebagai contoh, jika inflasi lebih tinggi daripada jangkaan, pasaran mungkin mula menjangkakan bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama. Perubahan jangkaan ini boleh mempengaruhi sentimen trader dan pergerakan aset seperti mata wang, indeks saham dan komoditi.

Namun, reaksi pasaran tidak semestinya sama setiap kali. Apa yang penting adalah bagaimana data sebenar berbanding dengan jangkaan pasaran, serta bagaimana trader menafsirkan maklumat tersebut.

Bagaimana Pedagang boleh Bersedia?

Memahami pasaran hanyalah satu bahagian dalam persediaan dagangan.

Apabila peluang muncul atau pasaran bergerak dengan pantas, trader juga perlu mempertimbangkan strategi, pengurusan risiko dan modal yang tersedia.

Mempunyai modal yang mencukupi boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus kedudukan dagangan, tetapi ia tidak menghapuskan risiko kerugian. Di sinilah kemudahan seperti Deposit Bonus XM boleh menjadi salah satu perkara yang dipertimbangkan.

Struktur bonus ini ditawarkan secara bertingkat sehingga $5,700:
  • 100% Bonus – untuk peringkat pertama​
  • 50% Bonus – untuk peringkat seterusnya​
  • 20% Bonus – untuk peringkat berikutnya​
Apa yang menarik, bonus ini juga boleh dikompaun mengikut struktur yang ditetapkan. Ini bermakna trader yang memenuhi syarat boleh mendapatkan tambahan kredit dagangan apabila membuat deposit yang layak, sehingga kuota bonus yang tersedia selesai.

Sudah Bersedia Memahami Petunjuk Ekonomi?

Petunjuk ekonomi mungkin kelihatan seperti angka dan statistik biasa, tetapi kesannya boleh dirasai daripada poket anda hingga ke pasaran global.

Memahami asas seperti inflasi, kadar faedah dan data pekerjaan boleh membantu anda melihat dengan lebih jelas faktor yang mempengaruhi sentimen dan pergerakan pasaran.

Bagi trader, memahami petunjuk ini juga boleh menjadi sebahagian daripada persediaan sebelum membuat keputusan dagangan.

Jadi, sudahkah anda mengetahui kemudahan yang tersedia untuk menyokong perancangan dagangan anda?

[Ketahui lebih lanjut tentang Deposit Bonus XM]

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.
 
THIS WEEK IN THE MARKET (27 - 31 JUL): 6 PERISTIWA BESAR YANG TRADER PERLU PANTAU!

Adakah USD akan melonjak atau JPY bakal berubah arah? Ketahui 6 acara besar yang trader perlu pantau minggu ini!

1785119517645.png


Minggu ini bakal menjadi tumpuan pasaran global! Keputusan bank pusat dan data ekonomi utama dari AS, Eropah, UK, China dan Jepun berpotensi mencetuskan pergerakan besar pada USD, EUR, GBP, JPY serta aset berkaitan komoditi.

Berikut adalah 6 acara ekonomi penting yang wajib anda perhatikan dalam Kalendar Ekonomi minggu ini:

1785119517733.png
  • Mesyuarat Dasar Fed (Rabu, 29 Jul | 18:00 GMT+8)
    Nada hawkish daripada Fed boleh menguatkan jangkaan kenaikan kadar faedah pada September—sekali gus menyokong USD dan memberi tekanan kepada Emas.​

  • KDNK Awal Zon Euro S2 (Khamis, 30 Jul | 17:00 GMT+8)
    Data pertumbuhan ekonomi bersama laporan CPI Julai bakal mempengaruhi jangkaan kadar faedah September. Bacaan lemah boleh menekan EUR, manakala data kukuh mungkin memberi sokongan kepada mata wang tersebut.​

  • Mesyuarat Dasar BoE (Khamis, 30 Jul | 19:00 GMT+8)
    Dengan pasaran menjangkakan kenaikan kadar 25 mata asas pada November, lonjakan harga minyak mungkin mendorong BoE mengambil nada lebih hawkish. Perhatian akan diberikan kepada hala tuju GBP.​

  • KDNK Awal AS S2 (Khamis, 30 Jul | 20:30 GMT+8)
    Jika ekonomi AS berkembang lebih kukuh daripada jangkaan, ia boleh mengukuhkan pendirian hawkish Fed dan menyokong USD. Data yang lemah pula mungkin meningkatkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi.​

  • PMI Pembuatan China (Jumaat, 31 Jul | 09:30 GMT+8)
    Bacaan PMI yang mengecewakan boleh memberi tekanan kepada sentimen risiko dan mata wang berkaitan komoditi, terutama jika kenaikan harga minyak terus membebankan ekonomi.​

  • Mesyuarat Dasar BoJ (Jumaat, 31 Jul | 11:00 GMT+8)
    Nada hawkish daripada BoJ mungkin memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar faedah masih dalam perancangan. Namun, ia belum tentu mencukupi untuk mengukuhkan JPY.​

Sediakan Pelan Dagangan Anda Sekarang!

Jangan sekadar melihat pergerakan pasaran! Pantau acara ekonomi berimpak tinggi dan rancang strategi anda dengan lebih baik menggunakan Kalendar Ekonomi XM!

[TRADE WHAT’S NEXT WITH XM!]

#XM #TradeWhatsNext #BeritaEkonomi #FederalReserve #BankOfEngland #BankOfJapan #KalendarEkonomi #TradersMalaysia

 

TRADING ATAU PELABURAN: FAHAMI PERBEZAANNYA SEBELUM MEMBUAT PILIHAN!

Trading atau pelaburan — mana satu patut anda pilih? Ketahui perbezaan kedua-duanya dan apa yang perlu anda tahu sebelum mula meneroka peluang dalam pasaran kewangan.

1785209622881.png

Pernah terfikir untuk menerokai pasaran kewangan, tetapi masih tertanya-tanya — patutkah anda mula trading atau melabur?

Jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia kewangan, kedua-dua istilah ini mungkin kelihatan hampir sama. Namun, di sebalik kedua-duanya melibatkan pasaran dan aset kewangan, pendekatan yang digunakan sebenarnya berbeza.

Ada yang selesa membeli aset dan memegangnya untuk tempoh yang panjang. Ada pula yang lebih berminat memerhati carta, mengikuti pergerakan harga dan mencari peluang apabila pasaran bergerak.

Jadi, apa sebenarnya perbezaan antara trading dan pelaburan? Dan yang lebih penting, yang mana satu lebih sesuai untuk anda?

Trading vs Pelaburan: Apa Perbezaannya?

Secara ringkas, pelaburan biasanya melibatkan pembelian aset untuk dipegang dalam tempoh panjang dengan harapan nilainya meningkat dari semasa ke semasa.

Trading pula lebih menumpukan kepada pergerakan harga pasaran. Pedagang mencari peluang berdasarkan perubahan harga dalam tempoh tertentu, sama ada jangka pendek atau sederhana.

Perbezaan utama boleh dilihat dari segi:
  • Tempoh: Pelaburan biasanya berorientasikan jangka panjang, manakala trading lebih fleksibel dan boleh melibatkan tempoh yang lebih singkat.​
  • Matlamat: Pelabur memberi tumpuan kepada potensi pertumbuhan nilai aset, manakala pedagang mencari peluang daripada pergerakan harga.​
  • Penglibatan: Pelabur mungkin tidak perlu memantau pasaran setiap hari, manakala pedagang biasanya mengikuti perkembangan pasaran dengan lebih aktif.​
Walaupun pendekatannya berbeza, kedua-duanya tetap mempunyai risiko. Tiada jaminan bahawa sesuatu aset akan meningkat nilainya atau sesuatu dagangan akan menghasilkan keuntungan.

Jadi, Mana Satu Sesuai untuk Anda?

Jawapannya bergantung kepada matlamat dan gaya anda.

Jika anda lebih selesa dengan pendekatan jangka panjang dan mahu membina portfolio secara berperingkat, pelaburan mungkin lebih sesuai.

Sebaliknya, jika anda berminat mengikuti pergerakan pasaran secara aktif, gemar menganalisis carta dan sanggup meluangkan masa untuk memahami pasaran, trading mungkin menjadi pilihan yang boleh diterokai.

Sebelum membuat keputusan, cuba pertimbangkan:
  • Matlamat kewangan anda​
  • Masa yang boleh diperuntukkan​
  • Tahap pengetahuan tentang pasaran​
  • Toleransi terhadap risiko​
Tiada pilihan yang secara automatik lebih baik. Yang penting adalah memilih pendekatan yang sesuai dengan keadaan dan kemampuan anda.

Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mula Trading?

Trading bukan sekadar melihat harga naik atau turun dan menekan butang buy atau sell. Sebelum mula berdagang, penting untuk memahami asas pasaran, termasuk:
  • Analisis teknikal untuk memahami pergerakan harga.​
  • Analisis fundamental untuk menilai faktor ekonomi yang mempengaruhi pasaran.​
  • Pengurusan risiko untuk mengurus potensi kerugian.​
  • Psikologi dagangan untuk membantu mengawal emosi ketika membuat keputusan.​
Jika anda mahu belajar dengan lebih mendalam, Ruang Lanjutan Melayu XM menawarkan sesi pendidikan secara langsung dan percuma dalam Bahasa Melayu, dari Isnin hingga Jumaat, bersama tenaga pengajar berpengalaman.

XM juga menyediakan akses kepada pelbagai instrumen kewangan melalui CFD, termasuk forex, komoditi, indeks dan saham.

Trading atau Pelaburan? Pilihan di Tangan Anda

Trading dan pelaburan bukan tentang mencari pilihan yang "lebih baik" kerana kedua-duanya mempunyai matlamat dan pendekatan yang berbeza.

Jika anda merasakan trading lebih sesuai dengan gaya anda, mengapa tidak mula mengenalinya dengan lebih dekat? Pelajari asasnya, ikuti perkembangan pasaran dan bina pengalaman anda secara berperingkat.

Sudah bersedia untuk meneroka dunia trading?

[Mulakan langkah pertama anda.]

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

#Trading #Pelaburan #PasaranKewangan #Dagangan #Forex #CFD #XM
 

INGIN KEMBANGKAN PENDAPATAN AFFILIATE DAGANGAN?

INI 5 STRATEGI YANG BOLEH DICUBA


Bekerja lebih keras atau bekerja lebih strategik? Temui 5 strategi untuk kembangkan potensi affiliate dagangan anda.

1785402198874.png

Anda sudah konsisten hasilkan kandungan, kongsikan link affiliate dan cuba pelbagai cara untuk tarik audiens — tetapi hasilnya masih belum seperti yang diharapkan?

Mungkin masalahnya bukan kerana anda kurang berusaha. Sebaliknya, anda mungkin memerlukan strategi yang lebih tersusun.

Dalam dunia affiliate, bekerja lebih keras tidak semestinya bermakna hasil akan berkembang dengan lebih pantas. Tanpa strategi dan pelan yang tepat mungkin anda tidak dapat melihat kesan yang sepatutnya.

Jadi, bagaimanakah anda boleh membina perjalanan affiliate yang lebih teratur?

5 Langkah Untuk Membina Perjalanan Affiliate Yang Berjaya

1. Kenali Audiens Sasaran Anda

Strategi affiliate yang berkesan bermula dengan satu soalan mudah:

“Siapa yang ingin anda capai?”

Luangkan masa untuk memahami niche, minat dan keperluan audiens anda. Adakah mereka trader baharu yang memerlukan lebih banyak kandungan pendidikan? Atau trader berpengalaman yang lebih berminat dengan maklumat dan perkembangan pasaran?

Apabila kandungan anda selari dengan apa yang dicari oleh audiens, anda bukan sahaja lebih mudah menarik perhatian mereka, malah berpeluang membina hubungan yang lebih kukuh dari masa ke masa.

2. Tunjukkan Nilai Sebelum Membuat Promosi

Audiens tidak mengikuti anda semata-mata kerana anda mempunyai pautan affiliate. Mereka mengikuti anda kerana kandungan yang anda tawarkan memberikan sesuatu yang bernilai.

Oleh itu, jangan jadikan setiap kandungan sebagai promosi. Sebaliknya, cuba seimbangkan kandungan anda dengan gabungan:

Pendidikan + Informasi + Panduan + Promosi Yang Relevan

Apabila kepercayaan sudah terbina, promosi yang relevan juga lebih mudah diterima kerana audiens melihat anda sebagai sumber informasi yang boleh dipercayai, bukan sekadar seseorang yang ingin menjual sesuatu.

3. Pilih Strategi Kandungan Yang Sesuai

Anda tidak perlu berada di setiap platform untuk menjadi affiliate yang berjaya.

Sebaliknya, pilih saluran yang paling sesuai dengan tempat audiens anda yang paling aktif. Antara format kandungan yang boleh dipertimbangkan termasuk:
  • Media sosial: Instagram dan Threads untuk tip, pandangan ringkas dan kemas kini.​
  • Video pendek: Reels dan YouTube Shorts untuk tip pantas, fakta atau penerangan ringkas.​
  • Artikel: Kandungan blog untuk panduan, ulasan dan penerangan topik dengan lebih mendalam.​
  • Kandungan komuniti: Discord, Reddit dan Quora untuk menjawab soalan serta menyertai perbincangan yang relevan.​
  • Panduan dan tutorial: YouTube dan TikTok untuk tutorial langkah demi langkah atau kandungan pendidikan.​
Setelah memilih saluran yang sesuai, fokus kepada konsistensi. Kandungan yang konsisten dan relevan boleh membantu anda membina audiens yang lebih kukuh, di samping memberikan lebih banyak peluang untuk memahami jenis kandungan yang paling berkesan.

4. Gunakan Data Untuk Berkembang

Tidak semua kandungan akan memberikan hasil yang sama. Sebab itu, data penting dalam strategi affiliate. Perhatikan:
  • Kandungan yang mendapat paling banyak klik​
  • Topik yang menghasilkan interaksi tertinggi​
  • Platform yang membawa trafik paling konsisten​
  • Kempen yang memberikan hasil terbaik​
Jika satu jenis kandungan mendapat sambutan yang baik, jangan terus beralih kepada idea baharu. Sebaliknya, cuba fahami faktor yang menjadikannya berjaya. Adakah topiknya lebih relevan? Adakah formatnya lebih mudah difahami? Atau adakah ia disiarkan pada platform yang tepat?

5. Manfaatkan Promosi Dalam Kempen Anda

Sebagai affiliate, manfaatkan juga kempen promosi yang tersedia untuk mencipta lebih banyak peluang interaksi dan meningkatkan potensi hasil.

Kempen promosi boleh menjadi peluang untuk:
  • Menarik perhatian audiens dengan tawaran yang relevan​
  • Mencipta kandungan yang lebih menarik dan bermusim​
  • Meningkatkan interaksi serta trafik ke pautan affiliate​
  • Memberikan audiens lebih banyak sebab untuk mengambil tindakan​
Sebagai contoh, Promosi Tangga Ganjaran Rakan Niaga Global (Worldwide Partner Ladder) dari Program Rakan Niaga XM kini sedang berlangsung, memberikan peluang kepada affiliate untuk mengembangkan prestasi mereka dan lonjakkan pendapatan ke tahap lebih tinggi. Anda boleh nikmati komisen tanpa had serta peluang meraih ganjaran sehingga USD40,000 sehingga 31 Ogos ini.

Tukarkan Usaha Kepada Peluang!

Dalam dunia affiliate, peluang boleh datang dalam pelbagai bentuk. Apa yang penting adalah mengenal pasti peluang yang tepat dan mengambil tindakan pada masa yang sesuai.

Kini, tiba masanya untuk mengubah perancangan kepada tindakan dan melihat sejauh mana perjalanan affiliate anda boleh berkembang.

Kerana dalam dunia affiliate, setiap langkah kecil boleh membuka peluang yang lebih besar.

Sudah bersedia untuk mengembangkan perjalanan affiliate anda?

[MULAKAN DENGAN STRATEGI YANG TEPAT.]

Soalan Lazim

1) Siapakah yang layak menyertai Promosi Worldwide Partner Ladder?
Promosi ini terbuka kepada semua rakan niaga XM baharu dan sedia ada yang merujuk pelanggan baharu di seluruh dunia kecuali rakan niaga di India.

2) Apakah ganjaran yang boleh diperoleh melalui promosi ini?
Rakan niaga yang layak berpeluang menikmati komisen tanpa had melalui Program Rakan Niaga XM, di samping merebut ganjaran tambahan sehingga USD40,000, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.

3) Bilakah promosi Tangga Ganjaran Rakan Niaga Global berakhir?
Promosi ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2026. Hadiah akan dikreditkan kepada pemenang selewat-lewatnya pada hari Selasa, 22 September 2026.

#XMPartners #ProgramRakanNiagaXM #WorldwidePartnerLadder #BeatYourBest
 
THIS WEEK IN THE MARKET: DATA PEKERJAAN AS
BAKAL CETUSKAN PERHATIAN PASARAN


NFP, PMI dan data pekerjaan bakal menggegarkan pasaran minggu ini! Ketahui data utama yang wajar diperhatikan dan potensi impaknya.

1785834898008.png


Minggu ini, pasaran bakal berdepan dengan beberapa data ekonomi penting yang boleh mempengaruhi sentimen dan pergerakan mata wang utama.

Tumpuan terbesar? Laporan pekerjaan AS. Namun, sebelum data NFP diterbitkan, beberapa indikator ekonomi lain dari AS, New Zealand dan Kanada juga boleh memberikan petunjuk tentang hala tuju ekonomi serta dasar kadar faedah.

Berikut adalah data yang wajar diperhatikan minggu ini:

1785834898082.png

  • ISM Manufacturing PMI AS – Isnin, 3 Ogos, 14:00 GMT
Minggu bermula dengan data aktiviti sektor pembuatan AS. Selepas harga minyak melonjak baru-baru ini, pasaran akan meneliti indeks harga dalam laporan ini untuk melihat sama ada tekanan inflasi mula kembali meningkat.
  • Perubahan Pekerjaan New Zealand – Selasa, 4 Ogos, 22:45 GMT
Beralih ke New Zealand, data pekerjaan suku kedua bakal menjadi tumpuan. Pasaran kini semakin mempertimbangkan kemungkinan RBNZ menaikkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang.
  • ISM Services PMI AS – Rabu, 5 Ogos, 14:00 GMT
Sektor perkhidmatan AS pula akan menjadi perhatian pada pertengahan minggu. Data aktiviti yang kukuh, tekanan harga yang kekal tinggi dan peningkatan dalam indeks pekerjaan boleh memberikan Fed lebih banyak sebab untuk berhati-hati dalam melonggarkan dasar monetari.
  • Nonfarm Payrolls AS – Jumaat, 7 Ogos, 12:30 GMT
Inilah acara utama minggu ini.

Pertumbuhan pekerjaan AS telah semakin sederhana sejak April, walaupun kadar pengangguran turut menurun. Dengan gambaran yang agak seimbang, kejutan positif atau negatif dalam laporan NFP boleh mencetuskan reaksi pasaran yang ketara.

Persoalannya: Adakah data pekerjaan akan mengejutkan pasaran?
  • Perubahan Pekerjaan Kanada – Jumaat, 7 Ogos, 12:30 GMT
Pada hari yang sama, Kanada turut akan mengeluarkan data pekerjaan terbaharunya. Pasaran buruh menunjukkan beberapa tanda pemulihan, manakala kadar pengangguran kelihatan semakin stabil.

Apa yang Perlu Diperhatikan?

Daripada data pembuatan dan perkhidmatan AS hinggalah kepada laporan pekerjaan dari tiga negara utama, minggu ini boleh memberikan banyak petunjuk tentang kekuatan ekonomi global dan hala tuju dasar kadar faedah.

Jadi, sudah bersedia untuk minggu yang penuh dengan data ekonomi penting?

Pantau kalendar ekonomi dan ketahui bila data utama akan diterbitkan.

[TRADE WHAT’S NEXT WITH XM!]

#XM #KalendarEkonomi #NFP #DataEkonomi #AnalisisPasaran #ForexMalaysia #DaganganForex
 
HUJUNG MINGGU PUN BOLEH BERDAGANG EMAS?
INI YANG PERLU ANDA TAHU


Anda kini boleh mengakses pasaran emas pada hujung minggu. Ketahui kelebihan GOLD24-7 dan mengapa ia menjadi pilihan baharu bagi pedagang emas.

1786008034561.png

Bayangkan pada hujung minggu, tercetus konflik geopolitik yang mengubah sentimen pasaran. Sebagai pedagang emas, anda tahu harga emas mungkin akan bergerak sebaik sahaja pasaran dibuka semula. Namun sebelum ini, satu-satunya pilihan anda hanyalah menunggu sehingga hari Isnin.

Tetapi, bagaimana jika dagangan emas kini boleh dilakukan setiap hari, termasuk pada hujung minggu?

Mengapa Pedagang Emas Perlu Peka dengan Pergerakan Harga pada Hujung Minggu?

Walaupun pasaran kewangan tradisional ditutup pada hujung minggu, berita global tidak pernah berhenti. Perkembangan seperti konflik geopolitik, data inflasi, keputusan kadar faedah dan pergerakan dolar AS boleh mengubah sentimen pasaran pada bila-bila masa.

Bagi pedagang emas, faktor-faktor ini sering mempengaruhi jangkaan pergerakan harga emas apabila pasaran dibuka semula. Sebab itu, ramai pedagang terus mengikuti berita ekonomi dan perkembangan global walaupun pada hujung minggu.

Mengapa Ramai Pedagang Memilih Dagangan Emas?

Emas merupakan antara instrumen dagangan yang paling popular kerana harganya dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi dan geopolitik. Apabila berlaku ketidaktentuan pasaran, ramai pelabur dan pedagang memberi tumpuan kepada emas, sekali gus meningkatkan aktiviti dagangan.

Oleh sebab itu, ramai pedagang sentiasa memantau berita pasaran untuk mengenal pasti peluang dagangan seawal mungkin. Semakin cepat mereka dapat bertindak balas terhadap perubahan sentimen, semakin mudah mereka menyesuaikan strategi dagangan.

GOLD24-7: Cara Baharu untuk Berdagang Emas pada Hujung Minggu

Bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada pedagang emas, XM kini memperkenalkan GOLD24-7, instrumen dagangan emas baharu yang membolehkan pelanggan berdagang tujuh hari seminggu, termasuk pada hujung minggu.

Berbeza dengan CFD emas tradisional yang hanya boleh didagangkan mengikut waktu pasaran biasa, GOLD24-7 memberi akses kepada dagangan emas 24/7.

GOLD24-7 bukanlah konsep dagangan yang berbeza, sebaliknya ia memberi akses tambahan kepada pedagang untuk berdagang emas dengan lebih fleksibel.

Ini membolehkan pedagang bertindak balas terhadap perkembangan pasaran pada Sabtu atau Ahad tanpa perlu menunggu sehingga hari Isnin.

Dengan GOLD24-7, pedagang boleh:
  • Bertindak balas lebih pantas terhadap berita ekonomi atau geopolitik.​
  • Mengurus posisi dengan lebih fleksibel apabila sentimen pasaran berubah.​
  • Menyesuaikan strategi mengikut keadaan pasaran semasa.​
Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam dagangan emas, XM terus memperluaskan pilihan dagangannya supaya pedagang mempunyai lebih banyak fleksibiliti apabila pasaran berubah.

Mengapa Dagangan Emas 24/7 Menjadi Pilihan Pedagang?

Bayangkan jika berita penting diumumkan pada hari Ahad. Sebelum ini, pedagang hanya boleh membuat persediaan dan menunggu sehingga pasaran dibuka pada hari Isnin.

Kini, dengan akses kepada dagangan emas 24/7, pedagang mempunyai lebih banyak pilihan untuk menilai keadaan pasaran dan membuat keputusan mengikut strategi masing-masing.

Antara kelebihannya adalah:
  • Mengurangkan keperluan menunggu sehingga hari Isnin untuk bertindak.​
  • Memberi lebih fleksibiliti dalam mengurus posisi apabila sentimen pasaran berubah.​
  • Membolehkan pedagang menyusun strategi mengikut perkembangan pasaran semasa.​
Walaupun begitu, akses yang lebih panjang bukan jaminan keuntungan. Analisis pasaran, disiplin dan pengurusan risiko yang baik tetap menjadi asas kepada setiap keputusan dagangan.

Kesimpulan

Dalam dagangan emas, peluang boleh muncul pada bila-bila masa—termasuk pada hujung minggu.

Dengan GOLD24-7, anda kini boleh mengakses pasaran emas tujuh hari seminggu dan bertindak balas terhadap perkembangan pasaran dengan lebih fleksibel.

Bersedia untuk mencuba dagangan emas 24/7?

Buka akaun XM hari ini dan mula berdagang dengan GOLD24-7.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan atau cadangan pelaburan.

Soalan Lazim

  1. Apakah perbezaan GOLD24-7 dengan CFD emas tradisional?​

Perbezaan utamanya ialah waktu dagangan. CFD emas tradisional hanya boleh didagangkan mengikut waktu pasaran biasa, manakala GOLD24-7 memberi akses kepada dagangan emas sepanjang minggu, termasuk pada Sabtu dan Ahad.
  1. Siapakah yang sesuai menggunakan GOLD24-7?​

GOLD24-7 sesuai untuk pedagang yang ingin bertindak balas terhadap berita atau perubahan sentimen pasaran pada hujung minggu, serta mereka yang mahukan lebih fleksibiliti dalam mengurus strategi dagangan.
  1. Bagaimana saya boleh mula berdagang GOLD24-7?​

Buka akaun XM dan log masuk ke platform dagangan untuk mengakses GOLD24-7. Selepas itu, anda boleh mula berdagang emas tujuh hari seminggu.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14728
USD / JPY
155.768
GBP / USD
1.33947
USD / CHF
0.82541
USD / CAD
1.39893
EUR / JPY
178.710
AUD / USD
0.71101
Back
Top
Log in Register