BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Recommended Broker XM - xmbroker-fx.com

MENGAPA GOLD KEMBALI MENJADI TUMPUAN PADA 2026?

Harga emas melonjak dan inflasi global meningkat — mengapa emas kembali menjadi aset selamat pilihan ketika pasaran tidak menentu?
1769765363856.jpeg

Dalam budaya masyarakat ASEAN, termasuk di Malaysia, emas bukan sekadar lambang kekayaan. Sejak dahulu, ia menjadi penyimpan nilai utama. Peranan emas sebagai aset selamat ini masih kekal relevan, khususnya ketika ketidaktentuan ekonomi global semakin ketara.

Hakikat ini diperkukuh apabila laporan pasaran pada 23 Januari lalu mengumumkan bahawa harga emas di Malaysia telah mencecah RM701 segram, sekali gus mencerminkan peningkatan permintaan terhadap emas sebagai pelaburan jangka panjang. Kenaikan harga emas ini bukan sekadar fenomena pasaran, tetapi bukti jelas bahawa emas terus diyakini sebagai pelindung nilai ketika keyakinan terhadap aset berisiko semakin goyah.

Persoalannya kini, apakah faktor yang mendorong kebangkitan semula emas dan mengapa ia kembali mencuri perhatian para pedagang menjelang 2026?

Penafian:
Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Dagangan aset digital melibatkan risiko yang mungkin menyebabkan kerugian modal.


Ketidaktentuan Ekonomi Global Dorong Permintaan Emas

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran kewangan global berdepan tekanan daripada inflasi global yang berpanjangan, konflik geopolitik serta ketidakstabilan dasar monetari. Faktor-faktor ini menjadi antara penyumbang utama yang mempengaruhi harga emas dan meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

Apabila pasaran saham menjadi tidak menentu dan nilai mata wang terus berbolak-balik, emas sering muncul sebagai pilihan utama pelabur. Corak ini konsisten setiap kali dunia berdepan krisis ekonomi, sekali gus mengukuhkan peranan emas sebagai penanda sentimen pasaran global.

Dalam persekitaran inilah, peranan emas mula berkembang daripada sekadar aset perlindungan kepada instrumen yang semakin aktif didagangkan.


Daripada Simpanan Emas Kepada Strategi Dagangan

Perubahan ketara hari ini adalah bagaimana emas dimanfaatkan. Jika sebelum ini emas lebih dilihat sebagai simpanan fizikal, kini semakin ramai mula meneroka dagangan emas sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan yang lebih aktif.

Pergerakan harga emas yang konsisten, digabungkan dengan turun naik jangka pendek, membuka ruang kepada peluang dagangan yang lebih dinamik. Keadaan ini mendorong pelabur untuk bukan sahaja mengetahui harga emas hari ini, tetapi memahami trend emas 2026 serta faktor ekonomi global yang mempengaruhinya.

Bagi pedagang yang ingin meneroka peluang ini dengan lebih teratur, membuka akaun dagangan dengan platform yang menawarkan akses kepada emas dan pasaran global menjadi langkah awal yang semakin relevan.

Evolusi ini secara langsung mendorong pedagang untuk melihat emas bukan secara terasing, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi portfolio yang lebih menyeluruh.


Emas Sebagai Komponen Penting Portfolio Pelbagai Aset

Dalam landskap pelaburan moden, emas sering menjadi pelengkap kepada aset lain seperti Forex, Crypto dan CFD. Pendekatan portfolio pelbagai aset membantu mengimbangi risiko dan mengoptimumkan pulangan dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Pengurusan melalui Portfolio Pelbagai Aset (Multi-Asset Portfolio) dalam satu dashboard membolehkan trader memantau pasaran emas dan aset lain secara masa nyata. Pendekatan ini semakin relevan bagi pelabur yang ingin mengurus risiko dengan lebih sistematik dan efisien.

Namun, struktur portfolio yang baik sahaja tidak mencukupi tanpa ilmu, maklumat dan sokongan yang menyokong setiap keputusan dagangan.


Ilmu Pasaran, Komuniti Dan Sokongan Teknologi

Dalam persekitaran dagangan yang semakin kompleks, kelebihan sebenar terletak pada kefahaman dan sokongan yang membimbing setiap keputusan.

Selain akses pasaran, kefahaman memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dagangan. Perkongsian maklumat, analisis pasaran dan perbincangan sesama trader membantu membentuk perspektif yang lebih menyeluruh.

Melalui Komuniti XM, trader boleh mengikuti perkembangan pasaran emas, berkongsi pandangan serta memahami sentimen global. Sokongan AI Chat pula menyediakan panduan dan maklumat pantas berkaitan pasaran, membantu trader bertindak dengan lebih yakin dan berinformasi.

Gabungan inilah yang meletakkan trader dalam kedudukan lebih bersedia untuk menghadapi perubahan pasaran pada masa hadapan.


Mengapa Gold Kekal Relevan Menjelang 2026?

Melihat kepada keseluruhan perkembangan pasaran dan perubahan tingkah laku pelabur, peranan emas dilihat semakin jelas menjelang 2026. Gabungan inflasi, ketidaktentuan geopolitik dan perubahan tingkah laku pelabur menjadikan emas sebagai aset selamat yang kekal relevan berbanding kelas aset lain.

Bagi mereka yang ingin memahami dengan lebih mendalam bagaimana emas boleh dimanfaatkan dalam strategi dagangan moden, maklumat lanjut mengenai dagangan emas dan komoditi boleh diterokai secara langsung melalui platform XM.

Adakah anda bersedia untuk ketahui apakah 'hype' dagangan emas 2026 ini?

Kekal selangkah di hadapan dan fahami mengapa emas terus menjadi antara aset paling diyakini dalam dunia dagangan global.

#Gold #Komoditi #Dagangan #HargaEmas #Aset #XM
 

PROMOSI TERBARU XM TAWARKAN BONUS DAGANGAN SEHINGGA USD52,500

Tempoh Februari hingga Mac membawa peluang baharu kepada pedagang. Ketahui bagaimana bonus deposit mingguan boleh dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada strategi dagangan yang lebih terancang.

PR-Article-Banner-1426x751.png

Bulan Februari membawa satu lagi inisiatif baharu daripada XM yang memberi fokus kepada dagangan konsisten dan berdisiplin. Ia direka untuk menyokong pedagang aktif sambil mengekalkan keutamaan terhadap pengurusan risiko dan strategi yang jelas.

Persoalannya: bagaimana promosi ini boleh memberi manfaat kepada trader, dan bagaimana ia patut digunakan dalam strategi harian?

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan perkongsian maklumat sahaja. Ia bukan nasihat pelaburan. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua individu.


Gambaran Umum Program Dagangan XM

Promosi ini berlangsung selama enam minggu, dari 10 Februari hingga 23 Mac 2026, dan melibatkan dagangan bagi instrumen terpilih di platform XM.

Sepanjang tempoh ini, pedagang yang layak boleh mengambil bahagian dengan potensi aktiviti sehingga USD 52,500, berdasarkan struktur penyertaan berikut:

  • Aktiviti minimum: 2 lot seminggu
  • Terbuka untuk: pedagang baharu dan sedia ada
  • Penilaian: dibuat setiap minggu berdasarkan aktiviti dagangan
  • Struktur: jelas, mudah difahami, dan fleksibel
Pendekatan ini menjadikan promosi lebih inklusif, membolehkan pelbagai tahap pedagang mengambil bahagian tanpa tekanan sasaran yang terlalu tinggi.


Bagaimana Bonus Membantu Strategi Dagangan?

Bonus yang diperoleh boleh digunakan untuk meningkatkan margin dagangan, membolehkan pedagang:

  • Pengurusan margin yang lebih teratur, terutamanya ketika pasaran tidak menentu
  • Fleksibiliti dalam perancangan posisi, tanpa kebergantungan kepada penambahan modal baharu
  • Kawalan risiko yang lebih baik, selaras dengan pelan dagangan jangka sederhana dan panjang
Secara keseluruhan, pendekatan ini memberi ruang tambahan untuk mengekalkan strategi dagangan yang berdisiplin, tanpa perlu menambah modal baharu secara berterusan.


Pedagang Baharu Juga Layak

Pedagang yang membuka akaun baharu sepanjang tempoh promosi masih boleh:

  • Menuntut Bonus Deposit Selamat Datang
  • Menyertai promosi ini untuk mendapatkan bonus deposit tambahan
Ini membolehkan pedagang baharu bermula dengan sokongan margin yang lebih kukuh sejak awal.


Komitmen XM Terhadap Pedagang

Inisiatif ini mengukuhkan pendekatan fokus pelanggan XM dengan menyediakan insentif yang menyokong dagangan lebih fleksibel dan yakin. Ia menyusul selepas kejayaan pelbagai promosi global sepanjang tahun 2025, termasuk:

  • Sambutan ulang tahun ke-15 XM
  • Pelancaran persekitaran dagangan bersatu
  • Pengenalan teknologi XM AI
Pedagang yang berminat boleh membuka akaun untuk menyertai program ini dan memahami bagaimana struktur dagangan XM boleh dimanfaatkan secara berkesan.

#XM #15YearsXM #Promo

Kesimpulan

Program ini bukan sekadar sokongan awal, tetapi juga membantu pedagang mengamalkan disiplin, mengurus risiko, dan menyusun strategi dagangan dengan lebih berkesan.


Amaran Risiko: Dagangan melibatkan risiko yang tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian modal yang dilaburkan. Terma dan syarat dikenakan.
Penafian: Promosi dan bonus tidak tersedia untuk akaun di bawah entiti XM yang berpangkalan di EU. Beberapa rantau mungkin dikecualikan. Kumpulan XM beroperasi melalui pelbagai entiti global, maka produk, perkhidmatan dan ciri mungkin berbeza mengikut entiti.
 

Attachments

PEMBUKA 2025: PELUANG KEEMASAN BAGI AFFILIATE DAN KLIEN

PR-Article-Banner-1426x751.png

Pejam celik, pejam celik kita sudah masuk ke bulan kedua tahun 2026. Bagi para affiliate, inilah peluang untuk membuka buku baru dalam meningkatkan prestasi afiliasi. Menjadi seorang affiliate yang proaktif bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada modal dagangan klien, malah bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan volume dagangan serta komisyen anda secara drastik.


Membina Aktiviti Dagangan yang Lebih Berdisiplin

Dalam dunia perdagangan kewangan yang semakin kompetitif, peranan Affiliate bukan lagi sekadar memperkenalkan broker kepada pedagang. Affiliate hari ini berfungsi sebagai sumber maklumat dan panduan, membantu klien memahami cara berdagang dengan lebih berstruktur, berdisiplin dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

Atas asas inilah, XM memperkenalkan satu kempen selama enam minggu dari 10 Februari hingga 23 Mac 2026, Promosi Bonus Deposit Ulang Tahun Ke-15, yang memberi penekanan kepada konsistensi dan pengurusan risiko.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Dagangan aset digital melibatkan risiko yang mungkin menyebabkan kerugian modal.


Pendekatan Berperingkat untuk Pedagang Pelbagai Tahap

Salah satu elemen utama kempen ini ialah requirement kemasukan yang rendah, bermula daripada 2 lot dagangan setiap minggu. Pendekatan ini memberi ruang kepada Affiliate untuk mendidik klien bahawa:

  • Aktiviti dagangan tidak perlu bermula secara agresif
  • Kemajuan boleh dicapai secara berperingkat
  • Disiplin lebih penting daripada kekerapan dagangan yang tinggi
Dengan struktur mingguan, pedagang didorong untuk merancang dagangan secara konsisten, selari dengan prinsip asas pendidikan kewangan yang menekankan kawalan emosi dan perancangan jangka panjang.

Bonus Sebagai Alat Sokongan, Bukan Dorongan Berlebihan

Dalam konteks pendidikan kewangan, insentif yang baik seharusnya berfungsi sebagai alat sokongan, bukan galakan untuk mengambil risiko berlebihan. Bonus yang diperoleh dalam kempen ini digunakan untuk meningkatkan margin dagangan, membolehkan pedagang mengurus posisi dengan lebih fleksibel ketika pasaran bergerak tidak menentu.

Bagi Affiliate, ini membuka ruang untuk menerangkan kepada klien bagaimana margin tambahan boleh:

  • Membantu pengurusan posisi dengan lebih teratur
  • Memberi ruang pernafasan ketika pasaran berlawanan arah
  • Menyokong perancangan dagangan yang lebih berdisiplin
Apabila digunakan secara berhemah, elemen ini sejajar dengan objektif pendidikan kewangan yang menekankan pemahaman risiko dan kawalan modal.

Konsistensi sebagai Asas Nilai Jangka Panjang

Kempen yang berlangsung selama enam minggu ini secara semula jadi menggalakkan:

  • Penglibatan klien yang berterusan
  • Hubungan jangka panjang antara Affiliate dan klien
  • Pembangunan tabiat dagangan yang lebih stabil
Dari sudut Affiliate, pendekatan ini bukan sahaja menyokong prestasi jangka panjang, malah membantu membina kepercayaan melalui komunikasi dan pendidikan yang berterusan.

Selari dengan Pendekatan Berteraskan Klien oleh XM

Inisiatif ini merupakan kesinambungan kepada pendekatan XM yang berfokuskan klien, selaras dengan pelbagai usaha terdahulu dalam membangunkan persekitaran dagangan yang lebih menyeluruh, mudah difahami dan berorientasikan sokongan.

Pendekatan sebegini memberi ruang kepada Affiliate untuk berkembang bersama klien, bukan sekadar mengejar hasil jangka pendek.

Sokongan Nyata untuk Affiliate dan Klien Mereka

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap perkongsian jangka panjang, XM menyediakan bonus deposit kepada klien yang diperkenalkan oleh rakan niaga (Affiliate). Bonus ini bertujuan untuk menyokong aktiviti dagangan klien, sambil memberi Affiliate satu lagi elemen bernilai untuk digunakan dalam pendekatan pendidikan dan sokongan mereka.

Melalui gabungan pendidikan, struktur yang jelas dan sokongan yang berterusan, Affiliate dapat memainkan peranan yang lebih bermakna dalam membantu klien berdagang dengan lebih yakin dan bertanggungjawab.

Jangan biarkan peluang keemasan di awal tahun ini berlalu begitu sahaja; jadikan promosi ini sebagai "senjata" utama anda untuk menarik lebih ramai penyertaan dan membina empayar rujukan yang lebih kukuh dan menguntungkan.

Sertai program kami DI SINI!

#XM #No1Choice #15YearsXM #GlobalDepositBonus #LegacyLeads

Amaran Risiko: Perdagangan melibatkan risiko yang ketara dan boleh mengakibatkan kehilangan modal yang anda laburkan. Tertakluk Terma & Syarat.

Penafian: Promosi dan bonus tidak tersedia untuk akaun yang didaftarkan di bawah entiti XM yang berpangkalan di EU. Rantau tertentu mungkin dikecualikan. Kumpulan XM beroperasi secara global di bawah pelbagai entiti, jadi produk, perkhidmatan, dan ciri-ciri yang disenaraikan di sini berbeza mengikut entiti XM. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web XM.
 

“Resipi” Rahsia Trader: Pelan 30 Hari Tingkatkan Kejayaan Dagangan Harian

Bagaimana nak tingkatkan kemahiran dagangan setiap hari dalam cara yang seronok dan mudah? Temui rahsia dagangan harian sepanjang Ramadan dalam 30 Days Trading Recipes!

1200x675.png



Ramadan dah tiba – tapi bagaimana nak pastikan aktiviti dagangan anda bukan sekadar rutin tanpa membawa pulangan yang nyata? 30 Days Trading Recipes ada jawapannya – pendekatan praktikal dan langkah demi langkah untuk membantu anda capai hasil sebenar. Setiap “resipi” memberi tip asas dan strategi rahsia untuk menjadikan dagangan lebih konsisten, meningkatkan keyakinan, dan memanfaatkan peluang pasaran sepenuhnya.

Jadi persoalannya: resipi mana paling sesuai untuk kejayaan dagangan harian anda sepanjang Ramadan ini? Mari selami minggu demi minggu untuk ketahuinya.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Dagangan aset digital melibatkan risiko yang mungkin menyebabkan kerugian modal.



Resipi Mingguan Dagangan: Dari Asas Hingga Sentuhan Akhir

Siri 30 hari ini disusun sebagai pelan 4 minggu yang saling melengkapi. Setiap minggu memperkenalkan “perasa” baharu untuk strategi anda — dari asas kukuh, tip rahsia, strategi utama, hingga sentuhan akhir. Dengan pendekatan berperingkat ini, anda boleh menguasai strategi dengan yakin dan alami sendiri perbezaannya.

Berikut yang menanti anda setiap minggu:


Minggu 1 – Basic Ingredient
Kuasai Asas Pedagang Hebat

Fokus utama:

  • Kemahiran asas dagangan
  • Pengurusan risiko
  • Pemilihan instrumen
Minggu pertama ialah tentang membina asas kukuh — kunci kepada strategi yang berkesan. Pakar seperti Zulle Razak dan Imran Zailani membimbing langkah demi langkah supaya peserta benar-benar memahami prinsip asas sebelum melangkah ke tahap seterusnya.

Hasilnya? Anda mula nampak bagaimana asas yang betul memudahkan setiap keputusan dagangan.


Minggu 2 – Flavour Enhancer

Tambah Rencah Pada Dagangan Anda

Apa yang dipelajari:

  • Teknik lanjutan
  • Tip rahsia trader berpengalaman
  • Penyesuaian strategi mengikut gaya sendiri
  • Kefahaman korelasi antara instrumen
Kini tiba masa untuk menambah “rasa” pada strategi anda. Anda akan belajar membaca pasaran dengan lebih tepat dan menjadikan strategi lebih dinamik.


Minggu 3 – Hidangan Utama

Laksanakan Strategi Terbukti Dengan Yakin

Inilah bahagian paling mengenyangkan — strategi yang telah diuji dan terbukti.

Pakar seperti Ibrahim Osman dan Siti Wani berkongsi tip praktikal untuk membantu dagangan harian menjadi lebih tersusun dan optimum.

Di tahap ini:

  • Anda bukan sekadar faham teori
  • Anda mampu laksanakan strategi
  • Anda mula melihat hasil yang lebih konsisten
Momentum semakin kuat.


Minggu 4 – Dessert

Sentuhan Akhir Yang Memantapkan Disiplin

Bahagian terakhir melengkapkan keseluruhan “resipi” anda.

Fokus minggu ini:

  • Penilaian prestasi
  • Penyesuaian strategi
  • Disiplin dan kawalan emosi
Langkah-langkah ini memastikan anda sentiasa selangkah di hadapan pasaran — bukan sekadar mengikut arus.

Dengan tamatnya minggu keempat, strategi dagangan anda kini lengkap: dari asas kukuh hingga sentuhan akhir yang memantapkan keyakinan.

Juadah Dagangan Yang Menjadi Impian Trader

Perjalanan 30 Days Trading Recipes menunjukkan satu perkara jelas: kejayaan dagangan harian bukan sekadar ikut rutin, tetapi hasil daripada strategi yang praktikal, terarah, dan dibimbing dengan betul.

Setiap resipi direka untuk mudah diikuti, menyeronokkan, dan berkesan. Dari minggu ke minggu, kemahiran, disiplin, dan keyakinan anda akan berkembang — memberi anda kelebihan untuk membuat keputusan dagangan dengan lebih bijak dan yakin.

Dengan pendekatan ini, setiap hari sepanjang Ramadan menjadi peluang untuk membina momentum sebenar dan memperkukuh disiplin dagangan anda. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siri khas Ramadan ini dan manfaatkan setiap minggu pembelajaran yang telah disusun khas untuk anda:

  • Setiap Isnin hingga Jumaat, sepanjang bulan Ramadan
  • 11 AM – 6 PM
  • LIVE: Ruang Lanjutan Melayu XM
Sudah bersedia untuk mencuba setiap resipi dan jadikan strategi dagangan anda impian setiap trader? Ambil langkah pertama hari ini dengan membuka akaun untuk menguji strategi yang dipelajari dan lihat bagaimana pendekatan ini berfungsi dalam keadaan pasaran semasa.

#30DaysTradingRecipes #DaganganRamadan #StrategiDagangan #DaganganMudah
 
Last edited:

Mengapa Ada Affiliate Menyerah Awal dan Cara Untuk Mengelakkannya


1771575173556.png

Ramai yang terjun ke dunia kewangan dengan impian untuk melihat graf hijau setiap hari di skrin. Namun, ada satu rahsia yang jarang dibincangkan oleh broker secara terbuka: kejayaan kewangan sebenar bukan hanya terletak pada trading harian, tetapi pada pembinaan ekosistem pendapatan yang mampan melalui program afiliasi profesional.

1. Membina Pendapatan Berterusan yang boleh diukur

Berbeza dengan dagangan aktif yang memerlukan fokus penuh, membina sistem afiliasi profesional adalah tentang membina "mesin" yang bekerja sepanjang masa.

  • Pertumbuhan berterusan: Seperti pelaburan, komisen bulanan daripada klien yang dirujuk akan terkumpul. Ini mencipta kesan "snowball" di mana pendapatan anda terus berkembang secara organik.
  • Leveraj Melalui Kandungan: Satu video atau artikel berkualiti tinggi yang anda hasilkan hari ini mampu menarik pelabur baharu sehingga bertahun-tahun lamanya.

2. Bina Autoriti Profesional
Di sinilah XM Partners memainkan peranan penting sebagai rakan strategik anda. Untuk kekal relevan dalam jangka masa panjang, seorang afiliasi perlu menjadi jambatan kepercayaan antara broker dan pedagang.


  • Nilai Melalui Kolaborasi: Anda tidak hanya bertindak sebagai ejen, tetapi sebagai penyedia nilai. Dengan sokongan platform yang mempunyai legasi selama 15 tahun, anda boleh membina komuniti setia yang melihat anda sebagai pakar industri.
  • Akses Eksklusif: Sebagai rakan niaga, anda mendapat akses kepada struktur komisen yang kompetitif dan alatan pemasaran premium. Ini membolehkan anda menukar pengaruh media sosial anda kepada perniagaan yang sah dan profesional tanpa perlu menanggung risiko dagangan secara langsung.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Dagangan aset digital melibatkan risiko yang mungkin menyebabkan kerugian modal.


3. Kelestarian Bisnes Jangka Panjang
Segelintir affiliate muda tidak sedar bahawa program afiliasi adalah model perniagaan sah yang boleh diskalakan, malah boleh dikembangkan menjadi agensi pemasaran penuh.


  • Kerjaya yang Stabil: Bidang afiliasi menawarkan laluan kerjaya yang rendah tekanan dan lebih stabil, di samping mudah menyesuaikan diri dengan perubahan landskap kewangan global.
  • Membina Legasi: Dengan rekod prestasi yang kukuh, anda dapat membina perniagaan di atas tapak yang dipercayai, memastikan pendapatan anda bukan sekadar keuntungan jangka pendek tetapi sebuah legasi kewangan.
"Dunia kewangan bukan hanya tentang bila nak 'buy' atau 'sell', tapi tentang bagaimana anda membina nilai dalam ekosistem tersebut. Memilih rakan niaga yang tepat adalah langkah pertama ke arah kebebasan masa yang sebenar."


Mulakan Perjalanan Anda Hari Ini

Jangan hanya menjadi penonton dalam pasaran kewangan yang pesat berkembang ini. Mulakan langkah anda untuk membina pendapatan residual yang stabil dan mampan. Daftar sebagai rakan niaga dan jadikan kepakaran anda sebagai aset yang berharga.

Sertai komuniti elit XM Partners hari ini! (Include Hyperlink Open Account)
 
Last edited:
Bitcoin Di Bawah $65K: Apa Langkah Seterusnya?

Ini bukan sekadar penurunan biasa — ini adalah perubahan momentum.

1772171371995.jpeg
Bitcoin kini jatuh di bawah paras $65,000 selepas tekanan jualan meningkat dalam suasana sentimen “risk-off” global. Tekanan jualan semakin meningkat dalam pasaran kripto, dengan Ethereum dan XRP turut bergerak lebih rendah. Kadar liquidasi meningkat, dan volatiliti kembali memuncak.

Apabila paras utama ditembusi, pasaran biasanya memasuki salah satu daripada dua fasa: sama ada volatiliti menurun yang dipercepatkan atau lantunan pemulihan yang tajam. Pergerakan seterusnya bergantung kepada sama ada pembeli dapat segera merampas semula paras $65K atau penjual terus menguasai pasaran. Ketika ini, disiplin lebih penting daripada ramalan.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan. Dagangan melibatkan risiko dan prestasi lalu tidak menjamin keputusan masa hadapan.

Apa Maksudnya Kepada Pedagang

Penembusan sokongan mengubah tingkah laku pasaran.

Apabila harga jatuh di bawah paras utama, ia sering membawa kepada:

  • Pergerakan intraday yang lebih pantas
  • Lonjakan liquidasi yang meningkat
  • Kenaikan jangka pendek yang cepat pudar
Di sinilah kelajuan pelaksanaan dan fleksibiliti menjadi kritikal.

Dengan CFD mata wang kripto XM, pedagang boleh mengakses 31 mata wang kripto dan berdagang 24/7 — termasuk hujung minggu — membolehkan tindak balas segera apabila volatiliti meningkat. Dalam pasaran pantas, XM melaksanakan 99.7% pesanan dalam milisaat, membantu pedagang mengurus kemasukan dan keluar dengan lebih cekap.

Bagi BTC dan ETH, leveraj sehingga 1:500 tersedia, bersama dagangan tanpa komisen. Fleksibiliti ini membolehkan pedagang menyesuaikan strategi — sama ada mengurus volatiliti jangka pendek atau mengambil posisi untuk lantunan yang lebih tersusun.

Jangan Lihat Kripto Secara Terasing

Apabila sentimen risk-off meningkat, kripto jarang bergerak sendirian.

Emas sering stabil atau mengukuh ketika ketidaktentuan. Pasaran Forex pula mencerminkan aliran modal global — terutamanya melalui pasangan USD.

XM menyediakan akses bukan sahaja kepada kripto, tetapi juga instrumen emas dan lebih 50 pasangan Forex (utama, silang, dan eksotik), dengan leveraj sehingga 1:1000 serta swap sifar untuk akaun Ultra Low.

Memantau kripto, emas, dan aliran mata wang secara bersama memberi gambaran makro yang lebih jelas — berbanding bertindak balas secara emosi terhadap satu carta sahaja.

Ambil Peluang Dengan Persediaan Yang Betul

Bitcoin di bawah $65K menandakan tekanan jangka pendek — namun volatiliti juga mencipta peluang bagi pedagang yang bersedia.

Kuncinya adalah struktur:

  • Hormati paras yang telah ditembusi
  • Tunggu pengesahan
  • Urus leveraj dengan bertanggungjawab
  • Fokus kepada kualiti pelaksanaan
Pasaran memberi ganjaran kepada persediaan, bukan tindakan impulsif.

Sempena Ulang Tahun ke-15 XM, pedagang boleh memanfaatkan promosi Ramadan Eksklusif — nikmati bonus deposit sehingga $52,500. Lebih aktif anda berdagang setiap minggu, lebih banyak ganjaran yang boleh dibuka. Dalam pasaran yang volatil seperti ini, kredit dagangan tambahan boleh memberikan fleksibiliti tambahan sambil anda membina pengalaman dan memperhalusi strategi.

Jika anda serius mahu membangunkan disiplin dagangan, gunakan fasa volatiliti ini sebagai tempoh pembelajaran. Buka akaun dengan XM, terokai pasaran kripto, emas, dan Forex dalam satu platform, serta bina pengalaman dengan data masa nyata dan pelaksanaan pantas.

Volatiliti akan sentiasa kembali.

Persoalannya — adakah anda akan bersedia apabila ia tiba?
 
Membina Pendapatan Stabil: Strategi Kandungan Jangka Panjang untuk Rakan Niaga XM

Daripada Hype Jangka Pendek kepada Pertumbuhan Mampan

1772182429332.png

Dalam dunia perdagangan (trading) yang serba pantas, pasaran dan trend sentiasa berubah dalam sekelip mata. Bagi kebanyakan affiliate, cabaran utama yang sering dihadapi adalah aliran trafik yang tidak menentu dan komisen yang turun naik. Bergantung sepenuhnya kepada "hype" semasa mungkin memberi hasil segera, tetapi ia jarang sekali mampan.

Untuk berjaya sebagai affiliate yang berwibawa, anda memerlukan strategi kandungan jangka panjang yang mampu menarik pedagang berkualiti secara konsisten.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat kewangan. Dagangan melibatkan risiko dan prestasi lalu tidak menjamin keputusan masa hadapan.



Strategi Kandungan yang Berkesan

Berikut adalah empat tiang utama untuk memperkukuhkan empayar kandungan anda:

1. Fokus kepada Pendidikan, Bukan

Kebanyakan orang lebih mempercayai jenama yang membantu mereka menyelesaikan masalah.

Daripada hanya memaparkan “Daftar Sekarang”, hasilkan kandungan yang:

  • Mengajar asas analisis teknikal
  • Membimbing pengurusan risiko
  • Memberi pemahaman tentang strategi dagangan
Apabila nilai diberikan terlebih dahulu, kepercayaan akan terbina secara semula jadi.

2. Utamakan Kandungan "Evergreen"

Kandungan evergreen adalah topik yang sentiasa relevan tidak kira musim. Contohnya:
  • "Cara Menggunakan MetaTrader 4/5"
  • "Asas Psikologi Perdagangan untuk Pemula"
  • "Memahami Spread dan Leveraj dalam Forex"
Kandungan ini menyokong pertumbuhan organik melalui SEO dan kekal relevan sepanjang masa.

3. Gunakan Pelbagai Format Kandungan

Setiap pedagang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Kepelbagaian format memastikan capaian anda lebih luas:
  • Video: Tutorial langkah demi langkah di YouTube atau TikTok.
  • Penulisan: Artikel ulasan pasaran yang mendalam di blog.
  • Infografik: Ringkasan visual tentang strategi dagangan untuk media sosial.

4. Manfaatkan Trend Semasa Secara Strategik

Gunakan berita pasaran seperti pengumuman kadar faedah atau laporan NFP sebagai titik masuk untuk menarik perhatian.

Seterusnya, arahkan audiens kepada kandungan pendidikan yang telah tersedia untuk membina pemahaman yang lebih mendalam.

Tambahan pula, XM Partners menyediakan pelbagai bahan pemasaran dalam format dan saiz yang sesuai untuk pelbagai platform digital, bagi menyokong pelaksanaan kandungan.



Kesimpulan: Kredibiliti Mengatasi Viraliti

Konsistensi dalam menyampaikan maklumat yang jujur, tepat dan bernilai adalah kunci utama. Dengan membina kredibiliti, anda bukan sahaja menarik pedagang baharu, malah mengekalkan mereka untuk jangka masa panjang.

Pendekatan ini membantu mewujudkan pertumbuhan yang mampan serta aliran komisen yang lebih stabil sebagai Rakan Niaga XM.
 
PASARAN 2026 SEMAKIN MENCABAR? INI 3 ASAS PENTING UNTUK TRADER BAHARU

“Pasaran makin laju. AI makin canggih. Adakah anda sudah bersedia untuk 2026?”
Pergerakan pasaran kini lebih pantas, berita global memberi kesan serta-merta, dan teknologi seperti AI semakin mempengaruhi corak dagangan. Ramai trader baharu rasa tertekan sebelum benar-benar bermula - dan itu normal.
Berita baiknya? Anda tidak perlukan strategi kompleks untuk berjaya.
Apa yang benar-benar penting ialah
asas yang kukuh, pendekatan jelas, dan sistem yang menyokong keputusan anda.
Penafian: Artikel ini untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan nasihat pelaburan. Dagangan aset digital melibatkan risiko kerugian modal.

1️. Pilih Persekitaran Dagangan yang Telus
Langkah pertama yang paling penting untuk trader baharu ialah memilih persekitaran yang jelas dan selamat. Trader baharu selalunya tidak periksa caj atau terma tersembunyi, lalu strategi yang kelihatan mudah rugi.

Pastikan platform yang anda pilih:

  • Harga jelas tanpa caj tersembunyi
  • Tiada perubahan terma mengejut
  • Struktur kos mudah difahami
Mengapa ini penting?
Kerana pengurusan risiko bermula dengan memahami kos sebenar setiap dagangan. Tanpa ketelusan, sukar untuk merancang dengan yakin.

2️. Gunakan Satu Dashboard untuk Pelbagai Pasaran
Selain itu, cara anda mengurus peluang dagangan boleh membuat perbezaan besar.
Kebiasaannya trader baharu cuba untuk mengurus terlalu banyak platform, peluang hilang dan risiko meningkat. Di XM, pelbagai instrumen dagangan ditawarkan hanya menggunakan satu dashboard untuk memantau dan berdagang semuanya secara masa nyata.
Kelebihannya:

  • Fokus analisis lebih baik
  • Eksekusi lebih pantas
  • Kurang gangguan teknikal
  • Kawalan risiko lebih sistematik
Apabila gambaran pasaran dapat dilihat dari satu tempat, keputusan menjadi lebih tersusun dan rasional.
3️. Mulakan Kecil — Fokus Pembelajaran
Dan yang terakhir, jangan biarkan modal kecil menjadi penghalang untuk mula belajar.
Menunggu modal besar sebelum mula, lalu tertangguh tanpa pengalaman. Padahal, memulakan dengan $5 membolehkan anda menguji strategi, memahami platform, dan melatih disiplin tanpa tekanan. Contohnya, seorang trader bermula dengan $5. Dia belajar mengawal emosi ketika pasaran bergerak, dan apabila modal meningkat, disiplin sudah terbentuk dan risiko lebih terkawal.
Mengikuti pengalaman trader berpengalaman menunjukkan bahawa bermula dengan modal kecil sambil belajar secara konsisten membolehkan kemahiran dan keyakinan berkembang sebelum melabur modal lebih besar.


Sertai Komuniti untuk Nilai Tambahan
Dagangan tidak semestinya dilakukan secara bersendirian. Menyertai komuniti seperti Kelab Pedagang XM boleh menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.
Antara manfaat yang ditawarkan:

  • Ganjaran bagi setiap dagangan melalui pengumpulan XMC
  • Peluang menebus XMC kepada bonus dagangan atau wang tunai
  • Naik taraf status untuk menikmati ganjaran lebih besar
  • Akses kepada manfaat eksklusif dan pengalaman VIP
Kelab Pedagang XM turut menggunakan sistem tier berperingkat — daripada Bronze hingga Elite — yang direka untuk mencerminkan konsistensi dan prestasi sebenar pedagang. Kenaikan ke tahap yang lebih tinggi dinilai secara berkala setiap suku tahun, menjadikannya telus dan boleh dijangka.
Ini bermakna kemajuan bukan sekadar berdasarkan penyertaan sementara, tetapi hasil daripada disiplin dan aktiviti dagangan yang berterusan. Dengan cara ini, setiap aktiviti dagangan bukan sahaja memberi pengalaman, malah potensi ganjaran tambahan dalam jangka panjang.

Perbandingan Kelab Pedagang

Apabila mempertimbangkan program ganjaran atau kelab pedagang, adalah penting untuk melihat kepada struktur kenaikan tahap dan nilai manfaat yang ditawarkan. Sistem yang jelas dan mudah difahami membantu trader merancang kemajuan mereka dengan lebih yakin serta memaksimumkan ganjaran yang tersedia.
Berikut ialah gambaran ringkas beberapa model kelab pedagang yang ditawarkan oleh broker berbeza:

Broker
Struktur Tier
Nilai Ganjaran
Logik Pergerakan Tier
Sistem 5 tahap yang jelas dan eksklusif (Bronze → Elite)Ganjaran premium: wang tunai, bonus trading, VPS, tools profesional, VIP access, trip eksklusif & acara elitProgress stabil dan telus; kenaikan tahap lebih mudah dirancang
Sistem XP berasaskan aktiviti tradingGanjaran menarik seperti merch, gajet, gift card, travel rewards & priority supportXP akan di-reset setiap kitaran
Berdasarkan jumlah hari trading aktifPerks lebih terhad berbanding sistem lainMemerlukan trading aktif secara konsisten setiap hari
Sistem gamified berasaskan peluang (reward box)Hadiah rawak termasuk cash, percutian, kereta impian & bonus boostKemajuan bergantung kepada peluang dan tidak tetap

Kesimpulan: Bersedia Lebih Penting Daripada Berani
Pasaran 2026 mungkin mencabar, tetapi strategi untuk berjaya sangat mudah bagi trader baharu mengikuti asas yang dinyatakan.
Dengan pendekatan yang tepat dan sokongan komuniti seperti Kelab Pedagang XM, keyakinan boleh dibina sedikit demi sedikit, dan setiap dagangan menjadi lebih bermakna.
Soalannya, adakah anda bersedia untuk bermula dengan lebih bijak?

Ambil langkah pertama hari ini dan bina asas kukuh un
tuk 2026 yang lebih strategik dan yakin.
 
MENGHADAPI MARKET VOLATILITY: PELUANG DALAM KETAKTENTUAN

POV: Bila Market Mula Bergerak Lebih Laju

1773117844447.jpeg


Market jarang bergerak dalam garis lurus. Ada hari yang tenang, ada juga hari di mana pergerakan harga jadi sangat aktif hingga menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, aktiviti dalam market nampaknya kembali rancak.

Bitcoin, Ethereum dan Gold menunjukkan pergerakan harga yang lebih besar apabila pelabur bertindak balas terhadap berita global dan perkembangan ekonomi. Chart dipenuhi warna hijau dan merah, menandakan momentum sedang terbina di beberapa market utama.

Bagi sesetengah trader, keadaan ini boleh sukar diramal. Tetapi trader yang lebih berpengalaman pula biasanya melihat sesuatu yang berbeza. Mereka mencari petunjuk tentang sentiment market, momentum, dan di mana peluang keemasan mungkin memuncul.


Penafian: Kandungan ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan merupakan nasihat kewangan atau pelaburan. Trading dalam pasaran kewangan melibatkan risiko, dan individu disarankan untuk membuat kajian sendiri atau mendapatkan nasihat daripada profesional kewangan sebelum membuat keputusan trading.


Volatility Boleh Tunjukkan Arah Market

Pergerakan harga yang tajam mungkin kelihatan tidak menentu, tetapi selalunya ia mencerminkan reaksi sebenar terhadap berita, data ekonomi, dan perubahan jangkaan pelabur. Setiap aset juga biasanya bergerak dengan cara tersendiri.
  • Bitcoin bertindak balas dengan cepat apabila sentiment market berubah.
  • Ethereum cenderung mengikuti trend crypto secara keseluruhan.
  • Gold mendapat perhatian apabila ketaktentuan global meningkat.
Apabila harga bergerak pantas, corak boleh mula muncul. Trader yang perasan dapat mengenal pasti momentum, tahap sokongan dan rintangan, serta perubahan dalam market sentiment.

Pro Tip: Akses platform yang stabil amat penting ketika market bergerak pantas. Platform seperti XM mengekalkan keadaan trading yang konsisten, membolehkan trader fokus kepada analisis pergerakan harga tanpa perlu risau tentang gangguan teknikal.



Kekal Tenang Ketika Market Volatile

Pergerakan harga yang pantas adalah perkara biasa dalam market yang aktif. Apabila harga bergerak laju, trader sentiasa terdedah kepada reaksi market dan maklumat baharu.

Bagi sesetengah trader, keadaan ini boleh membawa kepada pembuatan keputusan impulsif, seperti:

  • Mengejar lonjakan harga secara tiba-tiba
  • Melakukan trading lebih kerap kerana market nampak menarik
  • Berhenti trading apabila market sukar diramal
Trader yang berpengalaman biasanya mengambil pendekatan yang berbeza. Daripada bertindak balas terhadap setiap pergerakan harga, mereka memerhati bagaimana harga bergerak di sekitar key levels dan bagaimana momentum mula terbina.


Keadaan trading yang stabil juga boleh membantu dalam situasi ini. Platform seperti XM, contohnya, menyediakan akses market yang stabil dengan leverage sehingga 1:1000, membolehkan trader kekal aktif walaupun market bergerak dengan pantas.

Dengan peredaran masa, apa yang pada mulanya kelihatan chaotic, mula menunjukkan corak. Ini membantu trader memahami market dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih yakin.


Kesimpulan: Persediaan untuk Pergerakan Seterusnya

Market volatility adalah sebahagian daripada dunia trading. Berita global, data ekonomi, dan perkembangan semasa boleh menggerakkan aset seperti Bitcoin, Ethereum dan Gold dengan pantas.

Detik seperti ini bukanlah masa untuk menjauhkan diri. Sebaliknya, ia adalah peluang untuk melihat bagaimana market bertindak balas dan di mana momentum mula terbina.

Platform seperti XM turut menyediakan sokongan melalui kempen trading, promosi dan sumber pembelajaran untuk membantu trader baharu mahupun berpengalaman membina keyakinan serta memperhalusi strategi mereka. Sempena Ramadan ini, XM menawarkan promosi eksklusif dengan bonus deposit sehingga $52,500 untuk peserta yang layak.

Kejayaan dalam trading bukan sekadar meramal pergerakan market, tetapi melibatkan persediaan, konsistensi, dan kesediaan untuk terus belajar daripada pengalaman di market. Trader yang terus menambah ilmu dan memahami tingkah laku market lebih bersedia menghadapi keadaan volatile.
 
Harga Minyak Mentah Kembali Cecah $100: Konflik Timur Tengah Menggegarkan Pasaran Global


Apakah Maksudnya Kepada Pasaran Dunia?

1773392568790.jpeg
Buat pertama kali dalam tempoh tiga setengah tahun, harga minyak kembali ke paras yang tidak pernah diabaikan oleh dunia: $100 setong.

Pada 9 Mac 2026, kedua-dua minyak mentah WTI dan Brent sekali lagi melepasi paras tiga digit, memberi isyarat jelas kepada pasaran global bahawa volatiliti tenaga kembali meningkat. Pencetusnya? Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Sepanjang hujung minggu lalu, serangan Israel dilaporkan telah menyasarkan kemudahan minyak Iran di Tehran, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan minyak global. Dengan perang Iran yang secara rasmi bermula pada 27 Februari 2026, pasaran tenaga dengan pantas mula mengambil kira faktor ketidaktentuan ini dalam pergerakan harga.

Sejarah menunjukkan bahawa konflik di kawasan pengeluar minyak utama jarang kekal sebagai isu tempatan. Minyak menjadi nadi kepada pengangkutan, logistik, pembuatan dan operasi ketenteraan—jadi apabila ketegangan meningkat, pasaran tenaga biasanya antara yang pertama bertindak balas.

Corak Yang Pernah Dilihat Pasaran

Ini bukan kali pertama harga minyak melonjak ketika konflik global berlaku.

Situasi serupa pernah berlaku semasa pencerobohan Rusia–Ukraine pada Februari 2022, apabila kebimbangan terhadap bekalan mendorong harga minyak Brent melepasi $120 setong, manakala WTI meningkat melebihi $100.

Jika melihat lebih jauh ke belakang, lonjakan harga minyak paling dramatik berlaku pada Julai 2008, apabila harga melonjak melebihi $145 setong. Kenaikan tersebut dipacu oleh permintaan global yang kukuh serta keadaan bekalan yang semakin ketat yang dipengaruhi oleh negara-negara pengeluar minyak utama.

Sepanjang beberapa dekad, peristiwa-peristiwa ini menunjukkan satu corak yang konsisten: geopolitik dan pasaran tenaga saling berkait rapat. Apabila ketidaktentuan meningkat di kawasan pengeluar minyak utama, harga tenaga sering menjadi antara isyarat terawal kepada tekanan yang lebih besar dalam pasaran global.


Minyak Bukan Satu-Satunya Aset Yang Bergerak

Apabila ketidaktentuan global meningkat, pasaran lain biasanya turut memberi reaksi.

Sejak konflik Iran bermula pada 27 Februari, harga emas telah meningkat dengan pantas di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Logam berharga sering mendapat perhatian semasa tempoh ketidaktentuan apabila pelabur mencari kestabilan dalam menghadapi risiko global.

Pergerakan serentak minyak dan emas menunjukkan betapa pantasnya peristiwa global boleh memberi kesan kepada pelbagai kelas aset.

Bagi pedagang yang mengikuti perkembangan global, platform seperti XM membolehkan pengguna memantau komoditi utama seperti minyak mentah secara masa nyata, membantu pedagang memahami bagaimana berita geopolitik boleh diterjemahkan kepada pergerakan harga dalam pasaran global.


Apakah Implikasinya Lebih Dekat Dengan Kita?

Kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan kepada pasaran global — ia juga boleh mempengaruhi dasar ekonomi domestik.

Di Malaysia, kerajaan pada masa ini menyediakan subsidi bahan api bagi membantu menstabilkan harga untuk pengguna. Subsidi ini membantu melindungi isi rumah daripada kenaikan mendadak kos tenaga global.

Namun begitu, perbincangan terkini menunjukkan pihak berkuasa mungkin perlu menilai semula struktur subsidi sekiranya harga minyak kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

Dengan harga minyak kini kembali melepasi $100 setong, kemampanan jangka panjang subsidi tersebut mungkin menjadi topik yang semakin mendapat perhatian umum.


Pasaran Yang Ramai Pedagang Terlepas Pandang

Walaupun minyak memainkan peranan penting dalam ekonomi global, pasaran tenaga masih kurang didagangkan oleh ramai pedagang runcit di Malaysia dan Brunei.

Namun begitu, minyak sering menjadi salah satu aset yang paling cepat bertindak balas terhadap perkembangan global. Ketegangan geopolitik, gangguan bekalan, dan perubahan ekonomi boleh dengan cepat mencetuskan pergerakan harga yang ketara.

Bagi pedagang yang ingin mempelbagaikan portfolio, pasaran tenaga mungkin menawarkan peluang untuk meneroka trend harga di luar aset tradisional.

Melalui platform seperti XM, pedagang boleh mengakses komoditi bersama mata wang, indeks dan instrumen lain, sekali gus membolehkan mereka memperluas pendedahan pasaran sambil mempelajari bagaimana kelas aset berbeza bertindak balas dalam tempoh volatiliti.


Kesimpulan: Bersedia Untuk Pergerakan Pasaran Seterusnya

Volatiliti pasaran adalah sebahagian normal daripada dunia kewangan. Berita global, data ekonomi dan perkembangan geopolitik boleh dengan cepat menggerakkan aset seperti Bitcoin, Ethereum dan emas.

Bagi ramai pedagang, tempoh seperti ini memberi peluang untuk memerhati reaksi pasaran serta mengenal pasti potensi momentum, sambil mengasah kemahiran seperti kesedaran pasaran dan membuat keputusan.

Sesetengah platform dibangunkan untuk menyokong pedagang dalam tempoh seperti ini. XM, sebagai contoh, menyediakan kempen perdagangan, promosi serta sumber pendidikan untuk membantu pedagang mempehalusi strategi mereka.

Sempena Ramadan, XM turut menawarkan promosi eksklusif dengan bonus deposit sehingga $52,500 untuk peserta yang layak.

Akhirnya, kejayaan dalam perdagangan kurang bergantung kepada meramal setiap pergerakan pasaran, tetapi lebih kepada persediaan, disiplin dan konsistensi. Kekal mendapatkan maklumat terkini dan belajar daripada tingkah laku pasaran boleh membantu pedagang mengharungi walaupun tempoh pasaran yang paling tidak menentu.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14867
USD / JPY
156.682
GBP / USD
1.33903
USD / CHF
0.82211
USD / CAD
1.39924
EUR / JPY
180.031
AUD / USD
0.71260
Back
Top
Log in Register