BTC USD 83,430.2 Gold USD 4,161.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wuduk Zahir n Batin

Sir745

Fun Poster
Messages
694
Joined
Aug 9, 2011
Messages
694
Reaction score
11
Points
15
Assalamualaikum.
Sekadar Perkongsian Ilmu.
Salah Dan Silap Sila Tegur.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air". Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggota ku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
 
terima kasih di atas info...

pelabur => mati itu amat sakit...
 
peh cuba insyallah..
pe2 pun cara kita utk kusyuk dlm solat...
Allah lebih mengetahui...

tips..
semasa ambik wuduk:-
1. basuh Muka - mintak Allah ampunkan Dosa2 Mata, Mulut dan telinga dan agar diberi perasaan Rendah diri dlm perihal Dunia n Nur diakhirat kelak
2. Basuh tangan - Semoga Dosa2 tangan kanan n kiri diampun dan tambah kebaikkan n kebajikan antara kedua2 nya...
3. semasa kenekan air pada rambut n kepala - Moga Allah Cuci dah hapus kan perkara2 yg x baik dlm otak dan minda kita ... serta permikiran yg kearah kebinasaan
4. Semasa kaki dibasuh - Semoga Allah ampunkan Dosa2 kita ke tempat2 maksiat / lara.. semoga Allah meringan kaki kita ke masjid dan majlis2 ilmu...

insyallah... Tiada lah semudah yg ditulis.. tp niat lah permulaan suatu Hijrah kearah kebaikan...
 
Back
Top
Log in Register