BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell [WTS] Makanan hebat untuk sel-sel otak ~dah ada testimoni~

haqi1611

Active+ Member
Messages
3,920
Joined
Nov 12, 2008
Messages
3,920
Reaction score
18
Points
25
Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda semua pada hari ini suatu yang sangat penting dan kalau boleh cuba luangkan sedikit masa untuk baca coretan saya dan renung-renungkan..


Cuba anda fikir dan bayangkan keadaan diri anda di suatu masa akan datang ….

ADAKAH Anda dapat mengingati hari perkahwinan ANDA atau hari anak anda menerima ijazah (pengijazahan anak anda),
Anda memasuki sebuah bilik tapi malangnya anda lupa APAKAH / KENAPA tujuan anda masuk bilik tersebut,
ADAKAH Anda menghadapi masalah dengan perkataan seharian anda,
DAPATKAH Anda mengingati apa yang telah anda baca,
ADAKAH Anda memerlukan bantuan seseorang untuk membuat senarai barang runcit atau untuk membayar bil ..

Agak menakutkan, betul tak?

Mungkin anda juga prihatin bahawa perkara yang sama boleh terjadi kepada anda dan sesiapa saja di luar sana.

Kini dengan Makanan tambahan untuk sel-sel otak , Memo Plus Gold, anda mempunyai sebab untuk mengharapkan jawapannya..., Tolong teruskan membaca....

Saya dapat membantu ANDA ! Para para bloger sekalian

Untuk maklumat anda semua, Kapsul ingatan super-caj ini akan menggandakan ingatan dan konsentrasi anda pada hari ini juga !

Kajian Penyelidikan di Institut Penyelidikan Pusat Ubat di, Lucknow India menunjukkan bahawa kandungan utama Bacosida A dan B yang diformulakan ini menakjubkan dan ia dapat mempertingkatkan ingatan dan konsentrasi seseorang.

Ia merupakan perlindungan otak yang terbaik dan formula yg menggandakan ingatan buat anda dan anak anda & keluarga anda!

Teruskan membaca lagi...
Saya ingin tanya anda sekali lagi…..

Apabila anda menemui seseorang, adakah anda terlupa namanya sebaik sahaja anda selesai berjabat tangan dengannya?

Didalam minggu ini, berapa kalikah anda telah lupa dimana anda meletakkan gugusan kunci anda?

Adakah anda menghadapi kesulitan dengan perkataan-perkataan yang mudah?

Anda tidak keseorangan!

Berjuta orang berdepan masalah mudah lupa , tapi kini anda boleh melawan kembali dengan formula perlindungan otak yang berkuasa dari produk keluaran Oze iaitu Memo Plus Gold

Cuba ANDA bayangkan SEKARANG

Bagaimana keadaan anda 20 yg tahun lalu.

Tentu ANDA lebih bertenaga.

Minda anda lebih peka.

Sistem tubuh badan anda bekerja dengan efisyen.

Anda rasa hebat.

Sekarang anda boleh hentikan bayangan-bayangan anda itu.

Kerana

Anda boleh alamilah kuasa Memo Plus Gold sendiri

Banyak kajian saintifik di pelbagai institut terkenal telah membuktikan keupayaan Memo Plus Gold. Kajian tersebut telah dilaksanakan oleh antaranya

Institut Penyelidikan Biokimia Wolfson, University College, London.

Swinburne University of Technology, Victoria, Australia.

University of Wollongong, Wollongong, Australia.


Mesti anda nak tahu apa yang hebat sangat dengan herba ini, biar saya terangkan,
Herba Bacopa Monniera atau secara singkatannya lebih dikenali sebagai Brahmi telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan perkembangan ingatan, pembelajaran, konsentrasi dan lain-lain fungsi otak, khasnya bagi mereka yang telah mencapai separuh usia. Ia juga dapat membantu mengurangkan simptom kegelisahan.

BRAHMI2.jpg


Tumbuhan Brahmi ini telah digunakan sejak beratus tahun dahulu dalam perubatan Ayurvedik

Apabila di ambil secara harian, khasiat Memo Plus Gold akan menambah baik keupayaan seseorang antaranya :-

• Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan
• Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
• Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
• Khasiat anti-penuaan dan tindakan antioksidan.
• Kekurangan tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
• Kes AAMI pada warga tua (kehilangan ingatan disebabkan peningkatan usia) dan ADHD pada kanak-kanak ( kanak2 yg hyper active dan juga yang kurang cemerlang dalam pelajaran)
• Memudahkan dan mengaktifkan sel-sel otak ( terutama org2 yg dah tua ).

IMG_9919.jpg


Memo Plus Gold adalah 100% selamat digunakan, tanpa ketagihan dan merupakan ubat herba untuk peningkatan memori secara semulajadi.

Memo Plus Gold boleh digunakan secara selamat untuk memelihara kesihatan dan keseimbangan sistemik otak dan sistem saraf, tanpa ada kesan sampingan.

Bagaimanakah menggunakan Memo Plus Gold?

MEMO PLUS GOLD sangat sesuai untuk semua peringkat usia dan disarankan untuk mereka yang terdedah kepada suasana persekitaran bertekanan tinggi. Ia juga boleh diambil sebagai antioksidan serta makanan tambahan untuk menenangkan minda dan tubuh bagi mereka bagi yang mengalami hipertensi contohnya seperti yg mengalami tekanan darah tinggi.


Cara Penggunaan –Dos
Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan

Dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan.

Berapa lamakah baru saya dapat merasai kesannya?

Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara. Selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.

Berapa lamakah ia dapat bertahan?

Satu kotak Memo Plus Gold mengandungi 60 kapsul dan mampu bertahan untuk 2 bulan bagi kanak-kanak dan 1 bulan bagi orang dewasa.

• Bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi pengedar/wakil jualan , boleh lah hubungi saya kerana kami amat mengalu-alukan anda sebagai pengedar kerana produk ini sekarang sedang mendapat sambutan panas di pasaran .

Akhir sekali dari saya
( Bebaskan kuasa penumpuan yang terpendam sekian lama dalam diri anda, sekarang! )
Tunggu apa lagi, dapatkan lah sekarang Memo Plus Gold.

Kami cabar anda di luar sana untuk mengambil memo plus gold , ia pasti berkesan selepas 3 bulan anda mengambil dan anda akan merasai perubahannya . Dapatkan sekarang !

1 kotak = rm50.00 sahaja.
 
Last edited:
Soal Jawab Mengenai MEMOPLUS GOLD

Assalamualaikum wbt.


Dibawah ini adalah soal jawab mengenai Memo Plus Gold untuk menjelaskan pertanyaan anda tentang Memo Plus Gold.



Soal Jawab Mengenai
Memo Plus Gold

1. Apakah herba yang terdapat di dalam Memo Plus
Gold dan fungsinya?

Herba yang terdapat di dalam Memo Plus Gold dinamakan Bacopa Monniera atau Brahmi di dalam system perubatan ayuverda. Ia merupakan persediaan herba yang dapat meransang otak untuk menjadi lebih tajam dan
menolong proses merehatkan otak dari sebarang tekanan.

2. Siapakah yang boleh mengambil Memo Plus Gold ?
Kerana herba semulajadi bertindak lembut pada tubuh manusia, maka sesiapa saja tak kira umur dan jantina boleh mengambilnya. Seseorang itu boleh mengambil Memo Plus Gold kerana dia menghidap AAMI @ ADHD kerana kajian klinikal telah membuktikan keberkesanannya terhadap penyakit berikut.

3. Adakah Memo Plus Gold mempunyai kesan sampingan ?
Tidak ada.

4. Apakah yang faedah kepada badan dan minda saya apabila saya makan
Memo Plus Gold ini ?
Herba di dalam memo plus gold dapat membantu menenangkan perasaan
khususnya bagi yang selalu merasa resah tanpa sebab, kanak-kanak dengan
sipmtom hyperactive dan kurang tumpuan. Selain itu ia dapat membantu
meningkatkan fungsi otak seperti mencergas dan menajamkan otak agar dapat
berfikir dengan baik serta tumpuan yang penuh dalam pembelajaran.
Ia juga amat penting dalam meningkatkan daya ingatan terutama bagi warga tua
dan juga dapat mengurangkan masa pembelajaran.

5. Berapa lama yang diperlukan bagi melihat keberkesanan Memo Plus Gold ini ?
Ubat herba menolong menyelesaikan masalah pesakit bermula dari akar umbi
seterusnya menyembuhkannya. Ia memberi kesan penyembuhan jangka panjang.
Jadi seperti herba lain Memo Plus Gold mengambil masa dari 3 ke 4 minggu
untuk menunjukkan kesan positif tersebut. Tapi ianya bergantung kepada setiap
individu dan keseriusan penyakit mereka.

6. Bagaimana cara untuk makan memo plus gold ini dan berapa harganya ?
Memo Plus gold di datangkan dalam bentuk kotak dengan harga RM50 sahaja.
Terdapat 60 biji kapsul di dalam setiap kotak dan ia cukup untuk sebulan bagi
orang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun cukup
untuk 2 bulan. Orang dewasa perlu mengambil 1 biji kapsul 2 kali sehari selepas makan manakala kanak-kanak perlu mengambil 1 biji kapsul sahaja sehari selepas
makan.

7. Adakah pantang yang harus dipatuhi ?
Tidak ada. Anda hanya perlu makan Memo Plus Gold ini secara berterusan selama
3 bulan bagi mendapat kesan yang maksimum. Dan pastikan anda makan 3 jam
sebelum tidur.

8. Adakah apa-apa kajian yang pernah dijalankan bagi menunjukkan
keberkesanan fungsi Memo Plus Gold ini ?
Ya. Terdapat banyak kajian yang di jalankan ke atas Bacopa Monniera yang
digunakan di dalam Memo Plus Gold dan ia menunjukkan herba ini dapat
mengurangkan masalah lupa dan menajamkan fikiran. Satu kajian telah
dijalankan terhadap 76 orang dewasa berumur 40 hingga 65 tahun menunjukkan
pengurangan kepada sifat lupa itu. Malahan mereka semakin cergas dalam
kehidupan seharian.

9. Adakah testimony dari pengguna yang dapat menyokong kata-kata anda
tentang Memo Plus Gold ini ?
Tentu sekali. Saya akan berikan anda 3 testimoni untuk menyokong pernyataan
yang telah saya berikan tadi. Dan dua testimoni ni turut akan membuktikan
bahawa semua golongan sesuai untuk mengambil Memo Plus Gold ini.
 
Mengasah Daya Ingatan Dan Hafalan

Kebolehan manusia menjadi kuat atau lemah dengan selalu menggunakan atau mengabaikannya. Ibarat seperti pisau kalau diasah selalu ia akan menjadi tajam. Kalau diabaikan, lama-kelamaan ia akan tumpul dan berkarat. Begitulah dengan daya ingatan manusia. Adalah menjadi kebiasaan ulama' - ulama' dahulu menghafal 6,666 ayat Al-Quran dan menghafal 10,000 hingga 100,000 hadis.

Apakah rahsia mereka ? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berusaha mengasah dan menajamkan daya hafalan mereka sedari kecil lagi. Sekitar usia tujuh tahun mereka mula menhafaz Al-Quran dan dapat menghafaz keseluruhan pada usia 11 atau 12 tahun. Selepas itu mereka mula menghafaz puluhan ribu hadis, tafsir, nahu, sharaf, mantiq dan sebagainya. Imam Muhammad Husaini Az-Zibaidi telah menghafaz 4 jilid kitab Ihya' Ulumuddin yang mengandungi sekitar 4,000 muka surat serta puluhan kitab lain. Imam Ahmad bi Hanbal pula menghafaz 1,000,000 hadis.

Manusia pada zaman silam sukar untuk memperolehi buku kerana harga buku mahal dan jarang sekali orang yang mampu membelinya. Jadi mereka terpaksa memperolehi ilmu dengan jalan menghafal. Akitiviti menghafal ini mereka lakukan pada setiap hari selama bertahun-tahun.

Daya ingatan manusia pada masa kini semakin lemah kerana kewujudan mesin-mesin pencetak menyebabkan buku boleh dijual dengan harga yang murah. Manusia tidak lagi menjadikan menghafaz sebagai aktiviti harian mereka. Segala-galanya mudah. Ilmu dan maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis ; akhbar, majalah, buku, telefon, televisyen, komputer dan lain-lain. Kini manusia tidak lagi bergantung kepada hafalan untuk memperolehi ilmu. Ilmu orang dahulu disimpan di dalam otak, manakala ilmu orang sekarang disimpan di dalam kitab. Apabila kebolehan menghafal diabaikan, lama-kelamaan memori kita menjadi tumpul. Sejarah menjadi saksi dan bukti kepada kekuatan daya ingatan yang luar biasa umat terdahulu.

Orang buta mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding dengan orang-orang biasa atau orang pekak dan bisu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk memperolehi ilmu dan maklumat kecuali dengan mendengar kemudian mengingatinya di dalam hati. Mereka tidak dapat memperolehinya melalui penglihatan mahu pun pembacaan (kecuali segelintir yang mengetahui tulisan Braille). Daya ingatan mereka terasah dengan sendirinya tanpa disedari. Lama-kelamaan mereka memiliki daya ingatan yang kuat. Sesetengah daripada mereka mampu mengingati beberapa langkah yang diperlukan untuk berjalan ke kantin, dapur dan stesen bas. Inilah rahsia orang buta yang perlu diselami.

Sekolah-sekolah pondok di Malaysia dan Indonesia masih lagi mempraktiskan sistem pendidikan tradisional yang sangat menekan hafalan. Pelajar-pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab tertentu secara keseluruhannya. Sudah lumrah, pelajar-pelajar ini dapat menghafaz keseluruhan kitab Matan Ajrumiah, Matan Qatrun Nada, Matan Al-Fiah dan kitab-kitab dalam pelbagai bidang seperti nahu, sharaf, fiqh, tasawwuf, hadis dan tafsir. Begitu juga pelajar-pelajar sekolah menengah agama kelolaan jabatan-jabatn agama negeri yang banyak menghafal, Ingatan mereka ternyata lebih baik berbanding dengan rakan-rakan dari sekolah menengah biasa.

Untuk mendapatkan kekuatan hafazan, mulai hari ini anda boleh mula menghafaz:

Surah-surah Al-Quran yang lazim dibaca.
Hadis-hadis.
Kata-kata hikmah dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.
Peribahasa.
Sajak-sajak bermutu.
Perbendaharaan kata bahasa Ingeris, Pernacis, Mandarin, Melayu dan sebagainya.
Isi-isi penting sesuatu berita akhbar, rencana dan subjek untuk peperiksaan.
Rangkaikata-rangkaikata yang menrik dalam sesebuah artikel.
Istilah-istilah agama, komputer, ekonomi, undang-undang, psikologi dan sebagainya.
Nama anak-anak jiran, rakan dan saudara - mara.
Tarikh lahir anak-anak, anak-anak saudara dan anak-anak kenalan istimewa.
Nombor telefon yang agak kerap digunakan.
Nama-nama kementerian bersama menterinya.
Nama-nama pekerja di tempat anda bekerja.

Jadikan mengahafl sebagai kegiatan harian yang wajib bagi anda. Namun anda mestilah faham terlebih dahulu tetntang apa yang ingin dihafal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk aktiviti menghafal. Lebih lama masa yang diperuntukkan untuk mengasah hafalan, semakin tajamlah daya ingatan anda. Kalau anda benar-benar serius, berusngguh-sungguh dan konsisten terhadap amalan ini, tidak mustahil anda akan berupaya MENGHAFAL SEBUAH BUKU SELENGKAPNYA. Anda akan mampu menghafal setiap muka surat, perenggan dan ayat di dalam sesebuah buku. Ianya bukan mustahil.

Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang pentingnya, anda mesti bertindak. Berlatihlah menghafal pada setaip hari. Kembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri anda. Supaya minat anda bertambah, apa yang hendak dihafal, biarlah sesuai dengan pekerjaan, minat, kecenderungan dan hobi anda. Kalau anda pelajar sekolah, hafallah isi-isi penting sesuatu subjek. Kalau anda ingin meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris, bacalah akhbar atau artikel berbahasa Inggeris sambil menyemak dan menghafal erti perkataan yang tidak diketahui. Kalau anda seorang imam, hafallah surah-surah Al-Quran. Kalau anda seorang penyajak, hafallah sajak-sajak bermutu oleh penyajak terkenal. Kalau anda seorang pensyarah, hafallah istilah-istilah penting di luar bidang anda seperti istilah-istilah undang-undang, ekonomi, agama, perkomputeran dan sebagainya.
 
Last edited:
senarai pembeli & track pos laju

30/9/2010
adar 3 kotak - en270691921my pos laju01-Oct-2010 16:33 Item successfully delivered
loneleonine89 1 kotak - en270691881my pos laju01-Oct-2010 10:32 Item successfully delivered

1/10/2010
sweezer 3 kotak -en270691847my pos laju04-Oct-2010 14:10 Item successfully delivered
kubung_man 2 kotak -en270691846my pos laju04-Oct-2010 15:16 Item successfully delivered
kelisa69 2 kotak -en287494364my pos laju05-Oct-2010 13:51 Item successfully delivered

4/10/2010
lapurpo1628 3 kotak -en287494381my pos laju05-Oct-2010 12:515 Item successfully delivered


5/10/2010
bboy_im 1 kotak -en287435468my pos laju06-Oct-2010 12:42 Item successfully delivered

7/10/2010
ani_oku 1 kotak - en422376030my pos laju09-Oct-2010 14:50 Item successfully delivered
okanetime 1 kotak - en422376491my pos laju09-Oct-2010 12:35 Item successfully delivered

13/10/2010
SUPER-consious-MIND 1 kotak - en422376474my pos laju14-Oct-2010 15:45 Item successfully delivered
klleman 3 kotak - en422376488my pos laju15-Oct-2010 11:49 Item successfully delivered

18/10/2010
wan9551 1 kotak - en435566004my pos laju19-Oct-2010 10:26 Item successfully delivered

20/10/2010
***dirahsiakan*** 6 kotak - en435566021my pos laju22-Oct-2010 09:50 Item successfully delivered
 
Last edited:
Testimoni

30272_1377819679842_1062368142_31139616_4915810_n.jpg


Nama : En Mohd Azuan B. Kamaruzaman ( T: 016-287 6400)
Alamat : Tmn Sentosa, Klang, Selangor.

Beliau terlibat dalam kemalangan antara motosikal dan lori pada tahun 2006. Akibatnya beliau mendapat kecederaan pada otak sebelah kiri dan menyebabkan badan sebelah kanan tak dapat berfungsi serta kehilangan ingatan. Terlantar di Hospital Klang selama 2 tahun dan puas berubat serta berurut tetapi masih tidak dapat berjalan dengan baik. Kemudian diperkenalkan kepada Memo Plus Gold dan setelah 3 bulan perubahan mula nampak. Sudah boleh berjalan tanpa sokongan dan teringat untuk menaiki motosikal walaupun kemudiannya jatuh. Memo Plus Gold telah memberi harapan kepada mereka sekeluarga untuk melihat beliau pulih kembali.

========================================================================================================================================================

30272_1377817999800_1062368142_31139613_1211691_n.jpg


Nama : Adik Mohd Izul Afik Bin Zulkifli (013-5200475)
Alamat : Pasir Putih, Ipoh.


Adik Afik terlibat dengan kemalangan, dan mengalami kecerderaan di otak sebelah kiri dan menyebabkan badan sebelah kanan tidak boleh bergerak. Setelah mengambil Memoplus Gold kurang dari 2 minggu , bapa beliau memaklumkan beliau sudah boleh menggerakan tangan beliau dan sekarang adik Afik sudah boleh mengangkat tangan dan berdiri. Sangat mengagumkan dan bapa beliau dan seluruh keluarga sangat gembira.

========================================================================================================================================================

Nama : Nizarudin Md Arif (019-2767660)

Tempat : Damansara

“Dulu saya mengalami masalah resdung dan migrain yang teruk. Sejak mengamalkan Memo Plus Gold bermula Mac 2008 sehinggalah sekarang, saya tidak lagi mengalami serangan migrain walaupun kurang tidur. Saya tidak merasa letih, rasa lebih cergas dan bertenaga serta minda lebih cerdas. Masalah resdung juga semakin terkawal dan berkurangan. Saya sangat menggalakkan pengidap-pengidap migraine untuk mencubanya kerana saya amat yakin dengan keberkesanannya. Memo plus gold telah mengubah hidup saya”

========================================================================================================================================================

TESTIMONI - MEMOPLUS GOLD

SMS YG DITERIMA PADA 5.10.2010

Daripada - Pn.Miza, Kg.Sungai Pancing Kuantan Pahang. 014- 822 0044

2 orang anak saya telah menggunakan Memoplus Gold hampir 6 bulan, setelah peperiksaan pertengahan tahun memunjukkan peningkatan markah dalam peperiksaan mereka di mana tak pernah dapat A dan dah berjaya dapatkan A. Mereka juga mampu selesaikan kerja kerja sekolah tanpa merujuk pada kawan kawan atau bahan lain. Setelah mengamalkan Memoplus Gold dan hari ni anak anak saya sedang menduduki peperiksaan PMR. Semoga dia berjaya menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik dan saya mendoakan yg terbaik untuk anak saya. Terima Kasih Memoplus.​
 
Last edited:
nak 3 kotak. PM harga dan kos pos laju dan no akaun.
 
Back
Top
Log in Register