Salam....
Sekadar menolong member yang nak let go
iPad Mini 32GB hadiah yang dia dapat masa lucky draw malam semalam.
Barang masih dalam keadaan baru, dia sendiri just bukak kotak je, ipad tu pun dia tak turn on lagi. Ada warranty setahun dari Senheng. Let's say kalau rosak, boleh mintak tukar terus untuk unit yg baru di semua cawangan senheng kat Malaysia ni dalam tempoh setahun bermula dari 20 September 2013. Resit ori akan dikepilkan sekali.
Kapasiti 32GB, model ni yang ada wifi saja, kaler putih. Usia barang memang dalam 2 hari je sebab menurut resit yg dikepilkan sekali dalam kotak tu, iPad ni dibeli di Senheng pada 20 September 2013 (Jumaat hari tu) jam 18:25.
Kalau ikut harga kat resit tu, RM1299.
Tapi dia nak let go RM1000 saja. Boleh COD atau postage (nak postage tambah RM12).
Selain iPad, ada jugak disertakan sekali dengan voucher rebat barang letrik RM24 dan voucher diskaun RM50 untuk pembelian sup sarang burung apa benda ntah kat senheng. Tapi kedua-dua voucher ni hanya boleh digunakan start bulan November nanti. Original box, lightning to usb connector dan power socket juga ada sekali.
Reason nak jual, si member ni dah ada iPad 3 yang obviously lagi superb dari mini ni, dan dia tak ada keperluan untuk nak pakai lagi sebijik ipad sebab yg ada pun dia jarang pakai

)
Kalau berminat, boleh PM terus. Harga tu rasanya dah ok sangat. Harga 1K tu asalnya hanya boleh dapat iPad mini yang 16GB saja. Tapi dengan harga yang sama (RM1K), korang boleh dapat ipad mini yang dua kali ganda kapasiti storage dia, 32GB.