BTC USD 84,007.1 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[WTS] Custom CryptoCurrency Mining Machine | CryptoCurrency Development| Education

Terbaik la tuan. Semoga bisnes diberkati dan terus maju jaya! :)
 
Terima kasih tuan, semoga tuan pun diberkati dan berjaya dalam kehidupan:)

tuan, ada org ajak sy join coinspace.. boleh percaya ke tu?

mcm kena cari downline je
 
tuan, ada org ajak sy join coinspace.. boleh percaya ke tu?

mcm kena cari downline je

Kalau tanya pendapat saya secara peribadi, mengarut tu. Kalau google je coinspace scam,macam-macam keluar.
 
otai bitcoin kat malaysia pun dah resign. dulu aktif kat sini.
 
untuk ke mining? berapa roi?

Insyallah kena gaya memang boleh untung, tapi bukan mining bitcoin la, alts banyak. Sebab itu TT sanggup keluar modal bina mesin mining.

Bagi saya tiada istilah "otai bitcoin malaysia". Mereka-mereka yang aktif kat sini dulu suatu masa dulu sebab kurang berilmu dan pendedahan kerana percaya awan-awan mining tu semua tanpa kaji selidik. Sudah nasihat tapi tetap tak boleh terima. Terima la padahnya beserta pengalaman.
 
Last edited:
untuk ke mining? berapa roi?

Kalau cerita pasal untung ni takde jaminan tuan, bagi saya cryptocurrency mining ni adalah perniagaan, yang penting kita dah jaga risk management kita betul-betul dan dah buat range projection betul-betul.

Cerita pasal bitcoin waktu 2009, sapa percaya, semua kata benda ni gila, orang sibuk macam-macam money game investment sampai ada yang terduduk disebabkan pelbagai sebab, company kena raid la, owner money game lari la. Sekarang ni banyak dah cara untuk invest sendiri, belajar sendiri, bagi saya yang penting adalah ilmu tu , sebab dengan ilmu boleh buat macam-macam lagi, invest duit dalam ilmu, insyaAllah :D
 
Back
Top
Log in Register