BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell wts--> cincin zamrud

rarely_rich

Fun Poster
Messages
151
Joined
Aug 6, 2010
Messages
151
Reaction score
0
Points
10
Sebentuk cincin silver buatan indonesia yang bertatahkan mustika zamrud berkhodam alam utk dimaharkan yang insyaallah mempunyai fungsi-fungsi ini :-
- kharisma tingkat tinggi
- proteksi dari santet(sihir),guna-guna dan seumpamanya
- pemancar aura
- pembooster stamina dan rasa percaya diri
- kemudahan dalam tutur kata yang pantas dan membawa suasana hangat dan penuh kekeluargaan.
- banyak lagi termasuk aura dari batunya sendiri yang menyerap tenaga alam dengan sempurna.

cara penjagaan yg cukup mudah hanya di oleskan minyak kasturi putih atau minyak zafaron.

maharnya cuma RM1000 (maaf jika harganya agak mahal kerana harga asalnya adalah RM1500 dan manfaatnya insyaallah lebih dari nilai tersebut.
di /B]


FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.
 
Last edited:
'berkhodam alam'...??? ada khadam ke cincin ni???
*aku hanya berwalikan ALLAH dlm ubudiyah dan minta tolong.
 
mmg minat dgn cincin zamrud..tp belom ckup ongkos lg...
 
perantauan--> tq
is integra--> sila baca yg tulisan yg merah tu supaya jelas dan tak salah faham..tq
sirap--> sila pm....hehe..

ok..cincin dan batu ni saya dpt dari indonesia..berkhodam alam tu maksudnya terdapat penghuni@makhluk ghaib yg menempati batu tu..bukannya di isikan kedalam batu..insyaallah semua dengan izin Allah..bagi mereka2 yg mmg arif atau minat dengan hal2 mistik nie mmg faham la bab2 ni..
jadi saya ingin maharkan pada siapa2 yg berminat dan moga dpt membantu peminat zamrud itu sendiri dan juga mereka yg memerlukan sesuatu sebagai perantaraan..jgn luper semua atas izin Allah..jgn sampai kita syirik..dan batu zamrud itu sendiri dari jenis terbaik yg menyerap energi alam dengan sempurna dan insyaallah auranya bagus..
saya ada koleksi peribadi yg lain that y saya nak jual yg nie..tq

p/s: share sedikit story..beberapa bulan lalu ada seseorang yg kirimkan sihir kepada saya kerana cemburu,biasalah org melayu..org lebih skit je mula main sihir2..tapi alhamdulilah..dgn izin Allah sihir tersebut tidak mengenai saya..
 
Last edited:
batu cincin zamrud memang ada auranya...
cuma nilai batu itu sendiri yg berbeza...
kalau ada duit lebih memang aku sambar tapi nak batu zamrud je...hehehe
 
pencintanya--> maaf saya tidak pasti..tapi terdapat serat2 mineral didalamnya..kisahnya batu ini ditarik ke alam kita..
arul57--> silakan..sambar..harga bisa bincang di pm jika berminat
 
Back
Top
Log in Register