BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WTA - Microwave ape yg bagus ?

bagi aku, microwave guna utk perangat makanan je..cepat
nak cepat cairkan ayam beku..itu je
tapi yg ada combi mode, boleh buat mcm2..
bakar ikan, bakar ayam, bakar kek mcm oven panas biasa(convection)
disamping guna mcm microwaveoven biasa jgk.
tu pengalaman aku lh gna LG tu..

Setakat ni saya pakai ok je. AGak berpuas hati la jugak. Jarang guna. Dalam seminggu tu adalah dua kali macam tu je. Guna pun sebab nak perangat lauk, pizza, kuih apa segala. Masa bulan puasa dulu je tetiba kerap pulak guna, perangat lauk masa sahur dgn time berbuka. :D

Serious sgt senang nk perangat lauk pakai microwave sbb boleh pakai apa2 jenis bekas dgn syarat bekas tu bukan dibuat dari besi atau aluminium. Dua minit je selalunya masa diambik untuk perangat lauk.

Satu lagi microwave ni pun kita boleh memasak makanan yg 'heavy duty' sebenarnya macam tumis sambal, masak kari, masak nasik etc etc. Masa memula dpt microwave ni hari tu, pernah try masak sambal sardin, nasik goreng dgn sup campor dlm tu, eh rasa boleh tahan. Mcm takde beza pun dgn masak atas dapo gas. Sangat sesuai digunakan sebagai bekap bila kehabisan gas kat dapo... :))

Tuan dah ada oven ke? Kalau dah ada oven yg biasa tu, rasanya beli microvave yg stand alone pun dah cun sgt dah. Tanya org rumah, dia nk pakai microwave ni untuk buat apa. Kalau setakat nk perangat lauk, beli yg biasa pun ok. Yg byk fungsi ni selalunya mahal lagi. Jimat pun jimat... :)cgrock

Yg kukus, grill, panggang mcm masterchef tu mahal tuan, kalo tak salah saya tgk dulu nak dekat 3K kat Senheng! Pitam bangun balik pun mmg takkan beli punya. Huhuhu...


tadi baru usha 1 kedai ni sebab kebetulan lalu depan kedai letrik
errrkk mcm xboleh dapat je bajet rm500 microwave+oven...bajet tu boleh dapat microwave yg ada function grill tu je

kalo nak microwave+oven at least seribu lebih gak

~X( ~X( ~X( ~X(
 
Back
Top
Log in Register