BTC USD 83,504.1 Gold USD 4,149.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WT Share: AJARAN - AJARAN SESAT !!! ALERT !!!

Emm...tak banyak jugaklah..tapi dengan Rasul Dahri sekali je cuma dengan anak muridnya berlambak dan bersepah kat JB ni...

Maksud saya hujjahnya sama macam orang2 dulu tu yelah taksub. Taksub pada satu pendapat sahaja. Dia terlalu menggagungkan pendapat "kononnya" itu pendapat Muhammad bin Abdul Wahab, atau Ibnu Taimiyyah dan lain2. Bila kita mintak hujjah kenapa mereka berpendapat yang maulid Nabi tak boleh dan bid`ah? dia akan cakap Nabi tak buat dan Nabi tak suruh kita sambut harijadi baginda...pendek kata sama ajelah..

Secara peribadinye..saya dah baca beberapa buah buku perdebatan diantara Habib Malik dan ulama2 Wahabi di Saudi..kebanyakannya apa yang dapat difahami, Muhammad bin Abdul Wahab ni hanya memberi fatwa sahaja.

Sebagai contohlah, wahabi berpendapat yang ziarah kubur tak boleh dan haram bid`ah katanya, tapi sebenarnya fatwa tersebut dikeluarkan olehnya adalah bersesuaian dengan waqi` dan zuruf (suasana dan keadaan) hidup Muhammad bin Abd Wahab pada zaman tu. sebab pada zaman tersebut wujud golongan manusia yang mendewa2kan kubur2 wali atau yang dianggap wali, jadi fatwanya hanya untuk menakutkan jenis orang2 tersebut dari terjebak kepada syirik. Tapi kini ia tidak lagi. Manusia sekarang dah faham kubur adalah kubur..takde maksud apa2 hanya menziarahi atas dasar memperingati dan berdoa. Jadi fatwa tersebut sudah mansukh dengan nas yang lebih kuat dan terang kini.

Itulah diantara maksud saya hujjah dan fatwa serta pendapat yang lapuk digunakan..sedangkan fatwa hanyalah hukum Zonni dan Muqayyad bukan Qath`ie.

Kalau anda nak tau,kat JB ni Wahabi banyak pecahan. Muhammadiyah, Ansarus Sunnah, Ansarul Quran dan lain2. Setiap group ada ketua masing2. Bagaikan setangkai tak berbau.

nak tau. nak tau... :D

hm... apa kata bro share "sikit" pengalaman sewaktu berjumpa dengan mereka tu :)

:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register