WT Share: AJARAN - AJARAN SESAT !!! ALERT !!!

CG Sponsors




ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Kategori : Akidah
Tajuk : Fatwa Tentang Ajaran Azhar Wahab
Isu :
Fatwa :

Dari segi Akidah :

(1) Mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)

(2) Menggunakan ‘Tawassul’ iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata “Ya Allah dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkan penyakit si pulan .....”.

(3) Mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau ‘wali Allah’. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.

(4) Berbai’ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.

(5) Memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah dari guru. Memakan ais ini simbol kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan.

(6) Mempunyai bala tentera dam kapal terbang ghaib.

(7) Mempunyai masjid jin di Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Sentubung di Sarawak.

(8) Mengetahui pergerakan orang yang mengintip setiap aktivitinya.

(9) Mempunyai pengawal dari golongan jin.

(10) Menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat pengikutnya.

(11) Percaya dengan khurafat seperti :

(i) Semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri Al-Mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. Beliau amat percaya dengan telahan di kalangan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta beliau menaiki belakangnya kerana beliau berketurunan ‘raja’.

(ii) Tabib dan tabibah diarah menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.


(iii) Menggunakan setanggi untuk diasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi, di samping itu memberi salam kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Khaidir dan Azhar sendiri. Amalan ini dilakukan setiap hari sebelum memulakan perniagaan atau membuka perniagaan.


Dari segi syariat :

(1) Mana-mana ahli yang didapati bersalah dan jika dapat dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan ‘dam’ sama ada dalam bentuk wang atau harta benda.

(2) Solat waktu sentiasa dijamakkan.

(3) Menyampaikan perjuangan agama seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah S.A.W. dan mendakwa penubuhan syarikatnya juga adalah seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah S.A.W. iaitu berniaga untuk mengembangkan Islam.

(4) Apa sahaja yang dibawa oleh Azhar bin Wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keputusan dan arahannya.

(5) Azhar bin Wahab selalu tidak sembahyang Jumaat.


Dari segi Akhlak ::

(1) Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang Al-Quran. Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj. Illias bin Hj. Yusuf (dimajlis pertemuan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002 lalu).

(2) Boleh memberi ‘barakah’ dan ‘syafaat’ kepada anak muridnya.

(3) Ada keberkatan kerana boleh menarik duit para pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebanyak mana yang mereka ada.

(4) Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti wali Allah.

(5) Boleh ke mana-mana dengan serta merta termasuk ke China dan ke Mekah.

(6) Menggugut ahli agar jangan derhaka kepadanya nanti tidak mendapat karamah.

(7) Mewajibkan ahli agar tidak bercampur-gaul dengan masyarakat.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U.16

Tarikh Pewartaan :
7 Oktober 2004

--------------------------------------------------------------
Asalnya saya terbaca flyers yang dikeluarkan oleh JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR.

Bila saya tanya pakcik google, saya jumpa ni:


dan saya juga jumpa ni:



Saya silap, tolong tegur saya ye :)

[update]

Ajaran pesong akidah ni takkan pernah berhenti sampai bila2. Ini adalah bukti bahawa ilmu dan iman manusia Islam sudah sangat rapuh dan mudah dilentur. Kalaulah benar Islam di Malaysia ini sudah kukuh bertapak di hati setiap seorang individu yang bergelar muslim maka takkan ada mereka yang memiliki "standard" yang tinggi dalam kelulusan dengan mudah dipengaruhi...

Hatta pengikut ayahpin pun ramai yang alim2 ilmu...itupun masih terpengaruh...macamana pulak kita ni ye...

Teringat saya pada kisah Bal`am bin Ba`ura yang digelarkan sebagai "ulama anjing" oleh Allah dan disebutkan dalam al-Quran dengan firmanNya:

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ الذِي آتَينَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنهَا فَأَتبَعَهُ الشَّيطَانُ فَكَانَ مِنَ الغَاوِين * وَلَو شِئنَا لَرَفعنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أخلَدَ إلىَ الأرضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فََمَثَلَهُُ كَمَثَلِ الكَلبِ أن تَحمِلْ عَلَيهِ يَلهَثْ أو تَتُركْهُ يَلهَث ذَلِكَ مَثَلُ القَومِ الذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقصُصِ القِصَصَ لَعَلَّهُم َيتَفَكَّرُون * سَآءَ مَثَلاً القَومُ الذِينَ كَذَّبُوا بآياتِنَا وَأنفُسَهُم كَانوُا يَظلِمُون * مَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ الُمهتَد وَمَن يُضلِل فَاُولَئِكَ هُمُ الخَاسِرُون

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka berita tentang orang yang Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan dirinya daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami hendak, pasti Kami akan tinggikan (darjat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya. Dia diumpamakan seperti anjing. Jika kamu menghalaunya dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya tetap ia menjelirkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kepada mereka tentang kisah tersebut agar mereka dapat berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah (kerana keingkarannya) maka merekalah orang-orang rugi."

Para ulama tafsir menyatakan bahawa kisah ayat ini menceritakan tentang seorang alim Yahudi yang memiliki kedudukan tinggi dalam keilmuannya. Dia menerima ilmu dari Nabi Musa a.s dan dia menguasai ilmu rahsia al-Kitab yang dikenali dengan Asma`ul A`azam (nama-nama kebesaran Allah). Dengannya, doanya akan diangkat oleh Allah pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang dia kehendaki. Namun, setelah Musa mengutusnya ke satu kaum untuk menyeru mereka kepada ketauhidan Allah yang Esa, dia diuji dengan harta, perempuan dan kedudukan. Lalu dia turutkan kehendak nafsunya terhadap fitnah duniawi dan meninggalkan agama yang Haq, akhirnya dia menjadi kafir dan dia diumpamakan oleh Allah sebagai anjing yang hina.

Apa yang membuatkan seseorang individu itu mudah terpengaruh dengan seseorang meskipun mereka memiliki ilmu yang tinggi dalam agama?

Yang biasa kita nampak dan mudah dinilai adalah:

1. Ilmu yang tidak meresap ke dalam hati sanubari. Ibarat seseorang yang bersolat zahirnya tapi hatinya sedang memikirkan urusan dunia. Dipekuatkan lagi dengan kejahilan atau tak ambil endah tentang bacaan makna dan maksud bacaan solat itu sendiri, sedangkan solat mampu mencegah dari melakukan kemungkaran dan fasad, namun ia tetap tidak berhasil mempengaruhi zahir dan batin manusia Islam. Benarlah firman Allah s.w.t:

ولا تقربوا الصلاة وانتم سكارى

"Jangan kamu mendirikan solat sedang kamu berkeadaan mabuk"

Jika kita mengambil maksudnya dan diselaraskan dengan zaman sekarang maka Mabuk di dalam ayat ini dalam erikata lalai dan tak sedarkan diri. Inilah kekuatan al-Quran yang sentiasa relevan pada setiap zaman.zaman mengikut al-Quran bukan al-Quran mengikut zaman.

2. Kesopanan yang ditonjolkan oleh "[email protected]" kumpulan tersebut. Ini biasa berlaku. Manusia akan mudah terpesona dengan tutur kata yang indah. Dari itu kita wajib mengetahui perbezaan diantara Akhlak dan Adab.

3. Sihir. Ini juga mampu mempengaruhi manusia kerana mereka beranggapan bahawa itu adalah karamah dan ilmu Asma`ul A`azam. Bahkan isteri Nabi Aisyah r.a pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang seorang (bomoh) yang tahu apa yang sedang berlaku dan telah berlaku di hujung kampung, maka Nabi membalas dengan sabdanya: "Itu adalah kerja2 jin"

4. Akal yang tak mampu berfungsi dengan baik..

***Semoga Allah melindungi kita umat islam tanpa terkecuali dari dipengaruhi oleh anasir2 jahat di dunia ini...


[UPDATE]


 
Last edited:
Sponsored Post

viper207

Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,590
Reaction score
54
Points
70
Aurad Muhammadiah bukan Al-Arqam ker??:-?:-?
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,015
Reaction score
209
Points
133
Ada banyak ajaran yg dah difatwakan sesat oleh pihak berkenaan di semua negeri. Ni hanya salah satu...
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Sabda Rasulullah: "Umatku akan berpecah menjadi 73 puak, hanya satu puak yang terselamat, manakala yang lain semuanya binasa",
 

lighter

Fun Poster
Joined
Aug 30, 2007
Messages
644
Reaction score
3
Points
15
sebab tu kena baca fatihah tiap2 hari, semoga diberi petunjuk oleh Allah ke jalan yang benar, aminnnnnnn
 

insyi©

CG Top Poster Club
Joined
Mar 1, 2008
Messages
28,101
Reaction score
177
Points
123
al-mansur tu...yg ada bekam2 tu kan?

ada tirai kuning tempat bekam...kat econsave ada satu lot al-mansur ni
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
sapa la yang bengong sgt ikut ajaran nih...
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Sponsored Post
Top
Log in Register