BTC USD 82,559.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WOW! Hebatnya plan ni...

Fatwa ‘nenek ekor’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]

TAK MALU... Mak Tum mencatatkan nombor pertaruhan <br>di kedai ekor.
TAK MALU... Mak Tum mencatatkan nombor pertaruhan
di kedai ekor.

KUALA LUMPUR: Ketagihan yang tidak boleh disekat menyebabkan seorang wanita warga emas layak digelar ‘nenek ekor’ berikutan gagal mengawal kegilaannya bertaruh nombor ekor sejak lebih 10 tahun lalu.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Tum, 63, mendakwa minatnya bertaruh nombor ekor menyebabkan dia sanggup menghabiskan sekurang-kurangnya RM100 sebulan ‘menikam’ nombor ekor.

Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam, namun bertaruh nombor ekor atau empat digit dianggapnya mempunyai tarikan luar biasa hingga menyebabkan dia sukar berhenti.

Wanita terbabit mendakwa pernah dinasihatkan berhenti dari tabiat buruk itu, namun dia hanya mampu bertahan dua minggu sebelum menjengah semua ke kedai nombor ekor untuk mencuba nasib.





“Mak cik mula terjebak dengan benda ni sejak diajar bekas suami kedua mak cik yang juga kaki nombor ekor,” katanya ketika ditemui selepas membeli nombor ekor di Lorong Haji Taib di sini, semalam.

Dia yang tidak segan silu membeli nombor ekor dalam keadaan memakai baju kurung dan bertudung mendakwa diajar selok-belok mengisi kertas taruhan dan membeli nombor ekor di kaunter kedai..

“Mulanya mak cik ragu-ragu, namun suami selalu bernasib baik dan ‘kena’ hadiah menyebabkan mak cik turut tertarik untuk mencuba. Walaupun hanya pernah beberapa kali berjaya dalam tempoh 10 tahun, namun ia bagaikan hobi berhantu dan sukar dikikis.

“Hampir setiap minggu mak cik akan mencuba nasib membeli empat nombor ekor menggunakan duit yang diberikan anak-anak selain duit hasil sewa rumah,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada rakan yang pernah menegur dan menasihatinya kerana menyifatkan perbuatan bertaruh itu sebahagian dari dosa, namun dia mempunyai tafsiran tersendiri.

“Mak cik tak rasa teka nombor (bertaruh nombor ramalan) sebagai salah kerana mak cik juga berusaha dan mengeluarkan modal untuk menang. Ia tak lebih daripada satu bentuk permainan teka nombor semata-mata.

“Apa orang nak kata pun mak cik tak kisah. Soal dosa atau pahala, itu antara mak cik dan Tuhan,” katanya.

Ditanya sama ada anak dan cucunya mengetahui aktiviti sampingannya itu, dia mendakwa hanya segelintir anaknya yang mengetahui perbuatannya itu kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi buah mulut saudara mara dan masyarakat

Berikutan itu, dia yang tinggal di Gombak sanggup menaiki bas ke ibu kota untuk membeli nombor ekor setiap Rabu, Sabtu atau Ahad dengan kadar pertaruhan serendah RM2 bagi setiap nombor .

“Biasanya mak cik akan menyembunyikan kepingan resit nombor ekor dibeli di dalam almari dan menyemaknya dengan bantuan seorang anak lelaki yang sering membeli surat khabar berbahasa Cina pada waktu malam,” katanya.

Ditanya berapa kali dia pernah memenangi hadiah tekaan tepat sebelum ini, Mak Tum mendakwa dia pernah mendapat hadiah RM5,000 dua tahun lalu selain beberapa hadiah sagu hati bernilai ratusan ringgit.

Sementara itu, penceramah bebas yang juga perunding motivasi Human Touch Consultant, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, berkata wang yang digunakan untuk tujuan haram boleh diragui sumbernya kerana ia menyebabkan pemilik membelanjakan wang berkenaan ke jalan yang tidak diredai.


Manusia ni bila dah selalu sangat buat dosa berulang2 tanpa taubat... dia akan jadik biasa dengan dosa tu, dah tak kisah apa orang kata... sampai satu tahap lagi, dia rasa benda yang salah tu dah tak salah dah... boleh menentang pulak...

so, fikirle, renung2kan... jangan jadik macam nenek kat atas ni
 
ada kepentingan atau tidak... yg penting apa yg ditegur tu betul... kena akui..

ada kepentingan + teguran betul = kena ikut

takde kepentingan + teguran betul = kena ikut

ada kepentingan + teguran salah = jangan ikut

takde kepentingan + teguran salah = jangan ikut

so, kalo tengok formula diatas, takde significant association pun antara kepentingan penegur dengan decision yg betul...
 
en. nor azwandi.. kenapa sy perkatakan "tabur pasir dalam periuk nasik org".. sebb segelintir agen insurans memang cari makan dgn komisen sales depa. kebanyakan warga CG yg lain atau org di luar yang bukan bidang insurans akan konfius. jadi kenapa agen2 takaful selalu mempertikaikan isu halal haram?? bukankah boleh bekerja dgn cara berhemah? kalau kita sakit gigi takkan nak jumpa mekanik kot?? sekarang kita mempersoalkan produk perlindungan bukan seperti arak yang tn maksudkan. itu jelas2 dah haram tapi kenapa ada juga orang ISLAM masih meneguknya?? :-?

sebagai seorang yang dewasa sepatutnya kita sama2 menyokong rakan2 seperjuangan dan bukan kondem semata2...

tn. prudential pun ada menyatakan fatwa thn 2006 diguna pakai setelah wujudnya investment link.

kalau nak sgt segalanya halal... semua pekerja beragama Islam tak perlu mencarum KWSP atau membuka ASB? kalau nak cerita halal haram sampai bebila pun tak kan habis..

apa yang sy pelik, bila thread insurans konvensional, agen takaful akan buka isu halal haram? kenapa??

dan sy tgk signature en. nor azwandi nampaknya beliau direct dari PBTB bukan PAMB.. betul tak??

liyana sorry dgn kenyataan sy tu..
maybe betul ckp liyana.. maksud sy if org tegur klau bleh bersangka baik la dulu.. sy bukan nak sebelah mana2 pihak..
kadang2 ulama pun berselisih paham ni kan pulak kita..
buat ja yg mana rasa ok..

sy pun org pernah tegur
ada org tanya klau kita dlm kesusahan ada org bantu perlukah kita selidik dulu dari mana sumber..

macam tsunami berlaku dulu ramai org islam jadi mangsa pastu banyak bantuan dtg antaranya dari negara bukan islam.. bila dah darurat takkan taknak terima

insurans ni pun mcm tu la jugak..
sy pun tak pasti yg penting niat kita nak tolong org..

lebih baik ada insurans dari takda langsung
 
kesian kat tuan tanah..... dia promote produk dia. last2 jadi tempat org bertekak.... x abis2 dari awal2 dulu lagi...

bertekak je lebih, sales x da jugak. bertekak je lebih, org islam ramai jgk yg x da perlindungan
 
liyana sorry dgn kenyataan sy tu..
maybe betul ckp liyana.. maksud sy if org tegur klau bleh bersangka baik la dulu.. sy bukan nak sebelah mana2 pihak..
kadang2 ulama pun berselisih paham ni kan pulak kita..
buat ja yg mana rasa ok..

sy pun org pernah tegur
ada org tanya klau kita dlm kesusahan ada org bantu perlukah kita selidik dulu dari mana sumber..

macam tsunami berlaku dulu ramai org islam jadi mangsa pastu banyak bantuan dtg antaranya dari negara bukan islam.. bila dah darurat takkan taknak terima

insurans ni pun mcm tu la jugak..
sy pun tak pasti yg penting niat kita nak tolong org..

lebih baik ada insurans dari takda langsung

soal hukum bukan boleh main rasa2, ikut hati..
hukum dah jelas... ulama dah sepakat..
darurat tu bila situasi antara hidup dan mati...
masa amik insurans sihat walafiat.. kat mana daruratnya..
 
takde makhluk yang bleh sekat rezeki makhluk lain.. buat la camana pun.. kalo dah rezeki dia, dapat la jugak..
cuma sumber rezeki tu... halal atau haram.. tuhan beri pilihan pada kita...
wallahuallam...
 
soal hukum bukan boleh main rasa2, ikut hati..
hukum dah jelas... ulama dah sepakat..
darurat tu bila situasi antara hidup dan mati...
masa amik insurans sihat walafiat.. kat mana daruratnya..

masa ambik mmg la sihat
yg jadi masalah bila bapak mati family takda tempat bergantung
so org nak tolong takkan tak terima... so klau bapak dia ambik insurans pampasan tu macam bantuan la..
 
masa ambik mmg la sihat
yg jadi masalah bila bapak mati family takda tempat bergantung
so org nak tolong takkan tak terima... so klau bapak dia ambik insurans pampasan tu macam bantuan la..

mmm..penat aje ko bertekak karang..buat derkk aje senang..anggap mcm tak ade..
 
Back
Top
Log in Register