memang panas menanti suam thread ni..
aku rasa dah byk isu halal haram dalam thread insurans lain dipertikaikan. jadi apa yang aku nak kongsikan pada warga CG atau yang sekadar surfing, korang buatlah pilihan masing2. aku rasa agen2 yang berhemah tidak akan memaksa korang utk melanggan produk depa melainkan bermotifkan $$$ semata-mata. bagi aku la, aku sekadar menolong dan menyedarkan kawan2 yang tidak ada perlindungan. memang aku tiada wang lebih utk membantu bayaran bil tapi sekadar aku memperkenalkan 1 produk yang boleh membantu kewangan kawan2 yang lain pun aku dah berpuas hati. ttg komisyen itu perkara ke2 walaupun kdg2 akan menjadi no 1.
di Malaysia terdapat byk syarikat insurans/takaful. lebih byk produk lebih byk comparison yang boleh dibuat sebelum membeli. duit anda adalah hak anda...
pada poknik aku ucapkan tq sebb dpt menghangatkan kembali isu halal haram..
jadi pada ridzuan_aia, prudential, mounaire, azizriadi dll yg aku lupa sebut ka... kita fokuskan apa matlamat dan yang penting ikhlas dlm kita memberikan kesedaran pada rakyat malaysia khususnya Bumiputera yang masih ramai tidak mempunyai kesedaran ttg perlindungan. aku rasa sykt yang kita wakili mampu memberikan pampasan dan perlindungan kewangan bila diperlukan tanpa pelanggan kita mengeluh susah claim atau tak dapat claim. memang tak dinafikan antara kita akan mempertahankan produk masing2... itu adalah natural.... good luck..
"ORANG YG BERHENTI TIDAK AKAN MENANG DAN ORANG YANG MENANG TIDAK AKAN BERHENTI"