liyana_associates
Fun Poster
- Messages
- 359
- Joined
- Oct 20, 2009
- Messages
- 359
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
TT,
nak tanya mana lebih baik? amik medical card aje ke amik yg dgn pelaburan? aku dok konpius dgn satu ejen yg promote dgn invest2 nih?
pd pendapat sy la. apa yang sy langgan utk 1 family adalah produk investment-linked. sebbnya kita bayar utk semua pakej pd 1 harga yang sama, protection + saving + medical card. dan $ yang kita bayar tiap2 bulan tidak burn. adalah sikit pulangan. nak kata banyak tu takde la sgt kalau berbanding kita labur solid pada investment plan yang lain i.e unit trust. Kita perlu ingat produk investment link ni kita langgan di syarikat Insurans/takaful yang adalah sykt yg memfokuskan kepada PERLINDUNGAN. Macam kita nak beli baju takkan kita pergi kedai basikal kot? so kalau ada sesapa kata pulangan nya amat tinggi, fikirkan la sendiri.
utk pakej medical card saja pula. memang murah biasanya ianya adalah stand alone di mana premiumnya akan naik mengikut umur. yang paling penting adalah penggunaannya adakah berterusan atau tidak. setahu saya (kalau salah agent lain betulkan) kalau plan stand alone ni, cth: Mr. XYZ dh claim 1 treatment 36 sakit kritikal, syarikat insurans berhak utk tidak menyambungkan perlindungan utk penyakit tersebut pada rawatan akan datang. perlu ingat, bila kita dah ada penyakit kritikal, mana2 sykt tidak akan memberikan perlindungan ke atas penyakit itu. bergantung juga pada sykt. maybe ada loading.. JADI KESIMPULANNYA LANGGAN INSURANS/TAKAFUL SEMASA KITA SIHAT DAN MUDA..
sebenarnya bergantung pada tn. akudotcom, kalau concern dgn rawatan di hospital dan dah ada coverage dgn plan insurance yang lain, langgan je la medical card. medical card itu perlu yang GUARANTEE RENEWABLE. agen di luar hanya propose. keputusan tn. akudotcom yang tentukan.
lg satu, aku dgr ada satu Kad perubatan dr kompany M dan A, dia lambat nak admit dan discharge, ikut pengalaman nko punya kad cepat ke lambat?
so far, pengalaman sy sendiri admit tiada masalah. nak discaj itu ikut nasib. adakalanya cepat adakala lambat. yelah bukan kita sorang je request utk bil pada hari itu. satu Malaysia tu tuju pada 1 tempat yang sama. think positive.