BTC USD 82,955.2 Gold USD 4,120.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WOW! Hebatnya plan ni...

aku dah agak dah.. hehehehe mesti ada jugak yang nak menegakkan benang basah ni punya... carik makan punya pasal... belit fatwa pun belit je la.. aku saja je test...



fatwa is fatwa. no putar belit friend. i give direct link from offical.


Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam

Umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.

Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.


http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=234



Tarikh Keputusan : 21 November 2006






halal and haram must be taken seriously by muslim.
 
kan clear je statement aku tuh....
aku dah agak dah... respons nye camana... hehehe.. umat islam akhir zaman...

PokNik.. aku nak tanya hang satu soklan lahh.. satu situasi..

Katakanlah ada satu Hamba Allah ni.. dia tolong satu orang tu.. orang tu orang Islam jugak.. kita tak tau apa niat dia nak tolong orang tu.. jadi dia tolong orang tu sampai selesai masalah dia..

Kemudian datang satu orang Hamba Allah ni.. orang Islam jugak.. dia kata.. "ellehhh tolong pun sebab ada udang di sebalik mee tuuu.."

Pada pendapat hanggg PokNik.. orang yang berkata macam tu dok dalam kategori mana.. aku nak tau apa hukum orang yang berkata macam tuu.. tolong jawab soklan aku nii.. :-?:-?:-?
 
bro,
pruBSN pun haram....?:o:oapa yg dah tahu buat2 tak tahu....?#:-S#:-S
nak cari makan....?:-?:-?

sorry la kalo nko konfius... aku hanya jawab pada orang yg bertanya tuh
 
Fatwa Insurance Konvensional haram.

http://www.fatwaislam.com/fis/index.cfm?scn=fd&ID=423

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=96 - Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979

Mengapa Insurans Konvensional haram?

[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.


Correct me if wrong. Kenapa insurance konventional haram adalah berdasarkan di atas. So what happenn if konventional takde satu as above?


Ya, betul umat akhir zaman. Ramai yang lupakan agama. Ramai yang gunakan agama atas dasar peribadi dan perniagaan. <-- memang ciri ini ada disebut dalam al quran

Air PAIP yang Reverse Osmosis , Alkaline, UV dan Oxygenated yang dijual RM8.00 sebotol (air mineral rm1.50 je) ... cuba tgk banner.. "boleh menghalau syaitan" ...??? what!

If preferred muslim product, so i bought air bicarbonate from halal store. aku baca ciri ciri air itu adalah "menyejukkan hati"?


uphold Islam but dont play our faith


bagus la kalo ko takde nak belit mana2 fatwa... cuma soklan ko (yang aku highlight) tu je nampak macam ada usaha nak belit fatwa.. mau kasi pusing2.. mau tukar haram kasik jadik halal...
 
Last edited:
PokNik.. aku nak tanya hang satu soklan lahh.. satu situasi..

Katakanlah ada satu Hamba Allah ni.. dia tolong satu orang tu.. orang tu orang Islam jugak.. kita tak tau apa niat dia nak tolong orang tu.. jadi dia tolong orang tu sampai selesai masalah dia..

Kemudian datang satu orang Hamba Allah ni.. orang Islam jugak.. dia kata.. "ellehhh tolong pun sebab ada udang di sebalik mee tuuu.."

Pada pendapat hanggg PokNik.. orang yang berkata macam tu dok dalam kategori mana.. aku nak tau apa hukum orang yang berkata macam tuu.. tolong jawab soklan aku nii.. :-?:-?:-?

aku tak paham soklan ko... dan jugak motif soklan ni... atau apa mesej yang nak disampaikan...
aku jugak tak paham kaitan soklan ini dengan usul yang aku timbulkan tadi tuh....
tolong explain....
 
insurans konvensional bukan ke haram hukumnya?... aku tengok kat sini takdek sorang pun yang bukan islam... dari yang menjual sampai orang membeli...

salam kenalan tn. poknik. nampaknya tn baru involve dlm thread ni. maaf sebb baru tika ini sy dpt beri komen.

tn. poknik dari takaful ikhlas. sy bukan nak kondem sapa2. apa yang sy nampak pada hari ini, ramai yang menjual agama demi kepentingan poket masing2. sy nak kata pandai sgt umpama ustazah tidaklah. dalam Islam pun apa saja kerja yang kita lakukan adalah berlandaskan nawaitu iaitu niat. salahkah niat kita memberikan pilihan yang terbaik dalam memberikan perlindungan kepada saudara kita. lagipun apa yang sy amalkan bukan paksaan untuk membeli produk dari sy.

semua agen insurans atau takaful mempunyai garis panduan etika. tapi apa yang sy tgk masing2 asyik memburukkan dan ini bukan yang terkandung dalam etika seorang agen.

"Umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.

Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam." - petikan dari http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=234

jadi tidak salah sekiranya sykt insurans konvensional menawarkan dana-dana yang berlandaskan syariah utk pilihan orang Islam. Kami ada 1 dana syariah dinamakan Dana Padu.

berbalik kepada isu halal haram. masih ramai umat Islam di Malaysia membuka akaun ASB dan membuat pinjaman ASB. terang2 kita tau yang ASB melabur di kaunter mana? begitu juga KWSP. hampir 100% pekerja di Malaysia membuat caruman KWSP? tidak pulak dipersoalkan halal haram.

jadi sy nak tn. poknik perjelaskan lebih mendalam tentang definisi sebenar halal dan haram dalam kehidupan kita tidak semestinya dalam insurans. jangan kita nak halal dalam perlindungan tetapi masih lagi melanggan produk2 yang kita tak yakin halalnya.

kesimpulan yang dpt sy ringkaskan. masyarakat Islam tidak akan maju sekiranya pemikiran dijajah oleh orang2 seperti tn. poknik.

terima kasih...
 
bagus la kalo ko takde nak belit mana2 fatwa... cuma soklan ko (yang aku highlight) tu je nampak macam ada usaha nak belit fatwa.. mau kasi pusing2.. mau tukar haram kasik jadik halal...

sy stuju dgn statement tn. prudential mengatakan :
prudential said:
Correct me if wrong. Kenapa insurance konventional haram adalah berdasarkan di atas. So what happenn if konventional takde satu as above?

sekarang kita ada menawarkan investment-linked. mungkin dulu insurans tradisional jenis endowment, term mungkin situ wujud Gharar.. dalam produk ILP, kalau lewat bayar, cash value dalam akaun akan digunakan utk tanggung kos insurans. di situ tiada caj kelewatan dikenakan. sekiranya akaun kita RM0 tentulah polisi akan lapse.

prudential said:
"Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan."

sy rasa dalam kontrak takaful pun ada termaktub perkara ni. kalau sesuatu musibah ke atas peserta sejumlah pampasan akan di bayar walaupun baru beberapa bulan peserta beri sumbangan. sekiranya tiada berlaku apa2, peserta akan menikmati nilai tunai dalam akaun pelaburan. BUKAN BEGITU TN. POKNIK???
 
Prudential BSN Takaful tu insurans konvensional ke?...
Dah tahu... tapi buat2 je tak tau....
Nak carik makan skali pun, jangan la sampai agama tolak tepi...

tapi kalau cuba menabur pasir dalam periuk nasi orang lain dengan menggunakan isu halal dan haram apa pula maknanya??
 
tapi kalau cuba menabur pasir dalam periuk nasi orang lain dengan menggunakan isu halal dan haram apa pula maknanya??

bro ini bukan soal tabur pasir dalam periuk nasik org..
ni soal halal haram... cth ada org tegur buatpa minum arak padahal teh tarik banyak..sungguh pun org yg tegur tu gila klau bertepatan dgn syarak kita kena ikut..
 
PokNik.. aku nak tanya hang satu soklan lahh.. satu situasi..

Katakanlah ada satu Hamba Allah ni.. dia tolong satu orang tu.. orang tu orang Islam jugak.. kita tak tau apa niat dia nak tolong orang tu.. jadi dia tolong orang tu sampai selesai masalah dia..

Kemudian datang satu orang Hamba Allah ni.. orang Islam jugak.. dia kata.. "ellehhh tolong pun sebab ada udang di sebalik mee tuuu.."

Pada pendapat hanggg PokNik.. orang yang berkata macam tu dok dalam kategori mana.. aku nak tau apa hukum orang yang berkata macam tuu.. tolong jawab soklan aku nii.. :-?:-?:-?

uikk...tolong org pun kena sound kaa?
tak patut betul org yg sound tu.....:(scam
 
Back
Top
Log in Register