KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli hadir ke program World #Quran Hour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, hari ini
Ketibaan baginda pada jam 11.30 pagi turut diiringi Ketua Umum Pakatan Harapan yang juga bekas Presiden UIAM, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin
Memasuki edisi ketiga, program ini meneruskan tema Dunia Berbudi dan Penyayang mengambil surah Al Hujurat ayat 1 hingga 18 sebagai panduan pembentukan umat berakhlak mulia
Antara nilai-nilai yang ditekankan dalam surah itu ialah saling memaafkan, mendamaikan orang yang berselisih sesama Islam dan saling kenal mengenal sesama manusia
Kira-kira 7,000 orang berjaya dihimpunkan di UIAM sebagai lokasi perdana
Selain UIAM, program sama turut diadakan di 2,000 hotspot di seluruh Malaysia, manakala di peringkat dunia disertai umat Islam dari 70 negara yang bersama-sama mengalunkan bacaan al-Quran
Program di UIAM dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim
World #Quran Hour diteruskan dengan Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap hadirin untuk membaca al-Quran, berinteraksi dan melakukan refleksi diri, satu muka surat seorang dalam tempoh lima minit
Ketua Pegawai Penyelidik & Modul WUI, Fazrul lsmail kemudiannya mengadakan sesi tadabbur dan tazakkur bagi menghayati intipati Surah Al-Hujurat, berselang-seli dengan bacaan oleh 10 Pembawa Panji-Panji Surah Al-Hujurat
Program diteruskan dengan bacaan Ikrar Quran dipimpin oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman bersama dua penuntut UIAM, Azzrulkhan Hasrullah dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Amir Ridwan
Bacaan doa penyatuan hati oleh Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abdul Rahman mengakhiri World #QuranHour kali ini
Antara pemimpin politik, NGO dan selebriti yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Duta Rumah Ngaji, Norman Hakim, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Adun Sungai Tua, Amirudin Shari dan Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Program anjuran bersama WUI dan UIAM ini dibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd dan Sinar Harian, dengan naungan Jakim serta mendapat sokongan semua media utama di Malaysia
Antara media terlibat seperti Astro Oasis & Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, Bernama News Channel (BNC), TV Alhijrah, TV IKIM & lKllVIfm, Media Jakim, Kumpulan Utusan (Utusan Malaysia dan Kosmo), Kumpulan NSTP (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro), Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd (Sinar Harian, Sinar Online dan Sinar TV), Denaihati, ldeaktiv, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan
Selain itu, duta dan wakil kedutaan dari 17 negara iaitu Pakistan, Turki, Bosnia & Hezergovina, Syria, Iraq, Afghanistan, Azerbaijan, Brunei, Guinea, Indonesia, Iran, Jordan, Nigeria, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu, Sudan dan Yaman turut hadir
Antara agensi yang menghantar delegasi untuk menjayakan program tersebut seperti Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri ; Jabatan Penjara; Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan pelajar tahfiz
Acara ini turut bersiaran secara langsung melalui pelbagai platform termasuk FB Live Sinar Harian, Astro Oasis, TV IKIM dan TV ALHIJRAH
http://www.sinarharian.com.my/nasional/7-000-orang-sertai-world-quranhour-di-uiam-1.843606