BTC USD 85,624.5 Gold USD 4,169.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Quran Hour

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
06bh76da.transformed.jpg


PROGRAM World #QuranHour berjaya menyatukan umat Islam di seluruh dunia apabila ummah meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran pada ruang waktu yang berbeza​

WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara

Kejayaan hebat program yang sudah memasuki tahun ketiga diadakan secara besar-besaran itu apabila mampu menarik masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengalunkan ayat suci al-Quran pada satu masa yang gemanya terasa di seluruh pelusuk bumi

Dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kali pertama pada 11 September 2016, World #QuranHour menghimpunkan kira-kira 4,000 peserta di lokasi utama Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak

Selain UIAM, program sama turut diadakan di 700 lokasi di Malaysia dan disertai umat Islam dari Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Albania, Australia, Bangladesh, Belgium, Bosnia-Herzegovina, Brunei Darussalam, Bulgaria, Russia, New Zealand, Mesir, Perancis, Indonesia dan Turki

Hebatnya al-Quran sebagai mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ajakan untuk bersama membacakan ayat suci itu berjaya menyatukan lebih 10 juta umat Islam dari 50 negara seluruh dunia

Secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, umat Islam di seluruh dunia meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran

Pada penganjuran kali pertama itu, tarikhnya jatuh pada 9 Zulhijjah, sekali gus menjadikan World #QuranHour turut disertai jemaah dan petugas Tabung Haji (TH) Malaysia yang sedang melaksanakan ibadat wukuf bersama lebih 2 juta jemaah di Padang Arafah

Program berstatus global

Meneruskan kesinambungan menyemai amalan baik menerusi aktiviti membaca, bertadabbur dan menghayati inti pati surah Yasin, program World #QuranHour dianjurkan buat kali kedua pada tarikh sama 9 Zulhijjah tahun lalu

Tarikh yang jatuh pada hari negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 menjadikan majlis membaca al-Quran disertai ribuan rakyat sebahagian daripada pengisian sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka

Esok, sebanyak 3,000 'hotspot' seluruh dunia dijangka bersama-sama mengalunkan bacaan al-Quran secara serentak pada program World #QuranHour. Setakat ini, 49 negara sudah menyatakan persetujuan menyertai antaranya Australia, Indonesia, Arab Saudi, AS dan Korea Selatan

Pada tahun ini juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dijangka turut berangkat. Yang turut mengesahkan kehadiran ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Muar yang juga alumni UIAM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sewajarnya, kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana inisiatif daripada penganjuran program berstatus global itu dapat menggerakkan gelombang umat Islam untuk berinteraksi dengan al-Quran

Tambahan pada Ramadan yang diturunkan al-Quran, kita menjadi sebahagian ejen mengajak hati yang dekat dengan kitab suci itu untuk terus membaca dan menghayati mesej dalam kitab memandu kehidupan umat Islam

Al-Quran pelembut hati

Ternyata, program ini berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dalam kalangan masyarakat di negara ini dan kesungguhan menjadikan ia acara tahunan menggambarkan semangat untuk bersama menyebarkan syiar Islam

Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program berkenaan, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki kuasa untuk menundukkan hati yang keras

Saidina Umar al-Khattab RA yang terkenal sebagai seorang yang tegas dan keras hati, akhirnya tunduk kepada al-Quran, hatinya menjadi lembut selepas mendengar surah Taha

Begitulah al-Quran melembutkan hati mereka yang menyertai program World #QuranHour di seluruh dunia

Bukan semua yang menyertai majlis pada hari dan waktu itu daripada kalangan yang istiqamah berinteraksi dengan al-Quran

Namun, hati mereka tertarik untuk bersama keluarga, rakan, sahabat, jiran dan orang yang tidak dikenali menjayakannya

Indahnya saat itu, kita dapat melihat kesungguhan anak kecil, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, golongan kurang upaya dan pemimpin negara termasuk kumpulan artis meluangkan masa menghadirkan diri

Menaikkan imej Islam

Seakan dapat melihat not muzik bertebaran naik ke udara apabila alat muzik dimainkan, sudah tentu kita boleh membayangkan huruf dan ayat al-Quran berapungan di ruang angkasa ketika dibacakan wahyu Allah SWT yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW

Gambaran itulah bakal terhasil pada esok tatkala umat Islam mula menyebut nama Allah SWT dan membacakan perintah, larangan dan pengajaran terkandung dalam ayat suci al-Quran, yang gemanya bakal menggetarkan bumi ini

Uniknya al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW, usaha memartabatkannya mendapat sokongan padu agensi media tempatan termasuk akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), iaitu BH, New Straits Times dan Harian Metro

Semoga usaha berterusan daripada pelbagai pihak dan sokongan umat Islam seluruh dunia membasahkan bibir mereka dengan seruan suci mendapat ganjaran berlipat ganda pada bulan Ramadan ini

Secara tidak langsung, kempen mengajak berinteraksi dengan al-Quran melalui World #QuranHour mampu menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta ajaran terkandung di dalamnya

http://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/06/434602/world-quranhour-satukan-ummah
 
World #QuranHour berlangsung hari ini

61528343838_WorldQuranHour.jpg

KUALA LUMPUR: Program World #Quran Hour yang memasuki edisi ketiga berlangsung hari ini

Bertempat di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, orang ramai sudah mula hadir bagi memberikan sokongan

Dijangkakan, tetamu diraja, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan berangkat ke sini pada jam 11.30 pagi

Program akan bermula pada jam 12 tengah hari dengan pembukaan bacaan surah Al Fatihah ayat 1-5 dan surah Al Baqarah ayat 1-7.
World #Quran Hour akan diteruskan dengan Solidariti Ngaji diikuti dengan interaksi dengan al-Quran oleh pembawa panji-panji Hujurat dengan konsep Baca, Tadabbur dan Tazakkur

Seterusnya diikuti dengan Iqrar Quran dan doa sebelum semua peserta menunaikan solat Zuhur

Menurut pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, sekiranya semua umat Islam berpegang kepada tali ALLAH, pastinya tiada persengketaan meskipun terdapat perbezaan

“Sekarang ini kita terlalu banyak perbezaan tapi melalui al-Quran kita menjadi satu, semua orang baca al-Quran yang satu

“Dalam al-Quran ada ajar tentang akhlak, nilai-nilai dan kalau kita berpegang pada ajaran itu, kita tidak akan bertelingkah malah jika ada perbezaan kita boleh meraikannya dan berhujah dengan baik,” katanya

Orang ramai dijemput hadir dengan membawa al-Quran terjemahan masing-masing

Selain UIAM, lebih 1,200 lokasi lain turut telah berdaftar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serta 67 lokasi di 32 buah negara

Ramai pimpinan daripada parti politik dan NGO akan turut sama menyertai program interaksi bersama al-Quran ini antaranya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan ramai lagi

Acara ini akan bersiaran secara langsung melalui pelbagai platform termasuk FB Live Sinar Harian, Astro Oasis, TV IKIM dan TV ALHIJRAH

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/world-quranhour-berlangsung-hari-ini-177543
 
alhamdulillah... semoga kita mendapat keberkatan
 
live live live..


ayat yg sedang di tadabbur..terbaik..

Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):9 - Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.
 
jgn berprasangka..


Kamar-kamar (Al-Ĥujurāt):11 - Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Terbaik..smua penyokong tegar parti baik dengar ni demi Damainya Malaysia..
 
Back
Top
Log in Register