MEMO DRP WHR 30 APRIL 2010
Para peserta yang dihormati ,
Untuk makluman pada 29 April 2010 (Khamis), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melakukan pemeriksaan di premis syarikat dengan tujuan untuk membuat pemantauan ke atas perjalanan operasi Program Ekspress . Pihak syarikat ingin memaklumkan bahawa kedatangan pihak SSM adalah satu prosedur biasa yang memang sudah dijangkakan.
Susulan dari pemantauan tersebut pada 30 April 2010 (jumaat) KOSMO dan Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut . Apa yang amat dikesali. akhbar-akhbar tersebut telah menyatakan bahawa syarikat World Heritage Resources dan Kristal Karisma Enterprise telah diserbu oleh SSM. Sekiranya dakwaan tersebut adalah benar sudah tentu operasi syarikat diarahkan berhenti dan segala peralatan yang melibatkan perjalanan proses sudah tentu akan dirampas contohnya komputer dan sebagainya dan kemungkinan besar pejabat akan disita .
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana apabila pihak SSM telah selesai membuat pemantauan, operasi syarikat berjalan seperti biasa. Oleh yang demikian, pihak syarikat berharap agar para peserta tidak terpengaruh dengan berita tersebut . Sekali lagi pihak syarikat menegaskan bahawa program ekspress ini TIDAK BERSANGKUT PAUT dengan AKTA KUTU 1971 dan perjalanan program ekspress berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun pihak syarikat memohon maaf atas perkara tersebut . Terima kasih - PIHAK PENGURUSAN WHR