BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World cup sokong sapa?

cerita pasal mengundi tak habis lagi nak fokus bab bola pula
aku tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa
 

BolaWorldCup2022.png

Al Rihla Sah Jadi Bola Rasmi Piala Dunia 2022, Menyokong Permainan Pantas Bola Sepak Moden​


Salah satu perkara yang ditunggu tunggu setiap kali menjelang Piala Dunia adalah bola rasmi kejohanan. Dan sudah tentunya bola itu keluaran Adidas yang sudah menjadi rakan rasmi FIFA dalam penganjuran Piala Dunia sejak sekina lama.

Pada kali ini, bola rasmi yang akan digunakan untuk Piala Dunia 2022 diberi nama Al Rihla yang didakwa memiliki kepantasan paling tinggi apabila di udara.

Al Rihla ialah bola rasmi ke-14 yang dicipta khusus untuk Piala Dunia. Dalam bahasa Arab, Al Rihla bermaksud ‘sebuah perjalanan’.

Selain didakwa sebagai bola terpantas berbanding dalam Piala Dunia edisi sebelum ini, Adidas turut memberitahu Al Rihla mempunyai ketepatan terbaik.


Franziska Loeffelmann, pengarah Grafik Bola Sepak dan Pakaian di Adidas, menerangkan dengan lebih terperinci tentang kelebihan bola ini.

“Bola sepak menjadi lebih pantas, dan lebih pantas, ketepatan dan kestabilan bola di udara menjadi sangat penting.”

“Reka bentuk Al Rihla membolehkan bola mengekalkan kestabilan semasa di udara,” tambah beliau lagi.

Al Rihla memiliki ciri ciri khas dalam meningkatkan ketepatan dan menyokong permainan pantas dalam bola sepak moden.

Sebanyak 20 panel bola disertakan di dalam sebiji bola bagi membantu meningkatkan aerodinamik. Ini juga didakwa mampu membantu pemain meningkatkan ketepatan hantaran, percubaan dan melencongkannya.

Al Rihla juga diperbuat daripada dakwat dan gam berasaskan air, yang pertama untuk model Piala Dunia, dan pelancaran bola menandakan permulaan jelajah global Adidas untuk membantu “meningkatkan akses dan ekuiti” untuk komuniti bola sepak tempatan di seluruh dunia.

Satu peratus daripada hasil jualan Al Rihla akan disumbangkan kepada pergerakan Common Goal, dengan bola rasmi tersedia untuk pembelian secara eksklusif melalui adidas.com dan di gedung rasmi Adidas mulai 30 Mac.

Jadi bola rasmi Piala Dunia yang mana satu paling anda suka?

BolaLama.jpg
 
Back
Top
Log in Register