salam, sape2 yg pandai kat bidang networking tolong bg some idea mcm mne nk setup wireless network ngn satu local server dalam satu dewan besar, anggaran orang yg akan connect adalah 450-500. Saya perlu beli device pe je. server side xde masalah. different SSID pn x kisah. :-?
AP tak pelu yang mahal, tapi cari yang kestabilan bagus. D-Link & TP-link pun OK. Elak jenama murah seperti Telda etc, melainkan anda tahu chipset apa yang digunakan dll. Yang penting banyak AP dan network design yang bagus.
wireless ade limit ke brape user yg boleh connect?
Tak berapa penting. Contohnya: walaupun 5 orang connected pada satu Access Point (AP), tapi salah seorang guna 70% bandwidth available, yang lain kena 'choke' & terasa lambat.
Cara professional, kira berapa bandwidth yang diperlukan dan padan kan number of users allowed.
******************************************
Imagine network macam paip air.... luar taman... dalam taman... dalam rumah... dalam bilik... dari paip besar ke sederhana ke paip kecil...
1. "Paip besar" OK tak ?
2. "Paip sederhana" , inter connectivity antara AP & local network (penting. kalau boleh guna lan wired bukan mesh wireless sebab bandwidth wired berkali2 lebih besar dan stabil dari wireless)
3. "Paip kecil" AP ke setiap PC (potential botteleneck)
4. Apa application & software yang digunakan, workload dan bandwidth yang secara kasar yang diperlukan. (average bandwidth diperlukan x no of pc allocated to each AP)
In addition, untuk wireless, digalakkan setkan channel berlainan untuk setiap AP.
Disebabkan kawasan kecil dan padat, digalakkan guna different SSID. Dengan cara ini, average distribution secara optimum dan terkawal untuk setiap AP.
Lokasi AP juga penting. (coverage)
Theoretical vs. Actual Network Speeds
wifi PC ke AP - wifi N 150Mbps/300Mbps (real world around 80Mbps to 180Mbps sahaja)/ wifi G 54 Mbps (real world 50% sahaja)
wifi secara kasar ialah half duplex (maka secara kasar bandwidth dibahagi dua, upload dan download)
wired AP ke network - 100Mbps atau 1000Mbps (real world 90%)
Berbanding wifi, kebiasaannya adalah full duplex. (secara perbandingan boleh x 2). Itu sebabnya wifi AP interconnectivity lebih bagus pakai wired dari meshed wifi.