BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Williams sedia hadapi Piala Monsun

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Ian Williams yang kini berada pada tangga teratas Siri Jelajah Dunia Match Racing musim ini, menyandarkan pengalaman lepas untuk menghadapi cabaran ke siri akan datang bagi penentuan juara dunia pada Piala Monsun, dengan hanya 6 mata perbezaan berbanding pesaing Francesco Bruni dan Torvar Mirsky.

Setelah mendominasi setengah musim, prestasi Ian Williams (GBR) Team GAC Pindar merosot apabila kalah 3-0 pada pusingan kalah mati di St Moritz Match Race di Sweden dan Argo Group Gold Cup di Bermuda. Manakala Torvar Mirsky (AUS) dari pasukan The Wave Muscat memenangi kedua-dua acara berkenaan.

Prestasi Williams yang tidak menentu pada Piala Monsun pada 3 tahun kebelakangan ini, akan memberi Williams tekanan untuk merebut gelaran juara dunia buat ketiga kali.

Warga British itu tidak hairan apabila juara hanya dapat ditentukan pada lokasi terakhir seperti yang berlaku pada 2010 di mana lima pasukan yang berpeluang merebut kejuaraan hadir di Malaysia dengan setiap pasukan mempunyai peluang yang sama.

Namun dia yakin bahawa pengalaman lepas akan membantunya.

"Berdasarkan pengalaman lalu, penentunya adalah pada Piala Monsun. Biasanya hanya tiga pasukan yang akan bertungkus lumus untuk merebut gelaran juara dunia. Biasanya pasukan yang menjuarai Piala Monsun akan juga menjulang gelaran juara dunia justeru akan bertanding dengan bersungguh-sungguh dan perkara ini tidak dapat diduga.

"Kami pernah memegang gelaran ini suatu ketika dulu dan segalanya berjalan dengan lancar bagi kami,".

Walaupun yakin, Williams tidak mengenepikan ancaman pesaingnya, Mirsky dan perlu memastikan prestasinya sekurang-kurangnya setanding dengan warga Australia tersebut sekiranya ingin menjuarai Piala Monsun dan sekaligus merebut gelaran juara dunia buat kali ketiga.

"Torvar kini berada pada tahap yang amat baik dan kami perlu meningkatkan mutu permainan untuk mendapatkan rentak kami kembali".
 
Back
Top
Log in Register