BTC USD 83,422.8 Gold USD 4,177.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

willcare signal & analysis

Status
Not open for further replies.
salam sejahtera,

setelah saya membaca keseluruhan isi perbincangan dlm thread ini. sbnrnya sudah lama ingin saya pohon dan utarakan..

kebelakangan ini saya melihat ramai individu di sini yg telah berjaya merubah prestasi trading daripada rugi kpd untung setelah mengikuti kelas yg di tawarkan !.

so , mcm ni lah....maaf sekiranya kelihatan saya agak berani kehadapan utk melihat perkara ini dari sudut keaslian kenyataan yg diberikan dan saya sendiri sbnrnya tak suka sgt melihat unsur cheerleader di sini.

ada dlm posting dibelakang sana , bro will_care telah mencabar mana2 individu utk buat pilihan sama ada terus bertrading dgn syarat jumpa dia , byr kelas dan gunakan system dia , dan kata dua diberi ataupun terus jgn bertrading sebab kononnya kalau tak follow system ini seolah2 untung yg tak konsisten dan buat habis duit sahaja.sebenrnya secara peribadi saya kurang bersetuju dgn kenyataan sebegitu. Kerana setiap org ada teknik dan cara bertrading dan juga boleh menjana keuntungan. Jadi tiada syarat yg mutlak sbnrnya berkaitan dgn teknik ini.

Nah , disini saya pula yg ingin memohon , jasa baik mana2 rakan trader disini agar membuat pembuktian yg jelas kpd saya dan juga mungkin ada rakan2 kita diluar sana juga tentang prestasi sebenar anda bertrading dengan cara anda memberi investor password kpd kami untuk melihat akaun anda secara live !

so , disini kami yg tertanya2 ini atas ketulenan kenyataan individu disini yg kununnya telah berubah persepsi terhadap cara trading akan terjawab dgn sendirinya...

dan keyakinan utk membayar kelas dan berjumpa dgn bro will_care tulus dan tanpa apa-apa cabaran dari mana2 pihak sekalipun...

Tak kenal maka tak cinta , tak tumbuh tak melata , kalau sungguh semua kan percaya !

harus di ingat , kenyataan ini merupakan kenyataan memohon secara ikhlas dari rakan2 di sini dan rasanya saya tidak perlu mengeluarkan apa jua statement secara mencabar..kerna saya inginkan kepastian , kebenaran dan ketulenan dari apa yg berlaku.

setelah segalanya benar dan jelas , InsyaAllah saya dan rakan yg lain sedikit pun tidak takut dan gentar untuk berjumpa dgn bro will_care atau sesapa jua dlm kumpulannya.

lastly , harapnya ada rakan yg sudi berkongsi pengalaman kejayaan mereka hasil dari kelas berbayar ini !

Terima Kasih !


ko nie mcm2 laa..hehehe
 
ko nie mcm2 laa..hehehe


Dear Cybermaster,

Soalan saya satu sahaja... Apa yang anda sedang fikirkan sekarang? Adakah anda merasakan sesuatu tidak menyenangkan sedang berlaku sehinggakan request untuk melihat investor access?

Jika anda sudah membaca keseluruhan thread ini, apa conclusion mengenai teknik yang telah anda dapat?. Telah anda cuba praktikkan pada demo akaun?. Telah anda memdapat idea teknik yang hendak disampaikan oleh thread owner?

Pada saya, anda mahu jawapan yang singkat, nak tengok account live trader, tetapi tidak mahu mempraktikan tips yang diberi untuk simulation anda sendiri.

Okay, lagi sekali saya bertanya.. Apakah yang anda sedang fikirkan?. Jawapan yang ikhlas perlu diberi.

Thanks
 
Dear Cybermaster,

Soalan saya satu sahaja... Apa yang anda sedang fikirkan sekarang? Adakah anda merasakan sesuatu tidak menyenangkan sedang berlaku sehinggakan request untuk melihat investor access?

Jika anda sudah membaca keseluruhan thread ini, apa conclusion mengenai teknik yang telah anda dapat?. Telah anda cuba praktikkan pada demo akaun?. Telah anda memdapat idea teknik yang hendak disampaikan oleh thread owner?

Pada saya, anda mahu jawapan yang singkat, nak tengok account live trader, tetapi tidak mahu mempraktikan tips yang diberi untuk simulation anda sendiri.

Okay, lagi sekali saya bertanya.. Apakah yang anda sedang fikirkan?. Jawapan yang ikhlas perlu diberi.

Thanks

terima kasih atas maklum balas ,

secara jujur , saya tidaklah berniat utk menabur pasir dlm periuk nasi sesiapa , jauh sekali mempunya conflict of interest dalam hal ini.

saya tidak mempertikaikan teknik yang di ajar dalam post2 yang lepas. , cuma saya inginkan pengesahan yg jelas dan tulen dari apa yg diwar2kan disini..

please bro , jgn turning kan kenyataan saya. saya bukan mempertikaikan apa yg bro will_care curahkan di post2 yg lepas.

cuma saya melihat kebanjiran individu yg masuk ke sini dan seolah2 cheering up tentang kelas tersebut.. !

jadi sekiranya benar , apakah salah untuk sayaatau rakan2 yg lain mendapat jawapan dan kepastian tentang anjakan prestasi trading sperti yg dinyatakan oleh segelintir individu di sini ?

its very simple bro , saya hanya mahukan pembuktian yg tulen dan melaburkan sejumlah duit dgn menghadiri kelas berbayar bukan satu skill try and error yang betul.

sebetulnya kalau sememangnya berkesan , usah dilaung , usah dicabar , semua org bisa membayar sejumlah wang asalkan kebnaran itu terserlah dan sememangnya menyebelahi kita semua..

hanya inginkan kepastian dan jawapan , tidak berminat utk mengesahkan tentang ketulenan prestasi kelas ini dgn mebcuba teknik yg telah diajar sblm ini.

saya hanya memperkatakan tentang kelas easy forex system. harap betul2 melihat dimana fokus saya. dan terakhirnya , sekiranya di rujuk semula kenyataan bro , kalau dah berjaya dgn hanya fokus di thread ini , kenapa perlu kami disaran utk menghadiri kelas berbayar ini lagi.bukankah dgn hanya mengikuti forum ini sudah memadai ?? hehehe...!


:)cgrock :)cgrock

p.s : tiada niat mengundang kemarahan sesiapa . kita di negara demokrasi ada hak untuk bersuara.
 
Last edited:
saper cybermaster?..oh senior member rupanya.hahaha

maaf bro , satu kenyataan yg tak releven langsung dgn apa yg saya utarakan. saya bukan hadir sebagai hero pun.

saya hanya mewakili diri saya dan mungkin bbrp individu yg lain.
kita fokus kpd persoalan.

harap misi ini menjadi misi damai dan bukan misi siasatan !


sekadar ingatan : mana2 pihak sesekali tidak sepatutnya menangguk di air jernih kat carigold.com ini. Jgn nanti forum ini dikenali sbg batu loncatan utk menjayakan misi dan matlamat masing2. Kita semua berforum dan sentiasa mencari sesuatu yg terbaik dan tulen. bersusah dahulu tak mengapa . asalkan kita semua selesa dikemudian hari.

:)cgrock :)cgrock
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11807
USD / JPY
158.614
GBP / USD
1.32348
USD / CHF
0.83303
USD / CAD
1.42635
EUR / JPY
177.341
AUD / USD
0.69709
Back
Top
Log in Register