BTC USD 83,735.0 Gold USD 4,155.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

willcare signal & analysis

Status
Not open for further replies.
salam bro willcare

yup..TAMAK:(( saya antara trader yg jahil sebelum join thread nie..

bro willcare kami still memerlukan analisis2 dari bro..coz kalau tak silap dalam 2 minggu nie bro kureng post analisis bro..:D (RINDU)..dengan ayat2 analisis bro:D

#Alhamdulillah...sekali lagi minggu nie target pips saya success(more than 500pips)

thanks bro willcare..balik KL nnt saya nak pertajamkan teknik MA & STOCH:D

Only 100pips perday
Lebih Rezeki dari ALLAH
 
Alhamdulillah....
Setelah kajian demi kajian yg telah saya lakukan, dgn sejujujurnya saya ingin merakam kan ucapan terima kasih saya kepada bro WillCare, kerana penerangan yang diberikan oleh bro dari post#1 sehingga ke hari ini telah membuka minda saya dan meningkatkan lagi trade saya daripada sentiasa rugi kepada keuntungan yg berganda2. Thanks bro WillCare, semoga dimurahkan rezeki selalu.

Ikhlas saya katakan, daripada tip2 yg telah dibincangkan didalam trade bro will care ini, saya telah menemui satu kaedah dengan kesesuian saya sendiri.

Alhamdullilah, sejak itu, saya berjaya meraih average min 500 pips /day. Penemuan ini masih baru dan masih lagi dalam kajian.

terima kasih saya sekali lagi kepada bro willcare dan juga trader2 yg lain yg bersama2 berkongsi pendapat di dalam trade ini....
 
yup..TAMAK:(( saya antara trader yg jahil sebelum join thread nie..

bro willcare kami still memerlukan analisis2 dari bro..coz kalau tak silap dalam 2 minggu nie bro kureng post analisis bro..:D (RINDU)..dengan ayat2 analisis bro:D

#Alhamdulillah...sekali lagi minggu nie target pips saya success(more than 500pips)

thanks bro willcare..balik KL nnt saya nak pertajamkan teknik MA & STOCH:D

Only 100pips perday
Lebih Rezeki dari ALLAH

iyala lamer tak dengar bro wilcare nya pendapat.. :"> :"> :">
 
bro Will care sihat d cni

Salam semua.
Dgn ini sukacita wak maklumkan bahawa bro will Care sihat di KK ni.Wak 'colek' bro will care ni dr 1 Muharam 1429 lg smpi la ke ari ni....huahahaha(ketawa org jahat)...

p/s:Kpd trader2 di Malaysia ni especially yg newbie cam Wak ni cuba cari peluang utk bertemu dgn bro will care ni,Wak jamin u all x kan merasa keciwa.
Jutaan terima kasih kpd Bro Will Care diatas segalanya.
Semoga Allah melimpahkan lg rezeki bro.Aminn...
 
wahh.. patut la aku cuba cari tak dapat.. ade penculikk rupanya.. hiihhihihi :">

Salam semua.
Dgn ini sukacita wak maklumkan bahawa bro will Care sihat di KK ni.Wak 'colek' bro will care ni dr 1 Muharam 1429 lg smpi la ke ari ni....huahahaha(ketawa org jahat)...

p/s:Kpd trader2 di Malaysia ni especially yg newbie cam Wak ni cuba cari peluang utk bertemu dgn bro will care ni,Wak jamin u all x kan merasa keciwa.
Jutaan terima kasih kpd Bro Will Care diatas segalanya.
Semoga Allah melimpahkan lg rezeki bro.Aminn...
 
Bro-Bro yang Saya kasihi..!!

Tahukah Bro semua bahawa bro..semua termasuk dalam kalangan2 mereka yang bernasib baik........!! kerana setelah melalui bermacam-macam , kegagalan, kejatuhan, kerugian dan akhirnya anda berjaya menemui kaedah dan system yang membuat anda profit..Saya percaya semua dari kita bermula dari kosong( O ) . dan kegagalan demi kegagalan tersebut tidak pernah membuat anda semua patah semangat dan berhenti untuk berjuang. Kerana perjuangan itu adalah demi kehidupan yang lebih baik, perjuangan untuk mendapatkan kelebihan , perjuangan demi perubahan dan perjuangan demi masa depan.

Kita belajar dari kesilapan, dari kegagalan yang sentiasa memenuhi kamus kehidupan kita. Kegagalan adalah pengalaman terbaik...dan kegagalan itu adalah guru terbaik. Tapi Sejauh mana kita sanggub gagal, sejauh mana kita boleh bertahan menghadapi kegagalan demi kegagalan. Boleh dikira dengan jari , Berapa ramai yang gagal dan bangkit daripada kegagalan dalam dunia forex, dan masih ramai juga yang masih gagal dan gagal terus , sehingga terjerumus ke masalah ekonomi.

Bro cuba kita fikir kembali........bagaimana anda sampai ke sini...(CARIGOLD). Pastinya anda putus asa setelah kekalahan demi kekalahan yang bro hadapi, sehingga satu saat anda bertemu dengan CARIGOLD dan selepas itu anda terus JATUH CINTA..DAN TIDAK PERNAH BERPALING!! dan darinya anda mendapat ilmu .......Dan skill anda bertumbuh dan dan berkembang seiring dengan kematangan ada dalam bertrading..

Cuba renungkan saudara-saudara kita yang berada di luar sana(newbie). Apakah anda pernah terfikir berapa ramai newbie terjun ke dunia forex dalam sebulan di MALAYSIA. Ramai...bro!! sangat ramai dan masih ramai lagi...Fakta telah jelas mengatakan bahawa 1-6 bulan pertama seseorang newbie adalah lose...dan 90% dari mereka langsung tidak balik modal. Ada juga yang terus meninggalkan dunia forex dengan luka yang masih tercalar..1-6 bulan pertama malah setahun adalah bulan-bulan yang saya katakan adalah bulan meng”inject” ...atau bulan meng “top-up” dan jauh sekali untuk withdrawal. Kerana semuanya serba tidak menjadi,serba tidak mengena ...........apa saja entry yang di buat ....price seolah-olah menjauh ..long price turun....short price pula naik..dan akhirnya kedua post tersebut di closed dengan lose.

Saya masih ingat masa saya memulakan thread pertama saya diNOGOLD dulu kemudian server tersebut down untuk dua minggu dan akhirnya memaksa saya berhijrah ke CARIGOLD. Sebelum memulakan thread ini saya melihat banyak thread yang lebih dulu lebih menumpukan kepada signal dan jauh sekali kepada thread yang membuat analisa. Satu hingga 2 minggu adalah minggu2 yang sangat mencabar........saya bercerita dan beranalisa sendiri............bro DAT7446 dan bro EMAS4u adalah mereka2 yang terawal memeriahkan thread ini. Kehadiran mereka sedikit sebanyak sangat membantu. Thanks so Much bro..!!

Sekarang saya telah tidak risau untuk tidak memberikan analisa kerana saya melihat beberapa perkembangan yang menakjubkan dan memberangsangkan dari mereka2 yang telah tumbuh menjadi seseorang yang matang dalam bertrading.

Teruskan usaha anda dan teruskan hidupkan thread ini.Semoga thread ini akan menjadi thread yang bereducated dan berinfomatif yang boleh menjadi rujukan dan panduan kepada semua orang.

Willcare yang akan terus selamanya

CARE, GUIDE & SUPPORT
 
Fuhh...caya la bro Will Care.
Thanks bro,so marilah kita fahami & renungi akan kata2 bro WC kita ni..semoga ia menjadi satu motivasi didalam diri kita utk 'bertarung' di arena forex ni.

=D> =D> =D> =D>
 
udah brapa kali baca ni.tak jugak faham2.byk sangat yang perlu dikaji..poning....
 
udah brapa kali baca ni.tak jugak faham2.byk sangat yang perlu dikaji..poning....

Bro!
apa yang penting,buatlah kajian demi kajian dengan kesesuaian anda sendiri, carilah/ubahlah setting2 yg ada mengikut cara dan pemahaman anda sendiri, dan ambillah tip2 yg diberikan itu sebagai panduan di dalam kajian2 anda.

Insyallah anda pasti akan menemuinya!
 
Bro!
apa yang penting,buatlah kajian demi kajian dengan kesesuaian anda sendiri, carilah/ubahlah setting2 yg ada mengikut cara dan pemahaman anda sendiri, dan ambillah tip2 yg diberikan itu sebagai panduan di dalam kajian2 anda.

Insyallah anda pasti akan menemuinya!

thanks bro.sekurang2nya jd pembakar smangat untuk terus mengkaji dan berjaya dalam trade hendaknye:D
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12709
USD / JPY
158.379
GBP / USD
1.32011
USD / CHF
0.83532
USD / CAD
1.42473
EUR / JPY
178.474
AUD / USD
0.69347
Back
Top
Log in Register