Salam, bro2 yang ada kat sini. Saya newbie kat sini, sebelum ni just jadi pemerhati je. Saya tengok tempat ni dah jadi panas semula. Sudah2 lah tu.....Biarlah kita jadikan tempat ni tempat untuk berforum dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam dunia forex ni dan bukannya tempat berperang. Hormatilah tuan rumah ( willcare ) yang telah bersusah payah membuka thread ni. Sudah banyak ilmu yg diajar secara percuma oleh beliau semenjak thread ni di buka. Jadi apa salahnya wc membuat class berbayar pula. Saya rasa tidak ada rugi bagi mereka yang berkemampuan untuk mengikuti class beliau, kerana hasilnya memang berbaloi. Yang penting kita faham teknik dan indi yang digunakan. Selebihnya ialah kesabaran kita dan jangan tamak. Insya-allah dengan kesabaran dan ilmu pengetahuan pasti kita akan berjaya.
Kepada mereka yang tak nak belajar, Tolong jangan nak menyalahkan dan menyakitkan hati orang lain.....