BTC USD 84,005.0 Gold USD 4,276.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

willcare signal & analysis

Status
Not open for further replies.
Banyak betol korang ilmu pasal forex ni.
Harap2 ada menafaat kat newbies2 yg mengintai tu..:D
 
Tak Kenal Maka Tak Cinta………..begitulah juga antara saya dan bro2 semua yang saya kasihi…Bro2 semua boleh panggil saya dengan bro will, atau bro willcare. Tujuan saya membuka thread ini bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana orang atau thread yang ada kat carigold nih……Tapi tak lebih hanyalah sebagai sumber informasi forex dari sudut analisa, signal dan panduan kepada mana-mana trader newbies.Disamping itu menambah meriahkan dunia forex tanahair. Dengan harapan signal yang saya keluarkan dari analisa(TA) tersebut dapat dijadikan panduan dan perbandingan dengan analisa-analisa, dan target masing-masing.

Di sini saya hanya akan membincangkan analisa(TA) dan memberi signal untuk pair GBP/JPN sahaja…dan tidak untuk pair-pair yang lain.Kenapa pair GJ??……seperti yang saya katakan tak kenal maka tak cinta, begitu jugalah perasaan saya terhadap cik GJ ini. Saya telah memfokuskan diri untuk cik GJ ini sejak setahun, dan sejak itu saya telah belajar dan memahami setiap ciri-ciri, move, setiap sifat, setiap character yang ada dalam diri cik GJ ini.Setelah mengenal hati budi cik GJ dengan baik, sejak itu saya telah jatuh cinta dengan pair ini atau cik GJ ini dan tidak pernah sekalipun berpaling kepada cik-cik EU, AU atau pair-air yang lain. Saya tak peduli dan tak kisah pair lain naik 1000 pip atau jatuh 10000 pip sekalipun, kerana hati saya tetap dan tak berganjak dari cik GJ..!! (ewah….ewa…ewa!!!).

OK mungkin dah ada trader yang dah mengenali saya sebelum ini kerana saya ada juga membuka thread/jurnal yang sama kat nogold.


Money Management(MM)

Sering kali kita terjumpa dengan istilah MM kat mana-mana ebook, atau kelas-kelas forex. Apakah pentingnya MM ini sehingga sering menjadi tajuk-tajuk atau perbincangan yang penting. Naik dan jatuh, lama atau cepat seseorang trader dalam dunia forex banyak dipengaruhi oleh kebijakkan seseorang trader dalam mengunakan dan mengendalikan MM. Perasaan ingin cepat kaya, ingin profit banyak(tamak) menyebabkan hanya 5% sahaja yang berjaya dalam dunia forex ini dan baki 95% yang lain tidak bernasib baik…Jadi sekiranya ingin bertahan lama, ingin termasuk dalam golongan 5 % pemenang ini …..haruslah mempunyai satu skill, atau sistem pengurusan MM yang baik.

Emosi dan Discipline

Faktor pengawalan emosi dan discipline yang baik merupakan faktor yang sangat-sangat penting sekiranya ingin berjaya dalam forex. Tiada sistem yang sempurna(holy grail) dalam dunia ini sekiranya kita tidak discipline dan mengawal emosi dalam menerapkan dan mengikuti sesuatu sistem yang kita percaya. Apalagi untuk bermain dalam pair GBP/JPN ini…faktor pengawalan emosi, discipline tinggi amatlah perlu,kerana pair ini mepunyai volatile yang tinggi(high risk), pergerakkan yang cepat, tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Disinilah perlunya pengawalan emosi dan discipline.

Stop Lose(SL)

Trader yang baik atau seseorang trader yang berjaya adalah seseorang yang tidak lupa meletakkan stop lose dalam setiap trade yang ia lakukan. Carilah seseorang yg hebat dalam dunia forex ini, takkan ada seseorang trader yang akan profit dalam setiap trade atau single trade yang dia buat.Itulah pentingnya button stop lose ini. Heran bin ajaib kerana ramai trader yang saya lihat sanggub menahan lose sehingga beratus-ratus pip untuk satu-satu pair malah ada yang top-up duit untuk mengelakkan panggilan dr cik marginah kerana yakin price akan berpihak kepadanya dan akhirnya yang terjadi memakan diri sendiri. Jangan lupa dengan peranan stop lose…….mungkin kita lose 1 atau 2 trade , tapi million trade akan datang. Market ini adalah 24 jam dan 5 hari seminggu, So kalau dah lose, atau SL dah hit tuh stop2 lah, rehat2lah cik abang oii. Jangan paksakan diri mengejar atau mendapatkan balik kerugian tuh, esok-esok masih ada lagi.


Di sini saya ingin nyatakan bahawa saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan (live trade) yang bro-bro dapat dari thread ini, yang mana disebabkan oleh signal/analisa yang saya keluarkan. Jadikan signal/analisa dari saya atau member-member lain sebagai panduan dan perbandingan dengan signal/analisa masing-masing.

Selamat Maju Jaya Dan Happy Trading !!



Dari Meja

WillCare…..

Attitude, Discipline And Emotions…..

It’s Not In Indicator, It is fighting with your self, Fighting for Discipline, Againts Greed, Fear …………..Blind Entries!!!!


Nasihat aku, newbies baca ni dulu..bagus brother willcare ni :D
 
panjang citer? satu ayat penerangan takde pun?


Penerangan ada dalam chart tu..1001 macam kalau nak di terangkan dari chart tu.Bagus le siapa punya chart tu? :D
Mati-matian dia dapatkan lakaran tu..kompom lah boleh
tangkap byk pips :)
Follow je thread ni..aku sokong.
Starter thread jgn melangkah panjang, newbies kat sini
mesti nak slow2. :D
 
byk nye chart... tunggu bro DAT punya chart plak... hehe...
 
Newbies yg x paham tu bertanya..mengintai tak tanya apa2 x dapat pe2.Tak tau sila bertanya.Mesti ada senior yg nak membantu.Forex ni mudah je nak dapat 10 pips. Tambah ada chart tu, macam boleh dapat 1000pips je...
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 19 (6 members and 13 guests)
ismandi76, azraneus, valasfx, emas4u, gzul9, hackerz6
mmmm..ramai juga tetamu pada hari ahad ni 13org..tentu tgh belajar melalui rujukkan lepas yg willcare curahkan dlm forum ni.
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 19 (6 members and 13 guests)
ismandi76, azraneus, valasfx, emas4u, gzul9, hackerz6
mmmm..ramai juga tetamu pada hari ahad ni 13org..tentu tgh belajar melalui rujukkan lepas yg willcare curahkan dlm forum ni.

tau xpa..hehe
 
wah nama aku pun ade..hehe, wish me luck tomorrow guys...:)
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13860
USD / JPY
158.230
GBP / USD
1.32444
USD / CHF
0.82476
USD / CAD
1.41072
EUR / JPY
180.396
AUD / USD
0.70343
Back
Top
Log in Register