Salam Sejahtera Warga Thread Willcare Signal & Analysis,
Saya membaca thread ini dari awal hingga minggu lepas (page 500++).. Banyak ilmu yang dikongsi oleh Bro WC, DAT7447 dan lain-lain pasal forex.. Ilmu forex terlalu banyak utk kita pelajari dah tak akan abis. Walau banyak indicator yang keluar, tapi akhirnya 2 indicator yang akan menentukan - Indicator Kesabaran dan Indicator Ketamakan.
Thread yang mulanya meriah kini macam tempat peperangan - yang kesudahannya mereka yang tak bersalah telah mati.. Kita tengok semenjak kekecohan berlaku, tiada lagi ilmu yang amat berharga dicurahkan. Betapa ramainya rakan2 yang baru menceburi arena forex ni tertunggu-tunggu ilmu yang sentiasa baru..
Mereka yang rasa apa yang dicurahkan oleh Bro WC tidak memadai di sini, pilihannya ada ... pergilah ke Seminarnya.. Kalau rasa dah pandai, syukurlah kerana anda ada kelebihan sedikit. Janganlah marah kalau mereka yang pergi ke PC/Seminar tidak mahu berkongsi sebab itu adalah hak mereka. Ramai yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang, tapi ramai jugak yang mengharapkan percuma. Tertarik dgn luahan Bro Willcare, EFS perlukan pemahaman konsep yang mantap. Bergurulah dengan yang pakar.
Sekiranya Bro-bro hensem rasa Seminar or thread WC ini tidak mampu memberikan ribuan pips, banyak lagi kelas-kelas forex di Malaysia ni. Nak tahu Chaos System, pergilah berguru dengan Bill William, Nasir Yaacob dengan Kuasaforex, Elliot Wave, Fibonacci dan sebagainya .. Pergilah menuntut ilmu di sana... Jangan diganggu mereka yang diam memerhati atau yang sesekali mencelah di sini. Kami tidak mahu kemeriahan di sini bertukar menjadi medan pertempuran.
Thread ini diwujudkan oleh Bro WC untuk membantu mereka yang masih tercari-cari rentak forex trading. Mereka yang rasa telah berjaya sangat-sangat dengan style masing-masing, janganlah menghuru-harakan, sebaliknya kongsilah di sini. Di sini percuma, tetapi jika ingin membuat kelas/seminar, tiada siapa melarang. Kesian newbies yang ramai di sini.
Saya perhatikan orang melayu inginkan benda percuma, hasad dengki, suka mencari kelemahan orang lain, kaki kutuk, menjatuhkan orang lain dan sebagainya. Mengapa Bro-Bro yang hensem??
Saya harap selepas ini tiada lagi kata-kata dan jiwa yang kotor di sini kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Yang ramai di sini bangsa Melayu - Adakah bangsa Melayu kotor begini?
Harapannya minggu depan kita akan kembali ke landasan yang betul .. GJ Analysis
Sekianlah Bro-Bro yang hensem