BTC USD 83,454.3 Gold USD 4,173.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wifi percuma dalam bas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

​

KUALA LUMPUR - Warga kota bakal menikmati kemudahan jalur lebar tanpa wayar (Wifi) secara percuma menerusi pelaksanaan projek Metro Wifi tidak lama lagi.

Naib Presiden Eksekutif Global & Wholesale TM, Mohamad Rozaimy Abd Rahman berkata, buat permulaan, projek itu menyediakan infrastruktur akses Wifi percuma kepada 44 kompleks Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) di sekitar ibu negara secara berperingkat.

"Pemasangan infrastruktur Wifi di kesemua 44 PPR dan PPA ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama (MOC) dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Wilayah Persekutuan Infrastruktur Sdn Bhd (WPI), di sini hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani antara Mohamad Rozaimy yang mewakili TM dan Pengarah Urusan WPI, Emil Rinaldi Syaiful serta disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Pengerusi YWP.

Sementara itu, Emil Rinaldi berkata, setakat ini kemudahan Wifi percuma itu sudah boleh digunakan sepenuhnya oleh penduduk PPR Bandar Tun Razak.

"Diharapkan inisiatif ini akan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat dan merapatkan jurang digital antara penduduk Kuala Lumpur sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata, MOC yang ditandatangani itu bakal merintis kerjasama untuk memperluaskan projek Metro Wifi ke Putrajaya dan Labuan. - Bernama
 
habis la geng tak bole cari makan nanti
 
Dengan harapan wifi tersebut semua berinternet. Jangan pasang sahaja wifi tetapi tiada sambungan network.
 
mana part kata free wifi dalam bas?
 
Back
Top
Log in Register