BTC USD 81,986.1 Gold USD 4,127.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp punca cerai

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Rom: Kemajuan teknologi memang tidak semestinya membawa kesan positif dalam kehidupan manusia malah di Itali aplikasi sembang popular WhatsApp dilihat sebagai salah satu punca perceraian.

Presiden Persatuan Peguam Matrimoni Itali (IAML) Gian Ettore Gassani berkata, perbualan melalui WhatsApp dikesan menjadi penyebab sehingga 40 peratus perceraian apabila perbualan dengan kekasih gelap dikesan pasangan.

Lebih-lebih lagi pula WhatsApp sering digunakan untuk berkongsi gambar dan video seksi malah ada juga yang mempunyai sehingga tiga atau empat kekasih lain melalui WhatsApp.

“Media sosial memudahkan hubungan sulit. Daripada bertukar pesanan ringkas (SMS) yang kemudian berubah kepada Facebook dan kini WhatsApp memang semakin banyak kemudahan yang disalahgunakan ramai orang.

“Keadaan ini seperti bom jangka apabila seseorang melayan sehingga empat orang sekaligus,” katanya.

Dia juga mengakui pertukaran gambar lucah melalui WhatsApp menjadi ‘pembuka’ kepada hubungan seks bebas.

Sebelum ini seorang pengkaji Britain pada 2011 mengatakan Facebook menjadi punca kepada sepertiga kes perceraian.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14023#sthash.dhkJARS4.dpuf
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14023#sthash.dhkJARS4.dpuf
 
Teknologi yg bagus, cuma ada yg ambil kesempatan utk buat yg tak elok.
 
kena lock siap2 fon tu. xla kantoi
 
Fb, whatsapp, wechat...

Benda ni utk kebaikan sebenarnya tp disalahgunakan utk cari skandal..
Dapatlah habuan
 
Medium Whassap itu Natural.

Pengguna sahaja yang tentukan ia
berasid atau beralkali.

Keh..keh..keh..(cam poyo jer kan)
 
korg buat kt org..nnt korg akn rse yg jgk cmne korg bt kt org

p/s sy bukan ustaz hanya memperingati sesama kite..:)
 
Back
Top
Log in Register