BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What is MLM?and How to profit from it?

kalau macam tukan....MLM mana yang paling best sekali ekk????sape2 yang nak promo pun tak kisah....dan of course nyatakan kenapa korang rasa MLM yang korang pilih itu best dari yang lain....??

owh..kalo camtu klik je kt signature bwh ni..heheh
 
MLM - Meniaga Larut Malam
Kena tipu orang baru boleh berjaya..
Kena pakai kete besar baru boleh dpt downline

Sebelum aku kenal dunia MLM yg sebenar dulu, mcm ni lah juga tanggapan aku. Bagi aku semua agennya cuba mengeksploitasikan relationship yg ada.:mad:

Setelah aku mengenali MLM melalui research yg aku buat sendiri,ternyata MLM disebalik sedikit kekurangan sebenarnya membawa banyak kebaikkan dan kelebihan. Bergantung dr sudut mana yg kita nak lihat. Seumpama kita ambil sekeping kertas putih A4, ambil pen/pensil buat satu titik ditengah2 kertas. Apa yg kita nampak ialah titik hitam tersebut, sebaliknnya kita gagal melihat bahagian selebihnya iaitu kertas putih itu sendiri.

Begitulah perumpamaannya, kita asyik melihat keburukan hingga gagal untuk melihat kelebihan dan kebaikkan yg bakal kita perolehi...dahulu aku adalah salah seorang yg melihat dr sudut ini :))

Memang tak dinafikan, terdapat banyak sangat hari ini sykt yg menjadikan MLM sebagai topeng untuk skim2 cepat kaya dan money game mereka dan inilah penyebab kepada persepsi negatif kebanyakan orang dan memberikan kesan negatif kepada perniagaan MLM yg sebenar.

Dan juga sikap leader2 "sengkek" yg terlalu mementingkan poket sendiri hingga memberikan tanggapan negatif kpd perniagaan ini.

Tak kurang juga kerana sikap ahli2 sendiri yg joint tapi tak anggap ini sebagai satu perniagaan, sebaliknya sekadar menggunakan produk dan cakap sepatah dua, dia dah kata "MLM tak boleh buat la" padahal dia sebenarnya tak buat pun.

Ia ibarat kita memandu sebuah kereta, kalau sekadar masuk kedalam kereta, start enjin shj.....sudah pasti kita tak akan sampai ke destinasi yg dituju...

MLM memang sinonim dgn meniaga larut malam tapi jika ditanya kembali kepada pengamal MLM, yg diaorang berjaga sampai larut malam ini adakah kerana berniaga atau lebih kepada borak di kedai kopi? Aku rasa bagi yg dah ada experience dgn MLM, yg sebenarnya lebih kepada borak2 ttg perancangan dan mcm2 lagi yg tak pernah dilaksanakan.....kenapa aku cakap macam tu, sebab aku dulu pun memang mcm tu :) Bila aku muhasabah balik, sebenarnya semua tu tak perlu.....1 atau 2 jam sehari dah cukup, tapi jgn la pukul 11 mlm baru nak start, confirm sampai kul 1 pagi nyer...

Start la kul 9 mlm, so paling lewat pun kul 11 mlm dah selesai. kalau yg ada masa sebelah petang tu boleh la guna sebelah petangnya....Tapi kalau tak sanggup nak berkorban masa langsung, jgn la masuk MLM dan anggap ini adalah satu perniagaan sebab sebenarnya kita joint tadi just nak jadi pengguna dengan mendapatkan harga murah sebagai ahli.

Bab tipu org untuk berjaya dlm MLM ni aku tak nafikan memang ada yg buat. Mereka inilah yg aku panggil leader "sengkek". Cakap tak serupa bikin semata2 nak tarik ahli untuk joint.
Kalau kita anggap MLM ini sebagai sumber pendapatan yg halal yg kita nak cari, InsyaAllah tak akan berlaku situasi tersebut. Sebab kita masih lagi berpegang kepada hukum Allah. Dan berniaga untuk mendapat rezeki yg halal lagi diberkati.

Bab kena ada kereta besar baru org nak joint....aku pun kena ayat ni dulu, Masa tu aku pakai kereta paling kecil di Malaysia dan memang kereta lama. Ada prospek aku tu dan memang org lama MLM kata kat aku, kalau ko nak berjaya dlm MLM ko tak boleh pakai kereta ni, kena tukar kereta....Tapi aku anggap itu sebagai satu cabaran dan saat itu juga aku berazam untuk membuktikan bahawa fakta tersebut adalah salah kerana aku berpegang kepada prinsip "Setiap sesuatu yg besar itu pasti bermula dgn kecil". Alhamdulillah aku telah berjaya membuktikannya berkat dgn Doa,Usaha dan Tawakkal kepada Allah.....


Cuma nasihat aku kepada sesiapa yg nak joint mana2 perniagaan MLM korang mesti tahu sebab kenapa korang buat bisnes MLM bukan bisnes SLM atau trading biasa. Lepas dah dapat sebab tu baru boleh joint mana sykt MLM tapi sekali lagi 3 perkara ini sangat2 penting untuk diselidiki iaitu : -

1) Syarikat
2) Produk
3) Plan Pemasaran

Apakah kriteria utk setiap faktor tersebut? Byk, sbg cth syarikat - siapa pengasasnya, apakah pengalaman yg dia ada dlm perniagaan tersebut, apakah matlamat dan visi sykt, kekukuhannya dll.

Selain dr 3 faktor diatas, korang kena tahu juga sebab penaja yg datang jumpa korang tu joint sykt tersebut. Elakkan dr penaja yg desperate dan tak boleh nak jawap faktor diatas. Awas, dia mungkin lompat sikatak lompat....

Cari penaja yg betul2 established reason/s for joining the company, sebaik baiknya yg aktif. Kenapa? byk sebab....

Dan ingat! MLM ialah perniagaan, bukan skim cepat kaya, bukan skim utk mendapatkan keahlian, bukan skim longgokan produk seperti yg dibuat oleh sesetengah org.

Jadi setiap perniagaan ada caranya, ada etikanya. Dan yg terpenting carilah yg "Halal" dr segi produknya, perniagaannya dan cara pembayarannya (marketing plan). Memang susah untuk dicari tapi ada...dan Alhamdulillah, aku dah jumpa, cuma aku terpaksa korbankan apa yg aku buat sebelum ni dan start all over again....:D
 
betul tu kelubi.. pada yg bagi email tu nanti akan saya hantarkan maklumat nie yer.. sebab saya sedang buat dalam bentuk ebook untuk semua penggiat MLM. Insyaallah..
 
Actually, kalau kita xberjaya kat satu syarikat MLM ni, belum tentu kita xberjaya kat compeni MLM lain... ada banyak faktor yg mempengaruhi, cthnyer memang dah xde rezki kat situ, so, cuba la compani lain, sama la cam keje biasa.. kekadang keje bagus kat compeni ni tapi bos x suke, so, pindah la kompeni lain.. mungkin lebih berjaya...
 
Actually, kalau kita xberjaya kat satu syarikat MLM ni, belum tentu kita xberjaya kat compeni MLM lain... ada banyak faktor yg mempengaruhi, cthnyer memang dah xde rezki kat situ, so, cuba la compani lain, sama la cam keje biasa.. kekadang keje bagus kat compeni ni tapi bos x suke, so, pindah la kompeni lain.. mungkin lebih berjaya...

betul 2.. yg penting jangan cepat putus asa.. kejayaan bukan datang sehari.. :D
 
alhamdulillah...ramai juga yang tahu dan setuju bahawa MLM tu MEMANG boleh jana passive income..
bagi aku yang penting tu niat...kalau niat kita tulus untuk tolong org lain berjaya..contohnya tolong downline kita berjaya setting up dia punya organization..indirectly kita sendiri akan berjaya...
dan itula yang aku nampak yang ada dalam MLM sekarang ni..saling bantu-membantu..dan bersama-sama menuju kejayaan...
mudah-mudahan kita boleh jadi insan yang hebat di dunia dan akhirat...dalam MLM..kita mungkin leh buat jahat..tapi kita juga PASTI boleh buat banyak amal jariah dgn ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama asalkan niat dan cara kita tidak bercanggah dgn tuntutan Islam...
mudah-mudahan Allah permudahkan kita capai segala impian kita dunia akhirat..aminn...
 
alhamdulillah...ramai juga yang tahu dan setuju bahawa MLM tu MEMANG boleh jana passive income..
bagi aku yang penting tu niat...kalau niat kita tulus untuk tolong org lain berjaya..contohnya tolong downline kita berjaya setting up dia punya organization..indirectly kita sendiri akan berjaya...
dan itula yang aku nampak yang ada dalam MLM sekarang ni..saling bantu-membantu..dan bersama-sama menuju kejayaan...
mudah-mudahan kita boleh jadi insan yang hebat di dunia dan akhirat...dalam MLM..kita mungkin leh buat jahat..tapi kita juga PASTI boleh buat banyak amal jariah dgn ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama asalkan niat dan cara kita tidak bercanggah dgn tuntutan Islam...
mudah-mudahan Allah permudahkan kita capai segala impian kita dunia akhirat..aminn...

Sekiranya seseorang cuma mengenali MLM sekadar kulitnya memang mereka berpandangan negatif, tetapi jika mereka mengenali isinya, pasti ramai yg suka....terutamanya yg berniat ikhlas hendak membantu sesama insan.

Memahamkan seseorang ttg MLM yg sebenar ibarat menghadiahkan joran untuk seseorang itu memancing untuk seumur hidupnya. MLM kerja berjamaah, bukan individu...dari sini terbinalah ukkuwah sesama Islam.

Tetapi awas, MLM boleh melalaikan, jadi bijaklah merencanakan masa antara perniagaan, keluarga dan ibadat. Letakkanlah akhirat di hadapan, InsyaAllah berebutlah keduniaan mengekori kita.

p/s : usahawan bukanlah insan luar biasa, cuma usahawan luarbiasa tindakannya.
 
saya suka baca tulisan sri_kelubi:)
banyak ilmu ni.....
 
saya suka baca tulisan sri_kelubi:)
banyak ilmu ni.....

betul2.. banyak yg tersirat dalam yg tersurat nie.. ehh.. betul ke.. hentam je la.. yg penting point kat cni.. kena baca dan paham betul2.. baru nampak banyak nasihat dlm post bro sri_kelubi 2.. :D
 
Back
Top
Log in Register