ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR - Westports Malaysia Sdn Bhd, pengendali pelabuhan paling sibuk di negara ini, masih berharap disenaraikan menjelang akhir tahun ini dan masih menunggu kelulusan permohonannya.
Pengerusi Eksekutif Tan Sri G. Gnanalingam berkata Westports telah melantik beberapa bank bagi cadangan tawaran awam permulaannya (IPO).
"Ia masih di dalam proses. Bank telah dilantik dan ia kini di dalam proses permohonan," katanya kepada para pemberita di luar jadual Forum dan Pameran Logistik di sini hari ini.
Bagaimana pun, Gnanalingam enggan mendedahkan butiran lanjut cadangan penyenaraian itu kerana perbincangan sedang dilakukan.
Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa Westports dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober tahun ini. Urus niaga itu dijangka menarik dana sehingga RM1.54 bilion.
Westports menguruskan pintu keluar eksport utama Malaysia di Pelabuhan Klang, yang merupakan pelabuhan ke-12 paling sibuk di dunia.
Ia merupakan salah satu pelabuhan utama di sepanjang Selat Melaka, yang menghubungkan Asia dengan Timur Tengah dan Eropah dan mengendalikan 40 peratus daripada perdagangan global. - Bernama