Buat Website Sambil Menderma
Askum semua,
Mungkin ada diantara anda yang pernah baca thread saya. Ya saya telah dibuang kerja dan kini saya berusaha untuk mengisi masa lapang dengan mengerahkan segala keringat serta kemahiran yang saya ada dengan membuka service di dalam CG.
Insyaallah banyak lagi service yang saya akan buka tetapi yang pertama saya nak buka kat sini adalah service membina website. Nak kata handal tu tak la sebab dah 10 tahun saya tinggalkan web programming, tapi insya'allah saya akan cuba buat catching up dan mudahan hasilnya dapat memuaskan anda.
Memandangkan ini adalah perancangan last minit, maka saya tiada portfolio atau contoh website sebab memang dah lama tak buat. Jadi saya menawarkan pada HARGA SERENDAH SATU RINGGIT. Jadi anda tidak akan rugi apa-apa betul tak? Tetapi kenapa Satu Ringgit? Sebab inilah cara saya untuk membina portfolio dan bila sudah cukup portfolio nanti maka saya akan tutup tawaran ini.
Syarat-Syaratnya:
- Hanya 4 Page sahaja (Main, About, Gallery, dan sebagainya)
- Setiap Page sekurang-kurangnya 200-300 patah perkataan
- Anda perlu sediakan semua content kerana saya hanya buat web
- Anda perlu sediakan semua gambar kerana saya hanya buat web
- Jangkamasa siap antara 1-5 hari waktu bekerja
- Saya berhak menolak jika request anda terlampau complicated
- Saya akan guna HTML atau mungkin WordPress
- Saya boleh menutup tawaran ini pada bila-bila masa
- Saya hanya ambil 3 customer pada satu masa
- Saya hanya akan buat untuk mereke yang dah sediakan content
*syarat lain akan datang jika ada
Cara Bayaran:
- Bayar seikhlas hati anda, tetapi minimum Satu Ringgit
- Bayaran dibuat atas nama MAKNA
(Majlis Kanser Nasional or the National Cancer Council)
- Boleh klik sini untuk cara bayaran
- PM kepada saya bukti bayaran
Insyaallah setelah saya terima bukti bayaran anda maka saya akan mulakan website anda. Tetapi sila pastikan anda sudah sediakan content web tersebut. Jika ada persoalan boleh diajukan di dalam thread ini.
Selamat Berpuasa.