BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Web Kerajaan Jadi Web Lucah?

dakwah

Banned
Messages
1,120
Joined
Jul 5, 2006
Messages
1,120
Reaction score
7
Points
25
KUALA LUMPUR: Macam laman web lucah! Penggodam komputer yang berniat jahat untuk menjatuhkan maruah Islam menceroboh laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan mempamerkan gambar serta aksi lucah wanita Eropah.


Orang ramai mula menyedari kedua-dua laman web rasmi jabatan kerajaan berkenaan menjadi mangsa godam ketika melayarinya sejak dua hari lalu.

Sebilangan mereka menghubungi Harian Metro untuk pengesahan dan penggodam didapati hanya melakukan kerja tidak berfaedah itu melalui pautan laman web terbabit.

Seorang pelayar laman web berkenaan, Mahmud Abas, 30, berkata dia terkejut apabila mendapati laman web Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diceroboh orang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dia melayari laman web jabatan itu kelmarin untuk mendapatkan alamat sekolah anaknya, tetapi disajikan dengan gambar lucah dan aksi berahi wanita Eropah.

“Ketika itu, saya di pejabat dan rakan lain juga terkejut. Mereka mulanya menyangka saya melayari laman web lucah tapi apabila saya menerangkan kepada mereka, perbuatan menggodam laman web jabatan berkenaan mula terdedah.

“Pada mulanya saya juga menyangka komputer saya dicemari virus yang menyebabkannya memasuki web lucah, rakan sepejabat juga membuka laman web ini dan mereka turut menemui gambar lucah,” katanya.

Berikutan itu, dia dan rakan melayari beberapa web jabatan kerajaan lain sebelum menemui web Jawi yang turut menjadi mangsa godam golongan tidak bertanggungjawab.

Kata Mahmud, kejadian itu memalukan berikutan mungkin ada pihak cuba menjatuhkan maruah agama, bangsa dan negara.

“Perkara jijik seperti ini perlu ditangani segera kerana bimbang murid sekolah melayari laman web berkenaan.

“Murid sekolah mudah melihat laman lucah itu dengan hanya melayari laman web kerajaan dan perkara ini amat merunsingkan,” katanya.

Walaupun laman web itu diceroboh melalui web pautan, tindakan segera perlu dilakukan bagi memastikan perbuatan jahat berkenaan dapat dihapuskan.

Mengulas kejadian godam itu, Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan membantu jabatan berkenaan memulihkan web masing-masing.

Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Idris Hussin, pula berkata tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Kami akan siasat terlebih dulu dan cuba mengatasinya dengan bantuan pakar bagi memastikan ia tidak berulang.

“Saya berharap orang ramai yang melayari laman web itu bersabar dan mungkin akan dapat diatasi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai pencerobohan laman web jabatan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati laman web rasmi tidak diceroboh penggodam terbabit tapi mereka mungkin melakukannya melalui pautan yang menghubungkan web rasmi jabatan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat maklumat mengenai pencerobohan itu kelmarin, pihaknya melakukan pemantauan segera hingga semalam dan mendapati tiada sebarang aktiviti untuk menggodam web rasmi jabatan berkenaan.
 
dunhia dah akhir zaman sangat dah ni, islam diperlekehkan oleh kafir laknatullah(topeng)...
 
site pun.. mmg sng nk kne hack .. xsecure .. :)
 
oo x secure ek..biasalah web kerajaan

banyak aku nampak wen gomen ni antaranya tiada update, design 'hodoh', low security dan tah apa2 lagi yang tak menyenangkan, cakap berdegar2 tapi hampehhh...:D
 
ish macam2 la
 
banyak aku nampak wen gomen ni antaranya tiada update, design 'hodoh', low security dan tah apa2 lagi yang tak menyenangkan, cakap berdegar2 tapi hampehhh...:D

hehehe..yang ni akoo sokong ko matgori..
 
Back
Top
Log in Register