BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waymo Lancarkan Roboteksi Swapandu Gen 6 Dengan Teknologi Geely

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,558
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,558
Reaction score
7,740
Points
916
Waymo hari ini melancarkan kereta swapandu generasi ke-enam mereka yang menggabungkan teknologi pemanduan tanpa manusia mereka dengan tubuh kenderaan keluaran Zeekr – sub jenama di bawah Geely. Ia kini ditawarkan kepada pelanggan roboteksi Waymo One bersama dengan kenderaan Gen-5 yang menggunakan kereta Jaguar I-PACE. Waymo mengumumkan kerjasama dengan Geeely untuk pembangunan teksi ini pada 2022 dengan ia adalah berasaskan platform kenderaan elektrik SEA-M.

Roboteksi-Waymo-Zeekr-Geely-A-950x535.jpg.webp


Setiap roboteksi baharu ini dilengkapi 13 kamera, 4 LiDAR, 6 radar dan rangkaian sensor audio luaran yang menurut Waymo akan meningkatkan kemampuan swpanadunya. Ini adalah pengurangan daripada 29 kamera dan 5 LiDAR yang digunakan pada kenderaan Gen-5. Dengan rangkaian sensor ini, setiap Wayno-Zeekr boleh beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca, siang serta malam dengan lebih baik. Jarak pandangan kenderaan juga meningkat sehingga 500 meter ke hadapan.

Roboteksi-Waymo-Zeekr-Geely-B-950x534.jpg.webp


Roboteksi ini mempunyai lantai yang lebih rendah bagi memudahkan penumpang turun dan naik khususnya golongan OKU. Ruang kabin juga lebih besar bagi meningkatkan keselesaan penumpang. Ia kini diuji di atas jalan raya awam tetapi dengan seorang pemandu manusia bagi memastikan ia selamat digunakan sebelum dibenarkan beroperasi swapandu sepenuhnya seperti Gen-5. Waymo berkata sekata ini Waymo One menjalankan 50,000 perjalanan swapandu setiap hari dan setakat ini telah melakukan lebih 2 juta perjalanan sejak perkhidmatan roboteksi ditawarkan pada tahun 2018.

Sumber asal https://waymo.com/blog/2024/08/meet-the-6th-generation-waymo-driver/
 
Back
Top
Log in Register