BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wasiat Dari Allah SWT

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Wasiat dari Allah s.w.t.

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang ***** janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."
 
Chop! Chop! Penggunaan bahasa TT.

Wasiat = pesanan terakhir yg diucapkan atau yg telah ditulis oleh orang yg hampir meninggal dunia: surat ~ surat yg menyatakan pesanan orang yg meninggal. berwasiat berpesan atau membuat wasiat: Beliau ~ supaya sepertiga drpd hartanya diturunkan kpd cucunya. mewasiatkan memberi pesanan atau wasiat bkn dgn sesuatu: Beliau ~ sebahagian hartanya kpd yayasan kebajikan itu. pewasiat orang yg mewasiatkan.

Maka sifat Allah itu wujud, ada dengan sendirinya so agak terpesong akidah kita bila perkataan wasiat digunakan di thread TT ni. :-?
 
nota:
di sini wasiat lebih bermaksud kepada 'pesanan'.
bukan spt yg didefinisikan di atas.
harap maklum. tq.
 
salam...
betul juga...
lebih baik guna "peringatan"
atau pesanan...
TT boleh ubah tajuk...
 
Back
Top
Log in Register