BTC USD 81,408.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

wasiat ayah kepada 2 anaknya

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Suatu masa ada 2 orang adik beradik.

Sebelum meninggal dunia, ayah mereka berpesan dua perkara :

"Jangan meminta hutang kepada orang yang berhutang kepadamu"

"Jika mereka pergi dari rumah ke tempat kerja jangan biarkan dirimu terkena cahaya matahari."


Waktu berlalu.

beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bongsu menjadi semakin miskin.

Ibunya yang masih hidup bertanyakan hal itu kepada mereka.

Jawab anak yang bongsu :

"saya ikut pesan ayah. Ayah berpesan tidak boleh minta hutang kepada orang yang berhutang kepadaku,

dan sebagai akibatnya modal untuk perniagaan semakin susut akibat orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku pula dilarang meminta hutang.

ayah berpesan waktu pergi atau pulang dari rumah ke kedai dtidak boleh terkena matahari.

Akibatnya saya terpaksa naik kereta dgn FULL HD cermin gelap ke mana2.

Sepatutnya jalan kaki pun dah cukup, tetapi sebab pesan ayah banyak belanja terpaksa dikeluarkan."
:((:((

ibunya pula bertanya anak yang sulung yang bertambah kaya, hal yang sama.

Jawabnya:

" saya juga taat pesan ayah.:)

ayah juga berpesan supaya saya tidak boleh menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, oleh itu sebagai persedian saya tidak memberi hutang kepada sesiapa.... oleh yang dengan demikian modal sentiasa cukup.

Tetapi ayah tidak melarang saya.. untuk berhutang. Jadi saya berhutang untuk membesarkan perniagaan saya. :)cgrock

ayah melarang saya terkena cahaya matahari,jadi saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.

oleh itu kedai saya dibuka sebelum kedai lain dibuka, dan tutup hanya selepas orang lain tutup. kedai aku menjadi popular dan laris, waktu operasi/jam lebih lama."


Bagaimana pula dengan anda ?

pilihan ada di tangan seseorang.

Berusahalah melakukan hal rutin dengan cara yang luar biasa dari orang lain.

Cara untuk berjaya.... ubah diri Anda sendiri dahulu,sebelum mengubah orang lain.

Memberi hutang boleh membuatkan anda menjadi miskin.. tetapi berhutang boleh membuatkan kamu menjadi lebih kaya
:)cgrock
 
menarik cerita ini ... terdapat pengajaran disebaliknya ... :)
 
berhutang itu menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai dan amanah.menyedari akan tindakan berhutang itu maka dia berusaha utk membayar hutangnya. sekiranya sebaliknya berlaku maka sebaliknya juga sifat nya.
 
berhutang itu menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai dan amanah.menyedari akan tindakan berhutang itu maka dia berusaha utk membayar hutangnya. sekiranya sebaliknya berlaku maka sebaliknya juga sifat nya.

ayat hang nih... pusing2 ..aku x brp tak faham :-?

amanah.. siapakah yg amanah
 
menarik cerita ini ... terdapat pengajaran disebaliknya ... :)

sila jelaskan apa pengajaran yg boleh kita dpt :)

2 orang anak yg sama2 taat..dgn wasiat ayahnya... tapi akibatnya

hanya satu orang yg bernasib baik :)

Dalam hal ini siapakah yg bersalah... adakah ayahnya yg memberi nasihat yg meragukan....

atau sifat seseorang yg terlalu baik, jujur dan lurus bendul menyebabkan hidupnya.... terhina

atau anda ada pendapat lain :)paid
 
artikel ini kurang memberikan motivasi positif.

1. ayah suruh jangan minta hutang, tapi ayah tak kata jangan berhutang. maka itu aku berhutang untuk besarkan perniagaan. ( berhutang tidak digalakan dalam islam ).

2. nampaknya mereka yg lulus bendul dan jujur akan menjadi miskin. dimana mereka membantu orang dgn memberikan hutang dan tidak menuntut hutang dilihat sebagai ***** dan menyusahkan.
 
memang best citer nie ..sape reka??..
 
pandangan saya :

1. jangan berikan orang hutang . tetapi berilah orang sedekah dan sumbangan dan bantuan sekiranya mereka memerlukan . tp biarlah dalam lingkungan yg kamu mampu . kerana janji ALLAH akan melipat gandakan sedekah . tp klu kamu beri orang hutang , kamu akan pening camne nak dptkan balik duit tu dan silap haribulan putus kawan , putus sedara kerana hutang tu .

2. yg nombor dua tu saya setuju , kuar rumah waktu fajar dan balik waktu mlm . tp saya tak kuar rumah waktu fajar dan balik waktu mlm , tp tiap saat ada di rumah sbb bisnes dr komputer je . hehe
 
Back
Top
Log in Register