BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wartawan dibakar hidup-hidup

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Jagendra Singh​

NEW DELHI 11 Jun - Seorang wartawan dibakar hidup-hidup baru-baru ini di India, hanya kerana dia menuduh seorang ahli politik merogol seorang jururawat dan terlibat dalam gejala rasuah.

Mail Online melaporkan, Jagendra Singh dari Uttar Pradesh terkorban apabila sekumpulan lima anggota polis bertindak menyerbu rumahnya selepas menuduh ahli politik, Ram Murti Verma terlibat dalam gejala rasuah di laman sosial Facebook.

Polis berkenaan mendakwa, Singh meninggal dunia selepas membunuh diri, sebelum anaknya iaitu Rahul memberi penjelasan bahawa bapanya terkorban selepas dibakar oleh anggota polis terbabit.

Susulan daripada dakwaan tersebut, mahkamah bertindak menahan anggota polis itu atas kesalahan membunuh, selain turut menahan Verma atas kesalahan sama.

Rahul berkata, pembunuhan bapanya merupakan sebahagian daripada komplot jahat Verma berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Verma bersama inspektor Sri Prakash Rai membakar ayah saya di hadapan kami sekeluarga. Polis yang terlibat telah diberi rasuah untuk melakukan tindakan tersebut,” jelas Rahul.

Pengerusi Jawatankuasa Media Massa India, C K Prasad mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan sebagai cubaan untuk menghalang kebebasan bersuara dan akan menubuhkan badan penyiasat sendiri bagi menyiasat kes tersebut lebih mendalam.
 
Kt sini dedah skandal 1mdb diisytiharkan muflis. Ahli politik ni mmg jahat mana2 pun. Demokrasi la konon. Tp penuh dgn rasuah.
 
ni betul2 hindustan ni.........sejibik dlm cerita.. bakar depan2
 
kuasa ada pada rakyat....

ini tidak..kerana duit RM50..sanggup pangkah ikut siapa yang bagi RM50....

tetapi berapa ramai yang celik berbanding mereka yang buta...
 
Back
Top
Log in Register