BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waris mangsa lemas tak puas hati

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpeg

SEREMBAN – Keluarga kepada pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini, yang meninggal dunia akibat lemas di dalam kolam renang sekolah itu Jumaat lalu, tidak berpuas hati dengan laporan menyatakan mangsa mandi tanpa pengetahuan pihak sekolah

Bapa saudara mangsa, Abdul Rahim Udin, 34, berkata, kenyataan itu mengundang persepsi negatif kepada Allahyarham seolah-olah tidak disiplin

“Kami kecewa kerana sehingga kini kami masih belum menerima laporan sebenar daripada sekolah mengenai kejadian yang berlaku melainkan hanya ucapan takziah

“Saya diberitahu pelajar lain yang mereka diberi kebenaran untuk mandi di situ dan bukannya tanpa kebenaran seperti dilaporkan,” katanya ketika di hubungi semalam

Pada kejadian kira- kira jam 3 petang, Jumaat lalu, mangsa, Muhammad Daniel Abdul Razak, 17, meninggal dunia dipercayai lemas dalam kolam renang sekolah itu

Difahamkan, mangsa mandi di kolam itu bersama beberapa pelajar sebelum lemas

Mereka dikatakan mandi di kolam itu tanpa pengetahuan guru sebelum dilihat seorang guru yang membuat persiapan hari sukan lalu mengarahkan mereka meninggalkan kolam, kira-kira 3 petang

Abdul Rahim berkata, dia kecewa apabila pihak sekolah seolah-olah mahu lepas tangan

"Kami sedih apabila ada sesetengah pihak beranggapan kematian Allahyarham disebabkan tindakannya mandi di situ tanpa kebenaran

“Allahyarham seorang pelajar yang baik dan saya percaya pada hari kejadian dia bukannya melakukan perkara yang salah,” katanya

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian masih dijalankan dengan mengambil keterangan pelbagai pihak

“Kenyataan mengatakan mangsa mandi tanpa kebenaran adalah laporan yang dibuat pihak sekolah, namun siasatan masih diteruskan,” katanya
 
polis main peranan.

soal cikgu dan murid terlibat.

lepas tu keluarkan statement, mmg mandi dgn kebenaran atau tidak mendapat kebenaran.
 
Back
Top
Log in Register