ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
JERANTUT - Hanya kerana ketiadaan talian telefon, seorang peneroka Felda Lepar Utara 3 terpaksa berhadapan masalah mata sehingga memerlukannya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kerana ketiadaan talian telefon juga, anak peneroka yang berada di luar tidak dapat menatap jenazah ayah mereka buat kali terakhir.
Pada sesetengah orang, ia cumalah satu masalah talian telekomunikasi. Tapi mereka yang melalui kesukaran ketiadaan talian terbabit, boleh memberikan kesan besar.
Peneroka yang juga Ketua Umno Cawangan Felda Lepar Utara 8, Othman Saari berkata, masalah talian telekomunikasi terbabit telah lama melanda gugusan Felda Lepar Utara, namun bertambah teruk sejak dua tahun belakangan ini.
Menurutnya, pernah suatu ketika, talian telekomunikasi di kawasan Felda terbabit terputus berbulan-bulan lamanya dan hanya akan kembali pulih untuk beberapa hari.
"Ada tiga talian komunikasi swasta yang terdapat di kawasan kami ini dengan tiga pencawang masing-masing setiap satu di Bandar Kompleks Lepar Utara A, B dan C.
"Kadang-kadang apabila talian di kawasan A tiada, akan ada di kawasan B atau C. Tidak menentu. Tapi bila talian tiada, kami terpaksa keluar kawasan kampung untuk mendapatkan perhubungan," katanya.
Sedih lewat dapat berita
Bercerita lanjut tentang pengalaman pahit yang menimpa dirinya, Othman berkata, pada 30 Julai lalu, ibunya yang berada di Chini, Pekan meninggal dunia namun ahli keluarga gagal menghubunginya kerana tiada talian telefon.
"Ketika itu ibu saya meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang dan saya hanya dapat mengetahui hal tersebut sekitar jam 10 malam.
"Itu pun setelah keluarga menghubungi anak saya yang berada di Kuala Lumpur dan kemudiannya anak saya mencari rakan di luar kawasan Felda Lepar Utara untuk memaklumkan kepada saya," katanya.
Namun kelewatan menerima maklumat terbabit turut membuatkan Othman terlalu sedih sehingga mata sebelah kanannya terluka.
"Saya terlampau sedih sehingga saya menggosok mata saya dan terluka. Kesan luka yang dalam memerlukan saya mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Menurutnya, apa yang dilalui oleh seorang lagi penduduk Felda terbabit yang dikenali sebagai Zulkifli Othman jauh lebih teruk berbanding dirinya.
"Ayah Zulkifli meninggal dunia baru-baru ini namun dia tidak dapat memaklumkan adik beradik dan seluruh saudara maranya yang berada jauh di luar tanah rancangan ini berikutan tiada talian telefon.
"Kerana itu juga jenazah arwah ayahnya terpaksa dikebumikan terlebih dahulu sebelum adik beradik serta saudara mara yang jauh pulang," katanya,
Sedapkan hati penduduk
Pengerusi Belia Felda Lepar Utara 3, Mohd Norrodzaime Affandy pula berkata, masalah talian komunikasi kerap berlaku dan hanya akan kembali pulih untuk beberapa hari sahaja.
"Setiap kali kami membuat aduan berkaitan masalah talian telekomunikasi ini, jawapan yang diberikan ialah masalah kabel dicuri.
"Alasan yang diberikan langsung tidak munasabah. Takkan setiap kali hujan lebat dan ribut talian akan terputus dan setiap kali itu juga kabel dicuri?" katanya.
Tambahnya, alasan yang diberikan hanya sekadar untuk menyedapkan hati penduduk.
"Sekiranya tidak mahu kabel pencawang terus dicuri, lebih baik ditukar lokasi pencawang terbabit di tempat berhampiran penduduk supaya penduduk sendiri boleh pantau.
"Setidak-tidaknya letaklah seorang pengawal di pencawang terbabit. Mereka sudah kaut banyak untung, takkan itu pun mereka tak boleh tampung?" katanya.
Tamat perkhidmatan
Katanya lagi, rata-rata penduduk di gugusan terbabit menggunakan lebih dari satu talian telefon dan sudah lama tidak menggunakan telefon rumah.
"Meskipun menggunakan pelbagai jenis talian, namun kesemua talian tidak dapat digunakan dalam satu-satu masa.
"Penduduk terpaksa menghabiskan duit sedangkan panggilan tidak sampai kepada penerima. Ada antara penduduk berhenti tambah kredit untuk prabayar dan ada juga talian mereka sudah tamat perkhidmatan kerana gangguan telekomunikasi berbulan lamanya," katanya.
Banyakkan kuota
Pengurus D'Mart, Huzaini Abu Kasim berkata, ketiadaan talian komunikasi khususnya talian 3G menyukarkan untuk melakukan pelbagai urusan.
"Saya terpaksa keluar kawasan seperti ke bandar Jengka dan kawasan sekitar untuk menghantar maklumat, membuat pesanan barangan dan memasukkan data ke pihak sepatutnya memandangkan ketiadaan talian telekomunikasi dan internet.
"Bukan sahaja saya, malah kakitangan agensi yang terdapat di tanah rancangan ini juga berhadapan kesukaran jika tiada talian internet.
"Bukan sahaja kami mengharapkan talian telekomunikasi di kawasan gugusan Felda Lepar Utara ini diperbaiki, malah juga talian dinaik taraf kepada talian 3G.
"Malah saya harap kuota penggunaan talian internet di kawasan ini diperbanyakkan memandangkan jumlah penduduk dan pengguna intenet di Felda ini semakin bertambah," katanya.
Sudah banyak kali adu
Othman yang juga Exco Badan Kebajikan Peneroka (BKP) Felda Wilayah Kuantan menggesa kerajaan negeri dan Felda yang bertanggungjawab dengan masalah ini prihatin dengan nasib menimpa mereka.
"Perkara ini sudah kami suarakan kepada mereka dan beberapa kali dimasukkan ke dalam mesyuarat namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian," katanya.
Othman memohon tindakan segera diambil selain memohon pihak bertanggungjawab tampil bagi memberikan penjelasan berkaitan masalah sebenar yang melanda tanah rancangan terbabit.
"Ketiadaan talian telekomunikasi juga boleh mendatangkan bahaya terutama ketika berlakunya kecemasan. Tambahan pula sekarang sudah mula musim tengkujuh, jika kami terputus hubungan darat akibat banjir, bagaimana kami hendak meminta pertolongan luar?," katanya.