BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Indonesia mula pulang

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
MELAKA 8 Sept. - Tinggal dua hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sebilangan besar warga Indonesia yang bekerja di sini mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Seperti juga rakyat di negara ini, alasan diberikan, menyambut satu Syawal di tempat sendiri tentu lebih bermakna selepas meninggalkan keluarga di kampung untuk sekian lama bagi mencari rezeki di perantauan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Jeti Shahbandar, Banda Hilir di sini hari ini, mendapati suasana itu tidak terkecuali bagi warganegara Indonesia yang bekerja di negara ini khususnya di Melaka.

Mereka bukan sahaja kelihatan teruja hendak pulang ke kampung, malah membawa pelbagai buah tangan dari Malaysia termasuk peralatan elektrik dan elektronik seperti radio, televisyen plasma dan pemain cakera video digital (DVD).

Salah seorang daripada mereka, Mahyuddin Ahad, 31, berkata, dia mendapat cuti selama sebulan daripada majikannya di Kuantan, Pahang untuk pulang berhari raya di kampungnya di Bangkinang, Riau, Indonesia.

"Sepanjang hampir 20 tahun bekerja sebagai buruh di Malaysia, saya tidak menghadapi sebarang masalah pulang berhari raya di kampung bersama isteri dan enam anak.

"Cuma tahun ini saya pulang lewat sedikit sebab lambat dapat gaji. Aidilfitri di Malaysia pun meriah, cuma lebih seronok kalau dapat berkumpul bersama sanak saudara di kampung halaman," katanya.

Dayati Selamat, 25, berkata, bahang Aidilfitri sudah mula dirasakan pada minggu ketiga Ramadan.

Dia yang merupakan anak bongsu dari empat beradik mengakui tidak dapat menahan tangisan rindu mengenangkan adik beradik serta ibu dan ayah di Bumiayu, Jawa Tengah, Indonesia.

Menurutnya, hati insan mana yang tidak sedih sekiranya terpaksa berhari raya di tempat orang walaupun mempunyai kawan-kawan dan majikan yang begitu prihatin.

"Saya bernasib baik kerana di saat-saat akhir majikan memberikan saya cuti selama sebulan dan ini merupakan tahun ketiga saya dapat pulang berhari raya bersama keluarga," katanya

Berlainan pula bagi seorang tukang jahit, Hendri Zaherman, 28, yang perlu pulang beraya di saat akhir kerana melawat nenek dan datuknya yang kurang sihat di kampung halaman di Lubuk Basung, Padang, Indonesia.

Menurutnya, walaupun terpaksa meninggalkan ibunya di Selayang, Selangor, dia tidak kisah menyambut Aidilfitri bersama datuk dan neneknya yang menjaganya sejak kecil.
 
moga semua selamat sampai
jgn load muatan berlebihan
takut tongkang pecah pula
 
tukang pecah rumah pun balik sekali nie... dah kaya menyamun lar katakan.
 
thn ni aku xblk kg.. kalu x, msti aku salah sorg yg meramaikan org kat pelabuhan melaka tu.. hihih
 
balik terus la...x yah dtg balik... wat semak jerk... x pun suh PATI yg balik indon nih Ganyang "BENDERA"...kasi tutup mulut skit kt indon...
 
Selamat pulang yek ibu² bapak² sekalian..
Moga² selamat sampai...
Harap² menetap terus la yek di tanah air mu... jgn kemari lagi yek.. :)
 
klau ok ..boleh balik keje cni yer...

tapi kalau jenis parompok maling tu jangan dtg lagi kat mesia nie...
sikit2 mau bunuh...:(scam:(scam:(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register