BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Indonesia ditemui mati dibunuh

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
NILAI: Seorang lelaki warga Indonesia dijumpai mati dibunuh di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh, berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5.30 petang itu, mangsa dipercayai diserang penyerangnya dengan sabit.

"Polis menemui mayat mangsa selepas dihubungi orang awam yang terdengar bunyi bising seperti pergaduhan di rumah terbabit," katanya di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu dengan kesan kecederaan pada kepala dan perut.

Polis turut menemui dua bilah sabit di tempat kejadian, katanya.

"Kita mengesyaki dua rakan mangsa mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Kita tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah balas dendam," katanya. - Bernama
 
masalah btul mat2 indon ni.. bikin kacau jer..
 
Back
Top
Log in Register