BTC USD 82,317.4 Gold USD 4,193.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Maut Dirompak

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
AMPANG: Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Taman Dato Ahmad Razali di sini.

Dia dipercayai telah dirompak dan dibunuh.

Saleha Sheikh Mohamed, 65, ditemui mati di tingkat dua flat kediamannya di Taman Dato Razali di sini kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Menurut menantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Norizan, mayat mangsa ditemui oleh seorang penyewa lain yang tinggal di bilik berasingan di rumah itu.

Norizan berkata, penyewa tersebut, seorang pelajar berusia 20-an, mendapati mangsa terbaring di hadapan bilik mandi ketika dia pulang ke rumah.

Katanya, ibu mertuanya itu hanya tinggal berdua dengan penyewa berkenaan, manakala bapa mertuanya tinggal di Port Dickson.

Difahamkan, rantai dan subang emas milik mangsa hilang.

Mangsa ditemui dengan kecederaan di telinga, dipercayai akibat subang yang dipakai direntap dari telinganya.

Difahamkan almari di dalam biliknya juga digeledah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ​​berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.18 malam oleh kakitangan ambulans dari Hospital Ampang.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/beri...warga-emas-maut-dirompak/#dzQjUS6r3oMOTJGd.99

Wanita warga emas mati dipercayai dibunuh

WhatsApp_Image_2017-05-16_at_12.43.17_AM.jpeg.transformed.jpg

POLIS membawa mayat wanita warga emas, yang ditemui mati di kediamannya, dipercayai dibunuh. - Foto Nor Azizah Mokhtar

AMPANG JAYA: Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam kediamannya di Blok I Flat Taman Dato Ahmad Razali, di sini, dipercayai dibunuh, petang tadi. Mayat Saliha Sheikh Mohamed, 65, dikatakan ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik air rumah itu oleh seorang penyewa bilik di kediamannya, kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pintu atau rumah itu dipecah masuk. "Pemeriksaan turut mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan luaran yang serius, justeru punca sebenar kematiannya belum dapat dipastikan.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat dan buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Beliau berkata, pihak polis menjalankan siasatan berhubung motif sebenar kejadian itu.

WhatsApp_Image_2017-05-16_at_12.43.17_AM_(1).jpeg.transformed.jpg

POLIS membawa mayat wanita warga emas, yang ditemui mati di kediamannya, dipercayai dibunuh. - Foto Nor Azizah Mokhtar

http://www.bharian.com.my/node/283013
 
Last edited:
innalillah.. terkejut den, rumah flat pun diorang rompak.
 
innalillah...kejam betul.macam dah target nak rompak nenek ni..
 
org2 situ gak lah kot..masyarakat rumah flet ni sape yg tau kecuali kalo bkn org yg tinggal dekat2 situ gak.
takziah..semoga dipermudahkan segala urusan mangsa
 
org2 situ gak lah kot..masyarakat rumah flet ni sape yg tau kecuali kalo bkn org yg tinggal dekat2 situ gak.
takziah..semoga dipermudahkan segala urusan mangsa

mesti penyewa bilik tu kena soal siasat juga sebab xde kesan umpil.

teringat kes kawan sekelas saya..rogol dan bunuh jiran dia kat muar. dia yg call n report polis. rupanya dia suspek utama..berita tu ada dalam CG dulu..
 
igt kes tu.... dituduhnya bang ngn indon yang buat rumah... rupanya dia sendiri. apa punye turrrrrrr punya jiran daaa.
 
pernah duduk dulu kat flat nie mase kecik dulu..
dulu ok jer banyak orang sini sekarang indon filip sume banyak
 
mesti penyewa bilik tu kena soal siasat juga sebab xde kesan umpil.

teringat kes kawan sekelas saya..rogol dan bunuh jiran dia kat muar. dia yg call n report polis. rupanya dia suspek utama..berita tu ada dalam CG dulu..

yup betul bos..mcm2 cara drg mengaburi mata kita dan wayang org jenis ni mmg cukup kemas.
tp abam polis kita cukup terlatih dgn hal2 mcm ni.. cukup bila dia suh kupaskan balik apa yg berlaku waktu kejadian berulang kali..konpom sangkut.
 
Back
Top
Log in Register