BTC USD 83,207.5 Gold USD 4,186.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas ditemui mati

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Lokasi mayat ditemui dan kesan kesan darah.​

KLUANG - Seorang warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh di lorong belakang sebuah bangunan kedai berhampiran Jalan Stesen, di bandar Kluang, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohamad Noor Mohammed berkata, lelaki berkenaan dalam lingkungan umur lewat 60an ditemui terbarinfg tanpa sebarang sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mayat lelaki itu ditemui orang awam pada jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada polis. Mangsa dipercayai berbangsa India namun pihak kami tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mayat itu.

"Siasatan awal mendapati terdapat kecederaan pada kepala mangsa dan polis masih menyiasat punca kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Noor berkata, motif dan punca kejadian sedang disiasat dan mayat dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan pihaknya kini sedang giat mengumpul maklumat bagi kes berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu polis dengan menghubungi Gerakan IPD Kluang di talian 07-776 6822 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Zambry Marinsah di talian 019-726699.
 
Back
Top
Log in Register