Mad_Hatter
Banned

- Messages
- 13,609
- Joined
- Apr 12, 2011
- Messages
- 13,609
- Reaction score
- 2,481
- Points
- 261
BANDARAYA MELAKA - Polis berjaya menumpaskan sebuah kumpulan warga asing dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah kedai nombor ekor di negeri ini ekoran tertangkapnya tiga lelaki warga Vietnam Rabu lalu.
Dalam serbuan ke atas sebuah rumah pangsa di Batu Berendam kira-kira 4 petang itu, polis turut menemui peralatan pecah rumah termasuk pemutar skru, pemotong besi serta gramder yang dipercayai digunakan anggota kumpulan berkenaan untuk memecah masuk kedai yang mereka sasarkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil siasatan awal polis, ketiga-tiga suspek berusia antara 27 dan 33 tahun itu mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, selain itu, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian turut menunjukkan mereka terbabit dalam kejadian itu.
“Kesemua suspek telah direman untuk membantu siasatan polis,” katanya di sini, semalam.
Menurut Raja Shahrom, sejak akhir Mei lalu, polis sudah menerima sembilan laporan berkaitan kejadian pecah kedai dan premis empat ekor di negeri ini.
Menurutnya, dalam kejadian dilaporkan itu, penjenayah memecah masuk melalui bumbung atau tingkap premis sebelum menebuk peti besi simpanan wang dan barang berharga.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pecah-kedai-nombor-ekor-1.308526