BTC USD 82,027.3 Gold USD 4,146.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Warga asing buat kecoh di Teluk Intan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,737
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,737
Reaction score
1,682
Points
201



Makluman awal berlaku kekecohan dikatakan melibatkan warga asing di Batu 8 Teluk Intan malam ini. Maklumat lanjut akan menyusul..
 
ac20613193427a1f93e05a898e26f9f767d4ebf89bea1

Kredit: IPD Hilir Perak

Polis menahan 13 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang kerana disyaki cuba mencetuskan rusuhan di Changkat Jong, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata kejadian itu berpunca daripada satu kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal di Batu 8, Jalan Changkat Jong kira-kira 9.35 malam.

“Siasatan mendapati kira-kira 1,000 pekerja sebuah kilang di kawasan itu turun ke lokasi kejadian sehingga menghalang lalu lintas.

“Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Teluk Intan telah digerakkan bagi menenangkan dan mengawal situasi. Keadaan pulih sepenuhnya pada 2 pagi tadi dan semua pekerja warga Nepal telah kembali ke asrama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, manakala kes kemalangan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bakri seterusnya meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Mohammad Syamil, di talian 011-10065817 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video di Facebook yang menunjukkan sekumpulan warga asing sedang merusuh di atas jalan raya sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat menggunakan laluan itu.

 
Back
Top
Log in Register